Ainaa Cleanser & Ainaa Serum kurangkan jerawat dan bintik hitam.
Hari ini saya nak review dan kongsikan dengan korang rutin harian penjagaan kulit muka saya. Bila umur semakin menghampiri angka 40an, jadi sangat penting untuk pastikan kulit muka untuk sentiasa kelihatan jelita kan.
Untuk tatapan suami ya, sila betulkan niat kita orang perempuan ni 😅. Setelah 2 minggu mencuba produk Ainaa Cleanser dan Ainaa Serum, nampaknya kulit muka lebih segar dan sekata.
Review Ainaa Cleanser & Ainaa Serum

Wajah tanpa make up, penting untuk pastikan wajah dicuci bersih dari kekotoran. Barulah sel kulit mula kita ni terjaga.
Untuk cantik ni tak susah, janji korang kene rajin dan istiqamah untuk buat semua step penjagaan muka. Make up dah satu step, step seterusnya untuk cuci make up dan maintain agar kulit kita sentiasa nampak muda dan gebu.
Siapa nak nampak muda sentiasa? Yeay kita sama 😀.
Tips cuci wajah setiap hari
1. Yang pertama selepas bangun tidur, kerana semasa tidur, minyak dan sel-sel kulit mati akan terkumpul di dalam pori-pori muka kita. Mencuci muka sebaik sahaja bangun pagi akan menghilangkan segala yang terkumpul pada kulit semalaman, dan menghindarkan jerawat dan bintik hitam daripada terbentuk, faham kan?
2. Yang kedua pula sebelum tidur, sebabnya kita nak menghilangkan segala kekotoran dan minyak yang terkumpul di dalam pori-pori muka sepanjang hari.
Dengan make up, muka berminyak, terdedah pada matahari, so sebab tu kita perlu mencuci muka, dan paling penting kita nak pastikan air wuduk diratakan seluruh muka, okay?
Ainaa Cleanser Review

Ainaa Cleanser ni dalam bentul gel. Selain dipakai sebagai pencuci ianya juga boleh digunakan sebagai make up remover
Pencuci muka Ainaa Cleanser ini mampu membersih kulit muka dan boleh menanggalkan make up. Selain itu ianya juga boleh membuang minyak berlebihan dan kotoran di dalam liang roma. Banyak kelebihan Ainaa Cleanser ni tau, jadi kulit muka kita akan bersih dan kesannya jerawat pun tak berani nak singgah :).
Owh ya, pencuci ni dalam bentuk gel tau. Sangat menjimatkan kerana dengan setiap picitan mampu memastikan kulit muka kita bersih dari make up dan minyak berlebihan. Makanya tak membazirlah kan, dan yang penting value for money :).
Ainaa Serum Review

Ainaa serum ni memang wangi dan tak berminyak. Selepas cuci muka just apply serum ni.
Okay, tekstur Ainaa Serum ni memang tak berminyak apabila ianya disapu di muka. Ainaa Serum ni yang bestnya boleh membantu merawat serta hapuskan jerawat tanpa menyebabkan kulit menjadi kering dan kerengsaan. Serum ini yang mampu meremajakan kulit agar kelihatan lebih licin, lembut dan halus.
Bagi yang ada masalah jeragat, pegmentasi atau bintik hitam, korang juga boleh cuba produk ini. Kalau orang tanya berapa lama boleh nampak kesan kalau guna produk ni? Selalunya dalam masa 14 hari korang boleh nampak perubahan jika ianya digunakan secara konsisten ya.
Dan ada yang tanya ainaa serum tahan berapa lama? Dia ikut penggunaan juga kan. Kalau konsisten guna biasanya dalam masa sebulan macam tu. Tapi kesannya memang puashati lah.
Cara pakai Ainaa cleanser dan Ainaa Serum
Pamkan Ainaa cleanser di tapak tangan dan letakkan sedikit air dan cuci wajah dalam 60 saat. Selepas tu basuhkan muka dengan air bersih.
Kemudian lap muka dan sapukan pula serum ke seluruh wajah. Selepas tu rasa kulit muka lebih anjal dan segar.
100% Diluluskan KKM
Kedua-dua Ainaa Cleanser dan Ainaa Serum ini diformulasi dengan PH yang seimbang dan bebas bahan kimia berbahaya. Saya tahu, produk kecantikan di luar sana banyak yang tiada kelulusan KKM.
Tapi produk Ainaa memang mempunyai kelulusan KKM yang mana 100% tanpa paraben, tanpa sulfat dan tanpa minyak mineral.

Pastikan korang beli produk yang original dengan melihat kepada kotak bungkusan yang ada hologram berwarna kuning.
Malahan kandungan di dalam kedua-dua produk ini adalah berasaskan bahan semulajadi dan selamat digunakan untuk semua jenis kulit. Korang juga wajib pastikan ada pelekat hologram dikotak semasa pembelian. Itulah bukti produk ini original dan bukan tiruan okay.
Harga produk Ainaa Beauty
Ini adalah harga jualan runcit untuk Ainaa Cleanser dan Aina Serum. Kalau nak tahu produk ini diformulasi oleh pemiliknya iaitu Syafiqah Aina. Kalau korang nak tahu, Syafiqah Aina ni seorang beauty and fashion blogger, instafamous dan alami masalah kulit akibat dari alergi dan rashes selepas pemakaian barangan make up untuk photoshoot bagai.
Kemudian dia keluarkan produk ni dan mencubanya sendiri. Kalau tengok owner pun memang cantik kulitnya, halus mulus. Ternyata cleanser dan serum Ainaa ni bagus dan memberikan kesan yang positif kepada si pemakai.
Ada yang tanya produk Ainaa Beauty ni tipu ke? Anda boleh tengok sendiri testimoni yang mereka share di IG dan FB. Rata-rata puashati terhadap kesannya.
Kalau nak tahu kedua-dua produk ini juga sesuai untuk semua jenis kulit tau. Macam contoh kulit saya ni jenis berminyak, so bila pakai produk Ainaa, rasa kulit muka lembut dan tak kering. Memang best!!
Mesti korang teruja nak cuba kan? Bagi yang nak muka cantik dan berseri, bolehlah try surf Website, FB dan IG di bawah ya.
Xu pun suka cleanser Ainaa
Assalamualaikum sis aju. Lama mama cuti blogwalking. ada 3 bulan jugak rasanya. Hehe. Semoga makin maju dan sukses dunia akhirat.
Balik pada tajuk, memang masalah jerawat ni di hadapi tua dan muda. Jadi kena cuci muka dengan cleanser yang sesuai. Tak kiralah di rumah ataupun di pejabat.
Baru baru ni Ibu tukar cleanser baru. Pakai cetafil gentle skin cleanser. Setakat ni alhamdulillah serasi. tak pula naik jerawat. Kalau aju dah jumpa yang serasi, kekal pakai yang tu je le
Thanks for publishing this awesome article. I’m a long time reader but I’ve never been compelled to leave
a comment. I subscribed to your blog and shared this on my Twitter.
Thanks again for a great post!