November 25, 2020

10 Lokasi Taman Tema Air Di Malaysia yang menyeronokkan untuk anak-anak

Yeay cuti sekolah menjelma lagi.

Cuti sekolah dah bermula hoyey!! Korang dah planning cuti bersama anak-anak ke? Ada yang dah plan nak ke lokasi taman tema air?

Bukan apa kebiasaannya masa cuti sekolah ni ramai ibu ayah ambil peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga, terutama nak menabur lebih kasih sayang pada anak-anak. Waktu diorang sekolah, kita pun sibuk dengan kerja dan hal masing-masing. Makanya masa cuti sekolah ni wajib diisi dengan aktiviti bermanfaat dan menyeronokkan.

Book percutian di TRIPCARTE.ASIA

lokasi taman tema air di malaysia
Tripcarte.Asia

Pernah dengar tentang Tripcarte. Asia? Sebenarnya laman web ini menyediakan HARGA PROMOSI untuk tiket ke destinasi percutian di seluruh Malaysia. Kebanyakan pihak merchant yang berdaftar dengan Tripcarte.Asia menawarkan lokasi percutian yang menyeronokkan dan pastinya berbaloi.

Nak tahu lebih lanjut apa promosi yang mereka sediakan? Korang boleh klik website mereka untuk makluman lanjut. Dan di sini juga saya kongsikan 10 Lokasi Taman Tema Air yang menyeronokkan dan sesuai untuk aktiviti anak-anak.

10 LOKASI TAMAN TEMA AIR DI MALAYSIA

1. SUNWAY LAGOON

10 taman tema air di malaysia
SUNWAY LAGOON

Seperti yang kita tahu, Sunway Lagoon ialah pusat sehenti untuk bermacam jenis permainan air. Ia dibahagikan kepada 6 zon iaitu Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park, Scream Park & Nickelodeon Lost Lagoon. Memang banyak aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang hari di sini. Jangan lupa untuk mencuba semua aktiviti. Bawa ahli keluarga atau juga boleh luangkan masa untuk adakan akitviti korporat seperti Family Day untuk rasakan pengalaman yang menakjubkan.

Alamat : 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Nombor Telefon :  +60 3-5639 0000

2. SHAH ALAM WET WORLD WATER PARK

Shah Alam Wet World Water Park
Shah Alam Wet World Water Park

Aktiviti di Shah Alam Wet World Water Park memang sesuai untuk seisi keluarga. Banyak aktiviti air yang patut dicuba contohnya Super Hurricane, Monsson Buster, Thunder River and Kiddy Typhoon Lagoon. Bagi yang tinggal berdekatan di sekitar Klang Valley jomlah datang ke sini..

Alamat: Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

3. A’FAMOSA WATER THEME PARK

A'Famosa Water Theme Park
A’Famosa Water Theme Park

Bagi yang belum pernah sampai ke A’Famosa Water Theme Park, kalau korang nak tahu ia terletak di dalam A’Famosa Resort. Kebiasaannya masa perjalanan dari Kuala Lumpur akan mengambil masa 1 jam sahaja. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini bersama keluarga dan semestinya ia menyeronokkan.

Selain taman tema air, ia juga terdapat tempat menarik berdekatan iaitu zoo yang agak luas di Animal World Safari dan bandar seakan zaman cowboy di Texas iaitu Cowboy Town.

Alamat : A’Famosa Water World, Jalan Kemus, Simpang Empat, 78000 Alor Gajah, Melaka

Nombor Telefon :  06-552 0888

4. BAYOU LAGOON WATER PARK

Saya sendiri pernah berkunjung ke Bayou Lagoon Park Resort yang sememangnya tempat percutian yang sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Ia menyediakan aktiviti indoor dan outdoor yang menarik untuk dicuba. Sesuai untuk aktiviti bersama keluarga dan aktiviti korporat.

  • Alamat : Jalan Wakaf, 75450 Melaka.
  • Nombor Telefon : 06-233 0888  

5. MELAKA WONDERLAND THEME PARK AND RESORT

10 lokasi taman tema air di malaysia
Melaka Wonderland Theme Park & Resort

Melaka Wonderland terletak di Ayer Keroh Melaka dan di sini terdapat 12 jenis permainan air yang sangat seronok untuk di cuba. Selain itu terdapat juga aktiviti menarik lain iaitu taman dinasor dan taman ekstrim yang menyediakan permainan go kart dan paintball. Tengok sahaja gambar di atas dah boleh bayangkan keterujaan semua yang datang ke sini.

Alamat : A’Famosa Water World, Jalan Kemus, Simpang Empat, 78000 Alor Gajah, Melaka

Nombor Telefon :  06-552 0888

6. LOST WORLD OF TAMBUN

Lost World of Tambun
Lost World of Tambun

Kalau nak tahu, Taman Tema Lost World of Tambun merupakan salah satu taman tema terawal di Malaysia dan merupakan taman teman yang sangat hebat kerana lengkap dengan pengalaman mandi manda yang hebat. Pelbagai permainan yang mengkagumkan ada di sini.

Bermula dari melawat zoo melihat binatang, dan sehinggalah pengalaman spa dan kolam air panas hingga ke malam hari. Pelbagai aktiviti disediakan di sini termasuk kolam air panas yang bersih dan sesuai untuk merehatkan badan. Sesuai untuk aktiviti seisi keluarga untuk menenangkan fikiran jauh dari hiruk pikuk kota.

Alamat : No.1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Perak, Ipoh, 31150 Perak.

Theme park tel : +605 542 8888

Hotel tel : +605- 540 8888

7. BUKIT MERAH THEME PARK

Bukit Merah Theme Park
Bukit Merah Theme Park

Bukit Merah Laketown Resort Waterpark Di Perak merupakan antara kawasan Taman Tema Air yang tersangat menarik di Malaysia. Mungkin ramai di kalangan orang kita yang tidak pernah melawat ke Bukit Merah Laketown Resort Waterpark di Perak ini.

Oleh sebab itu jangan lepaskan peluang jika korang datang ke negeri ini dan sangat recommended untuk datang ke sini bagi melihat atau merasai sendiri keindahan di Bukit Merah Laketown Resort Waterpark di Perak.

Alamat : Jalan Bukit Merah Taiping 34400 Semanggol, PERAK Malaysia, 34400 Simpang Empat Semanggol, Perak

8. ESCAPE ADVENTUREPLAY THEME PARK

Escape Adventureplay Theme Park
Escape Adventureplay Theme Park

Kalau tanya saya, ibaratnya boleh dikatakan aktiviti di Penang Escape Theme Park ini semuanya sangat menarik! Kenapa? Sebab dalam satu tempat ini sahaja kita boleh buat banyak sangat aktiviti yang best tidak kira peringkat umur dan mengikut kesesuaian yang ditetapkan untuk keselamatan semasa melakukan aktiviti.

Tengok sahaja slide air tu, wahh memang sangat teruja untuk korang cuba. Tengok sahaja kawasan theme park ni luas, memang sesuai untuk aktiviti seisi keluarga mahupun reunion bersama rakan sekerja ataupun rakan belajar.

Alamat : 828, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Teluk Bahang, Pulau Pinang, Malaysia

Nombor Telefon : 04-881 1106

9. WET WORLD BATU PAHAT VILLAGE RESORT

Batu Pahat Village Resort
Batu Pahat Village Resort

Wet World Batu Pahat  ini sangat sesuai untuk kanak-kanak yang mana aktivitinya tidak terlalu ekstrem dan sangat child friendly. Walau begitu banyak games dan slide yang ada untuk rasai keriangan dan keseronokan bercuti bersama keluarga.

Alamat : Wet World Batu Pahat Village Resort,  Batu Pahat, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia

10. JOHOR DESARU COAST ADVENTURE WATERPARK

"10

Johor Desaru Coast Adventure Waterpark berkonsepkan tema unik kampung ini menyediakan beberapa aktiviti untuk keseronokan seisi keluarga. Ada beberapa aktiviti yang patut dicuba seperti Penawar falls, Penawar River, Shipwreck Reef dan Tidal Wave Beach. Anda patut cuba kesemua aktiviti ini dan terdapat 13 jenis water slide untuk anda rasai sendiri pengalamannya.

Alamat : Desaru Coast Adventure Waterpark, Persiaran Pantai, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor.

Amacam menarik kan taman tema air ni? Apa lagi boleh decide lokasi percutian korang dan enjoy cuti sekolah ini bersama yang tersayang! Khas untuk pembaca blog ini, korang layak untuk menebus 15% diskaun untuk setiap pembelian tiket di laman web mereka, jom cepat-cepat book sebelum terlambat :).

https://tripcarte.asia/

Semoga maklumat ini mamanfaatkan semua.

ajumohit

Hi sayalah tuan blog!!

View all posts by ajumohit →

2 thoughts on “10 Lokasi Taman Tema Air Di Malaysia yang menyeronokkan untuk anak-anak

  1. Taman tema Malaysia best2. Tapi kalau pi holiday kat Thailand, Indonesia, Spore, kalau boleh jgn lupa juga pi theme park dia — sbb macam yg kat Siam, theme park dia antara yg paling top kat dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: