Yeay episod akhir dah, betapa gigihnya nak menulis entri percutian ni, mood oh mood hadirlah kau hihi. Percutian 3 hari 2 malam, mungkin kalau orang yang ditinggalkan di rumah tu rasa, “lamanya mak kau ni pergi bercuti”. Tapi yang bercuti ni rasa 3 hari tu sekejapnya rasa. Nak baca entri sebelum ni kat sini.
Trip mak-mak makan angin ke Langkawi- Hari Pertama
Trip mak-mak makan angin ke Langkawi- Hari Kedua
Tak cukup nak habiskan satu Langkawi. Kalau seminggu baru lengkap ni :), tapi time tu suami semua dah jadi hijau. So dengan erti kata lain, bapak ko dah hijau hahaha.
Hari ketiga ni, tema kami putih biru. Emm nampak sangat tenang dan cantik dalam gambar. Sangat blend dengan warna lautan dan langitan. Baju ni saya beli kat Plaza GM Klang, in case lah korang tanya saya beli kat mana hahaha, tak kelakar ya? Hmm tak kisah.
Well bila semua dah bersiap, wajiblah sarapan pagi. Time bercuti yang bestnya tak payah fikir nak diet ke hapa. Dah habis cuti nanti baru pikir adui camne nak diet semula ni? Hahaha pitam!! Mana tak pitam, lihatlah dunia sarapan pagi kami.
Kuih kat sini best-best. Bingka ubi, tepung bungkus, air nescafe ais, perghh gempak rasa dia!! Masa sarapan ni, ada anak lembu melintas depan kedai. Perghh mana nak dapat view cenggini, dah tahap tak perlu pergi Zoo, semua ada depan mata :).
Makan, bercerita, bergelak gempita, seronok dapat luangkan masa dengan kawan-kawan. Walau dalam itinerary ada 2/3 tempat kami plan nak pergi tapi disebabkan masa sangat mencemburui, so tak dapat nak singgah. TAPI, aktiviti 3 hari ni sangat MENYERONOKKAN bersama engkorang.
Then, dah siap sarapan, acara posing tepi pantai diteruskan. Serius cantik cuaca pagi tu. Sangat merestui kedatangan kami. Bila dah ramai-ramai, banyak pulak idea nak bergambar.
Satu tips, sila bawa gajet tripod so korang boleh bergambar lengkap dalam kumpulan. Taraaa!! Best tak idea bergambar tepi pantai kitaorang. Mungkin pada korang biasa-biasa je, tapi pada kami ini dah gempak giler!!
Flight balik petang tu jam 4.05 petang, jadi sebelum pulang inilah aktiviti kami semua. Berat rasanya hati nak tinggalkan Langkawi, tapi demi menyambung tugas kepada keluarga, jadi kami harus kembali ke KL semula muaahahaha.
Saya nak share sedikit tips tentang percutian ni. Actually kalau korang nak pergi bercuti mana-mana pun perlu ada bajet kan? So kami semua dah mula menabung dari awal tahun dengan bayaran RM50/ per head sebulan. Kami dah lantik seorang bendahari untuk collect duit ni dan dialah yang monitor buku tunai kami :). Alhamdulillah bendahari sangat efisyen, makanya semua pun sangat teratur.
So dengan duit ni kami bayar flight ticket, duit makan hari pertama hingga ke tiga, sewa kereta, sewa homestay, aktiviti mangrove, parking, kecuali duit shopping, itu sendiri punya duitlah ya :). Dan total perbelanjaan untuk percutian kami ini ialah RM506.67/ per head termasuk t-shirt purple yang kami pakai hari kedua tu. Hmmm ok kan?
Dan masa nak balik semua pun duk kira-kira berapa total luggage kami semua. Kami kongsi je luggage ni 20kg untuk 2 orang. So semua pun akan timbang dan manage berat hand carry dan luggage. Alhamdulillah semua pandai bajet. Kecuali ada kawan yang beli set pinggan mangkuk arcopal, so depa dah standby extra luggage yang dibeli sebelum kami check in flight.
Seperti biasa, berdebar nak timbang dan check in itu perkara biasa. Nak naik flight pun debar sebab sebelum tu dengar flight Lion Air terhempas. Kami doa-doa semoga selamat perjalanan balik ni. