Suntikan imunisasi 18 bulan untuk si Ammar

Suntikan imunisasi 18 bulan untuk si Ammar | Alhamdulillah si Ammar dah pun genap 20 bulan umurnya. Bersamaan 1 tahun 8 bulan (Oktober 2018), wah dah selesai suntikan imunisasi 18 bulan ni. Alhamdulillah makin hari makin bijak dan lasak anak ibu ni.

Sekarang ni dah boleh bercakap beberapa patah perkataan, walaupun dalam nada pelat tapi masih boleh difahami :). Hari-hari duk mengadap dia kan, so bolehla faham apa yang dibebelkannya tu.

Ammar yang tomei, cair hati ibu nak

Ammar dah boleh berjalan

Sejak-sejak Ammar dah boleh berjalan ni, ohoi dia memang lasak. Almaklumlah baru je 4 bulan dapat lesen kaki, kemahin ligat dia ke sana ke mari. Memanjat tu usah kata, dia ada idola abangnya yang 2 orang tu, memang mengikut je apa yang abang-abangnya tu buat. Kalau abang lompat dia lompat, kalau abang main pistol dia pun tembak juga.

BACA -> Anak lambat berjalan walau umurnya dah 16 bulan

Si Dzar pulak suka sangat membuli adiknya, menangislah kawan tu. Kalau kat rumah boleh lagi kami ni nak protect si Ammar, kalau kat umah pengasuh macamanalah agaknya kan hahaha. Biasalah budak-budak usik mengusik ni, sikit-sikit takpe, kalau melebih tu yang ibunya boleh naik antu.

Jadual imunisasi anak

Korang boleh refer jadual ni untuk pastikan imunisasi anak

Bila duk congak umur anak, mesti terus teringat nak cucuk vaksin. Kalau nak tahu jenis vaksin dan umur yang sepatutnya untuk diorang dapat vaksin tu, boleh je refer di buku imunisasi anak-anak.

Biasanya lepas je baby lahir, hospital akan terus bagi buku vaksin ni. Dalam buku ni jugak ada graf untuk monitor perkembangan diorang ikut umur dan berat diorang.

Buku imunisasi anak, penting ni dan bila anak darjah 1 biasa cikgu akan minta untuk dirujuk

Pastikan semak buku imunisasi anak

Pastikan korang kerap cek buku ni untuk elakkan ter miss imunisasi anak. Kalau setakat lambat 2/3 bulan ok lagi, jangan lupa terus, nanti kene ulang semula imunisasi tu dari awal.

Setiap imunisasi adalah berbeza mengikut umur. Yang pasti kalau nak senang, just kene tau bila sepatutnya anak-anak perlu vaksin, then pergi je klinik atau hospital, nanti nurse akan semak.

Imunisasi 18 bulan ni dikenali sebagai DTap-IPV-HiB. Tiga dos pertama ini yang dipanggil prime dose amat penting untuk kanak-kanak untuk lindungi mereka daripada jangkitan difteria, pertussis, tetanus, polio dan jangkitan Haemophilus influenzae jenis B.

Cucuk kat peha kanan
Berdarah sikit je, tapi syukur Alhamdulillah tak demam

Sebagai mak ayah ni, kita mesti nak yang terbaik untuk anak-anak kan. Bukan setakat makan pakai mereka, tapi juga tahap kesihatan. So kalau bukan kita nak pantau kesihatan anak kita, siapa lagi kan?

2 bulan lepas, saya dah beberapa kali duk tanya dengan beberapa klinik swasta area rumah ni, tapi semua kata imunisasi 18 bulan ni dah habis stok. Tapi katanya kat klinik dan hospital kerajaan memang ada, huhuhu bukan apa, saya bercinta nak pergi gomen ni sebab malas nak menunggu lama. So tu yang tertangguh nak cucuk si Ammar ni.

Dan baru-baru ni bila saya teringat yang Ammar masih belum dapat imunisasi lagi, teruslah saya terjah klinik An Nisa dan Poliklinik Dr Azhar area Subang Galaksi. Klinik An Nisa tetap masih tiada stok, dan yang nak dijadikan cerita, saya pergi pulak ke Poliklinik Dr Azhar. Nurse bagitau ada stok, TAPI TINGGAL 1 JE.

Suntikan imunisasi 18 bulan settle

Waahh rezeki kami ni, Alhamdulillah. Memang cepat jela saya dukung Ammar masuk klinik tu. Yelah sebab last kopek kan hahaha. Dapatlah jab peha gebu si Ammar ni, dan kira dah settle lah immunisasi untuk Ammar.

Lega rasanya bila dah selesai vaksin anak-anak. So inilah caj untuk suntikan imunisasi 18 bulan dan syukurlah ianya dicover oleh PMCare. Kalau kene bayar sendiri memang pergi gomen jugakla walau menunggu lama.

Selepas kene cucuk, dalam 2/3 hari ni nampaknya si Ammar sihat je dan tak demam. So legalah ibu sebab takdelah nak ambil cuti kecemasan. Dan waktu kene cucuk tu pun dia tak meraung, hanya bunyi ekkk je, lepas tu berlari dia kat luar klinik tu :),hai lah anak ibu :).

ajumohit: Hi sayalah tuan blog!!

View Comments (2)

Recent Posts