Travel Trip mak-mak makan angin ke Langkawi – Hari Pertama November 7, 2018

Amaran, entri ni penuh dengan gambar-gambar keriangan, sila jangan muntah.

trip pejabat ke langkawi
Kami bertujuh geng mak-mak ni excited nak explore Langkawi

Akhirnya percutian bersama kawan-kawan opis sudah pun tertunai. Lama dah kami duk planned tarikh, tempat dan itinerary untuk percutian bujang tanpa suami dan anak-anak. Bukan mudah sebab masing-masing ada komitmen pada keluarga. Jadi kami memang perlu teliti memilih tarikh supaya pasangan redha dengan percutian tahunan kami.

Waktu perancangan awal, ada yang tengah mengandung, jadi mestilah cari tarikh yang sesuai untuk make sure baby yang dah lahir tu dah besar dan boleh ditinggal bersama suami tercinta hihihi. Ha makan bulan nak rancang percutian ni tau, ha ko hado? Tarikh dah ada, tempat pun dah confirm, flight ticket pun dah ready, baby pun dah besar, suami pun dah ok, makanya tinggal nak take off je.

trip kawan ofis ke langkawi
Kami bertujuh ke semuanya, hmm beg pun sedondon kakaka, jangan jeles ya
makan angin dengan geng ofis ke Langkawi
Dari kira belakang: Ana, Ajumohit, Roz, Kak Ana, Diana Di depan dari Kiri; Intan, Jue
cara check in beg di air asia
Menggagau nak check in bag, hahahah padan muka
trip ke langkawi dengan geng ofis
Dah check in kat system, barulah lalukan beg tu kat lorong tu ya

So bila dah sampai harinya, korang tengokla muka excited sensorang. Kemahin tak sabar nak tinggalkan laki memasing hahaha. Kitaorang sampai KLIA2 pukul 5.30 pagi dan tiket ke Langkawi pulak jam 7.05 pagi.

Sedang elokla boleh solat dulu, alas perut dengan roti, dengan harapan dapat sarapan di bumi Langkawi. Plan cantik punya hahaha. Alhamdulillah selamat mendarat di Langkawi jam 8.30 pagi, agak sedikit lewat flight tadi berlepas.

kereta sewa langkawi
Kereta Innova, oklah ngam untuk 7 orang
Tengok luar rumah homestay ni, cantik kan? Serius cantik dan bersih
Bilik tidur 3, semua ada aircond, bilik air 2

Sarapan di Atta Shooru Restoran

Sampai ke airport Langkawi, kereta sewa pun dah sedia menunggu. Kami bertujuh ni hantar beg ke Homestay di dan terus pergi sarapan di Atta Shooru Restoran di area Padang Mat Sirat. Happy sangat dapat makan sampai terlupa ambil gambar roti canai dan nasi lemak.

Mak aihh sedapnya, memang kenyangla senang citer :), yang penting harga dia berbaloi, kami bajet makan sarapan ni RM70, tapi RM40±± je, serius murah. Dah settle makan apa lagi sesi bergambarla. Ha tengah cuaca panas pun boley, cantik giler hasilnya.

Wah-wah-wahh kemahin posing nya, happy geng mak-mak ni
Yang ni sendal handphone kat beg dan tara inilah hasilnya
inilah opismate saya kat shah alam, dia dah kawin anak 4 okey, haha
Haaa nah melompat lebih tinggi namanya haha

Siap ada mat saleh tolong amikkan gambar kitaorang. Lompat melompat bukan perkara yang mustahil. Walau ada antara kami yang anak 5, 4, 2, 1, semua ada bakat melompat rupanya :). Dah letih melompat kita pusing-pusing Langkawi pulak, then decide untuk beli coklat kat kompleks Haji Ismail Group (HIG).

Beli Coklat di Kompleks HIG

coklat di haji ismail group
Coklat kat HIG, ikut nafsu semua pun saya nak hihi

Ha amik ko cekelat langkawi buah tangan wajib beli untuk yang tersayang. Anak-anak pesan memacam, tapi beli ala kadar je asal ada. Itupun habis rm300 lebih.

