Parenting Persiapan dan perbelanjaan kelengkapan persekolahan 2019 December 13, 2018

Spread the love

Berbelanja Di Pusat Pakaian Hari-Hari

Semalam punya cerita :), dah mula buat persiapan dan kelengkapan untuk tahun baru persekolahan 2019. Kebiasaannya saya akan check baju, seluar dan kain tahun sebelum tu yang masih boleh dipakai. Dan jika masih elok, saya gantikan untuk sepasang sahaja. Jangan membazir, belajar berjimat ya :).

Since saya pun tengah cuti seminggu ni, so bolehla terus shopping. Seronok sebab weekday orang tak ramai, heaven kau!! hihi. Macam biasa, saya suka ke Pusat Pakaian Hari-Hari untuk beli keperluan dari kepala hingga ke kaki. Satu sebab kualiti kain Jony & Jeny ni memang terbaik. Kedua, harganya berbaloi dengan anggaran harga RM39 untuk sepasang baju dan kain sekolah.

Harga baju dan kasut sekolah

Tahun 2019, 3 orang beradik ni akan ke sekolah seperti biasa. Tahun depan Kak Long dah Tingkatan 2, si Najiha dah Darjah 6 dan Adam pula Darjah 3. Banyak juga belanja diorang ni, beli baju, kasut, stokin, baju dalam, beg, jumlahnya RM460.

harga kasut sekolah hitam terkini
Yang ni kasut si kakak, sorang size 39 dan sorang lagi size 41. Harganya RM37.50 sepasang.
harga kasut hitam pusat pakaian hari-hari
Yang ni kasut Adam, size 35 harganya RM31.50. Beli besar sikit, bila ngam-ngam nanti cepat je dah ketat.
harga stokin sekolah
Stokin ni harganya RM8.90, RM9.30, RM10.20 sepek, ikut saiz dan setiap satu pek ada 3 pasang. Seorang dapat 3 pasang, oklah tu kan

Itupun ada yang saya cut, kalau beg sebelum ni masih ok, so basuh dan pakai je beg tu selagi masih boleh pakai. Disebabkan kasut hitam dah boleh mula dipakai untuk tahun depan, so beli jela hitam deh. Senanglah kerja korang kan, tak rajin nak basuh, just kiwi kan je.

harga baju melayu sekolah agama
Baju sekolah agama lelaki. Sepasang RM33.80 siap baju dan seluar. Sampin hijau tu RM11.20 ikut saiz.
harga baju sekolah budak lelaki
Baju kemeja lelaki lengan panjang RM25.30 sehelai, seluar sekolah biru RM25.30 jugak.
Baju kemeja lelaki lengan panjang, beli 2 helai senang tukar-tukar.

Adam tahun depan dilantik jadi Pembimbing Rakan Sebaya, cikgunya pilih :). Harap-harap dibimbing ke jalan yang benarlah rakan-rakan Adam nanti. Bagus juga ada tanggungjawab macam ni, biarlah berdisiplin baguih hendaknya.

So PRS ni kene pakai baju kemeja lengan panjang, seluar biru. Neck tie dan vest cikgu bekalkan. Untuk sekolah agama pulak, since tahun lepas dia pakai baju tu dah 2 tahun. So saya belikan yang barulah sebab kecik nau-nau dah bajunya ;).

harga baju kurung sekolah
Baju kurung sekolah satu set kain dan baju RM39.50
baju sekolah agama
ini baju sekolah agam najiha, sepasang RM37.50
harga sehelai baju kurung sekolah
Yang ni baju kurung sekolah, sehelai RM21.60

Najiha dan Kak Long beli baju saya belikan sepasang untuk seorang. Diorang yang request sebab baju yang lama ada masih boleh pakai lagi. Kasut pulak, semuanya seorang sepasang. Ni untuk 6 bulan je sebab lepas tu nanti tengoklah rupa kasut tu. Kalau dah uzur, beli lain. Kalau beli sekarang nanti dah setengah tahun sure dah ketat. Biasalah bebudak cepat membesar.

Ok dah settle bab baju sekolah. Allocation duit untuk baju sekolah ni ktorang simpan since yuran bulan 11 dah dibayar masa register sekolah dulu. Jadi duit tu bolehlah beli baju dan buku sekolah pulak. Hmm cenggitulah mak pak ni berjimat kan, semuanya kene ada senarai, kalau idok kelautlah belanjanya :).


Spread the love

Tags : , , , , ,

5 Comments

  • mamatisya posted on December 14, 2018 at 10:59 am

    senang dh setel…ni nk cr kasut, stokin n tudung je la kot…bj ok lagi

    Reply
  • Mimi posted on December 22, 2018 at 4:41 pm

    Saya baru settle beli keperluan sekolah anak anak. Tuh pun kain tak ada size. Kena beli lain nanti

    Reply
  • Hafiz posted on January 3, 2019 at 1:41 pm

    Saya beli persiapan sekolah awal nov hari tu.. beli lambat takut habis.

    Reply
  • Mama Hakim posted on January 8, 2019 at 3:46 pm

    Aju memang selalu shopping pakaian sekolah kat pasaraya hari hari ya. Senang kan sebab kelengkapan semua cukup. tak payah nak pergi banyak tempat
    Mama Hakim recently posted..Bina rumah atas tanah sendiri! Panduan lengkap membina banglo idaman anda!My Profile

    Reply
  • Ibu Zaid posted on January 10, 2019 at 1:18 pm

    Tahun ni anak Ibu 2 2 orang masuk sekolah. Dan kedua dua sekolah ni jual baju uniform sendiri. Tak merasalah pengalaman nak beli baju kat luar. Hehe
    Ibu Zaid recently posted..Susu Kambing Lazz! Review harga & kebaikannya untuk seisi keluarga.My Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge