Hoyey! Happynya sebab sekarang ni sepanjang malam saya dan Ammar akan tidur dengan lena tanpa perlu bangun malam untuk tukar diaper. Sebelum ni mesti Ammar akan terjaga sebab kebasahan, mana taknya basahnya, sebelum tidur mesti minum susu at least 2 botol!! So memang beratlah diaper dia di waktu malam.
Bila dah basah, sure dia akan bangun sebab kesejukan dan tak selesa seluarnya lencun. Kita ni dengan pisat-pisat mata meraba-raba diaper untuk ditukar. Hmm mengantuk mak nak 🙂 sebab saya adalah sejenis yang susah nak tidur semula kalau dah terjaga.
Kadang-kadang kalau dah terlena, sampai tak tukar lampin hingga ke pagi. Sejuk punggung budak tu macam air batu. Lepas tu dah jadi ruam lampin pulak, dan surelah Ammar nangis waktu kita basuhkan punggungnya sebab pedih.
Huggies Dry Pants
Dan sekarang dah tak perlu tukar diaper lagi di waktu malam dan tiada lagi ruam selepas saya bertukar kepada Huggies Dry Pants ;). Kiranya pakai sekeping boleh tahan sampai pagi, hmm baguih jimat duit hihi. Nak pakai pun senang, hanya sarungkan pada bayi tanpa perlu ada adegan kejar mengejar bagi anak yang dah pandai berlari. Ish jenuh aih nak pujuk pakai diaper hahaha.
Memang pilihan lampin Huggies Dry Pants adalah pilihan terbaik. Waktu menonton demo video di atas ni, dah boleh nampak keberkesanan Huggies Dry Pants menyerap dengan pantas serta bagaimana Huggies Dry Pants memastikan kulit bayi selesa. Dan selepas mencubanya sendiri, sememangnya ia mempunyai kuasa menyerap yang terbaik. Orang kata “value for money”
Ciri-ciri lampin bayi Huggies® Dry Pants
Nak tahu ciri-ciri lampin bayi Huggies Dry Pants? Saya nak share dengan korang kenapa korang patut pilih lampin bayi Huggies Dry Pants ni. Orang kata benda baik mesti dikongsi, bila anak saya sendiri dah cuba dan nampak kesannya, barulah saya boleh ceritakan pengalaman tu kan.
Ianya diiktiraf sebagai pantas diaper pants serapan terpantas di Malaysia. Jadi semestinya ianya akan memastikan kulit bayi kekal selesa dan kering tanpa kebasahan. Makanya mereka akan bermain dengan lebih lama dan tidur pun lebih lena.

Lubang mikro serap pantas
Ia juga mempunyai 1,000 lubang mikro pantas serap yang akan menyerap dengan cepat dan menyekat cecair dari keluar seterusnya memastikan kulit anak selesa. Kalau nak tahu ia mampu menyerap untuk 10 jam lamanya, hmm lama kan. Kalau pergi travel sure memudahkan sebab tak perlu kerap nak tukar lampin bayi.
Dengan ciri 5-way comfort fit, ia sangat fleksibel dan muat dengan selesa terutamanya di bahagian perut, pinggang, dua belah kaki dan kelangkang bayi. Tiada lagi kebocoran bila mana ianya melekap cantik di pinggang dan punggung si anak. Ia juga mempunyai pelapik luar beraliran udara 100% yang memudahkan pengaliran udara dan yang bestnya ia boleh mencegah dari ruam lampin.
Saiz dan harga Huggies Dry Pants
Huggies Dry Pants ni ada 5 saiz iaitu S (4 – 8kg), M (6 -12kg), L (9 – 14kg), XL (12 – 17kg) dan XXL (15 – 25kg). Hmm macam Ammar sekarang ni pakai saiz L. Senang kerja ibu, sarung je dah siap. Bolehla sarung sambil berdiri dan tak perlu nak baringkan dia. Mudah sangat :).
Dan kalau nak tahu harga promosi terkini sila klik di sini —->>http://bit.ly/2LgcBwt
Nak pakai pun ada cara ya macam kat bawah ni, tapi mudah je caranya. Even si kakak atau abangnya pun boleh sarungkan diaper si adik. Sarung-sarung, terus siap!!
CARA PEMAKAIAN
LANGKAH 1
Dipakai seperti seluar bayi dengan perkataan “FRONT” di bahagian depan. Pelindung peha hendaklah dipadankan dan tidak terlipat bagi mengelakkan kebocoran.
LANGKAH 2
Setelah digunakan, anda hanya perlu koyakkan kedua-dua bahagian tepi untuk menanggalkannya.
Mudah kan? Ha itulah rahsia saya menjaga dan memastikan si manja saya kekal aktif sepanjang hari dan tidur lena sepanjang malam. Tak perlu nak berjaga malam 2 3 kali untuk tukar diaper, dan kita pun tidur lena jugak. Budak ni biasanya akan menangis jika tak selesa dan kita sebagai ibu bapa mesti nak buat yang terbaik untuk mereka kan.
Sangat disarankan untuk anak korang pakai dry pants ni. Jadi kalau ibu-ibu nak cuba produk Huggies, boleh juga mendaftar sebagai ahli dan dapat kan sampel percuma di sini —>Dapatkan Sampel Huggies Dry Pants
Huggies memang diaoer kepercayaan ibu ibu masa kini sebab keupayaannya menyerap dengan pantas
Bagus betul huggies dengan teknologi baru ni, anak-anak mesti lagi selesa dan bebas dari masalah ruam
Teekejut..Dah lama pakai..br tau penyerapannya cpt hehe
Memang mudah dgn Huggies Dry Pants ni….anak aku pun guna
Mama ni dah bertahun tahun pakai huggies. Dulu memang puas hati. Pakai sampai anak 4 tahun. Tapi lately lampin huggies ni macam makin nipis. cepat sangat bocor.
Pernah juga pakai lampin huggies ni. masa tu belum keluar huggies gold tu. Ibu perasan Huggies drypants gold sekarang ni sama dengan huggies dulu.
Huggies drypants silver tu nipis dan dah kurang menyerap kencing anak. mungkin sebab mereka nak kekalkan harga bawah RM30 untuk satu pek tu.