Kalau korang tanya kenapa pilih Langkawi untuk bercuti? Almaklumlah orang bekerja ni mesti nak percutian yang merehatkan, relax di samping dapat shopping. Makanya Langkawi lah yang the best dengan penerbangan Air Asia kos rendah, haha siap promote lagik ni, kot-kot Air Asia nak taja next percutian kami ke kan?

Pantainya yang cantik, makanan yang best-best, dan yang penting ada geng kami ni orang Langkawi. Kita bagi chance lah dia imbau kenangan lampau dia kat kampung kakaka. Dialah tourist guide kami, semua pelusuk Langkawi pun dia tau.

Nah setiap hari kami ada warna tema; biru coklat, dusty pink gold, putih biru. Tak kisahla orang nak panggil group marhaban ka, nasyid ka, janji dalam gambar nampak menyerlah gittew, over kan? Hahaha.

Minum petang, ya ampun, sedap habaq hang

Dan selepas berpenat lelah memilih cekelat, kita minum petanglah dulu kay. Hmm pekena laksa, beehun sup, pulut panggang udang dan air kelapa. Perghh sejuk je nyaman lalu di tekak.

Alhamdulillah seronok bila makan tak payah kuar duit, bukan makan free okay, tapi bayaran semua datang dari bendahari. Ha itulah pentingnya ada collection bulanan untuk percutian ni. Kami duk collect seorang RM50 sebulan, so dengan duit tu kami guna untuk flight ticket return, sewa homestay/ kereta, aktiviti mangrove, makan minum kami sepanjang percutian, wahh bagus ngak planning nya?

Matahari terbenam di Pantai Chenang

Pantai Chenang langkawi
Owh angin bayu membawa diriku, sepintas lalu ku terkenangkanmu hahaha cheh cheh cheh
Pantai Chenang Langkawi, TQ for having us
Menghayati sunset di Pantai Chenang, lepas tu terus hujan lebat, bersepah berlari semuanya kakaka
Happy semuanya

Petang tu jugak kami ke Pantai Chenang, nak tengok matahari terbenam. Hmm cantik view dia, subhanallah. Ramai orang yang duk tunggu tepi pantai, tak kurang yang duk mandi laut. Seronoknya tengok view, tapi kalau ada husband and anak-anak lagilah happy :).

Elok-elok habis bergambar je, hujan pun turun selebatnya. Apalagi duk berlari sakanlah semuanya. Kalau korang nak tahu, cuaca sepanjang hari ni memang cantik. Kecuali bila dah nak malam tu barulah hujan. Bila dah hujan, perut pun mula kelaparan. Makanya makan malamlah kita, so tourist guide kami si Roz bawaklah ke restoran ni.

Dah puan bergambar, kita makanlah pulak
Adui duii sedapnya, memang takde diet-dietlah time bercuti ni
Jalan-jalan malam di Pantai Chenang
Pilih jangan tak pilih

Perut dah kenyang, energy dah recharged, so apa lagi jom cuci mata!! Jalan-jalan Pantai Chenang ala-ala kat Pantai Aonang Krabi. Kat sini malam-malam lagi hidup, cuma kami je larat tak larat nak jalan hahaha. Lenguh dh kakinya. Akhirnya dah dah pukul 10 lebih kami beransur balik. Nak rehat sebab besok ada aktiviti best!

2 Comments

  • saps posted on November 14, 2018 at 2:41 pm

    makanan tu yang buat berliur…ahaha… tempat memang menarik… selagi kita mampu tak kiralah anak berapa dah.. kn3 ..

    Reply
  • Julia Johari posted on November 19, 2018 at 9:14 am

    Semua macam anak dara haaa…bagus tau perancangan teliti sungguh ni, siap ambil semua keperluan si kawan2 yg sedang mengandung dan membesarkan anak2…good job!

    Reply
  • Leave a Reply