Kek Nutella Red Velvet sempurnakan sambutan hari lahir

Ahad, 11.11.2018 yang lepas adalah Hari Lahir suami yang ke tuutttt, ssshhh rahsia. Seronok dia dapat kek nutella red velvet.

Ceritanya masa ni hubby kita takde kat rumah dah 2 hari dah tau, bukan sebab merajuk tapi dia ke Gunung Ledang. Buat apa? Apa lagi kalau bukan aktiviti memanjat gunung.

Memang hubby saya ni aktif bab motorbike, cycling dan hiking. Tak tau macamana boleh minat, tau-tau je dia dah ikut pergi trip sana sini. Dan masa hubby panjat gunung, saya pulak bawa anak-anak balik ke Pahang.

Balik pahang tanpa suami

Jenguk mak saya yang kebetulan kene sengat lipan. Berderau darah kita, tapi syukur sangat sebab mak saya sihat dan baik-baik aje. Itulah kesayangan saya, walaupun mak tak izinkan saya balik jenguk dia sebab risaukan keselamatan dan anak-anak, tapi biasalah degil kan, tetap nak balik juga.

Mana saya nak drive, mana nak jaga si kecik Ammar tu. Tapi naluri saya tak boleh nak ditahan-tahan dari nak menjenguknya. Dan bila saya dah tengok dengan mata kepala sendiri yang mak betul-betul dah sihat, hmm legalah hati. Macam tu barulah senang hati beta hihi.

So berbalik kepada besday hubby. Ahad tu dia sampai rumah jam 11 malam dari Muar, saya dah tidur dan yang sambut hubby malam tu hanyalah si Adam dan Dzar. Siap nyanyi lagi budak berdua tu. Hubby saya ceritalah, sebab time tu saya memang kepenatan drive 3 jam dari Pahang, memang lena tidurnya haha.

Order kek Nutella Red Velvet online

Kesian pulak takde kek bagai, yang ada hanyalah whishes di FB dan whatsapp. Dan demi tak mengecewakan hubby, saya order jugalah kek dari agent Mamasab, kek yang femes tu. Setelah diberi beberapa pilihan, saya decide beli kek Red Velvet Nutella saiz 7″ yang berharga RM50 dan caj penghantaran RM13.

BACA  Ibu-ibu jom serbu Giant jom!!

Boleh whatapps —->AzlinĀ 0192391068

Oklah tu, nak keluar cari kek memang malas, dah ada delivery ni, maka mudah kerja saya. Surprise bermula bila mana hubby keluar rumah jemput anak-anak dan saya balik dari kerja teruslah bawa kek ke dapur. Bila dia dah ambil anak-anak semua, makanya kita tergezutkanlah dia.

kek red velvet
happy dia dapat kek
kek nutella red velvet beli online
surprise menjadi juga hahaha

kek nutella red velvet

Surprise menjadi

Haaa SURPRISE!! Hahaha nampak muka tergezut dia tau. Ingat kita lupa la tu? Takla mestilah ingat, giler tak ingat. Nanti besday kita pun nak cenggini tau, malah lebih surprise lagi better hahaha. Kecoh kan hihi.

Anak-anak perempuan saya tu yang paling happy, mana taknya dapat red velvet kegemaran diorang. Siap ada Nutella lagiks. Haa amik kalori ni nak oiii!!. Jangan buat selalu okay haha.

1 thought on “Kek Nutella Red Velvet sempurnakan sambutan hari lahir”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: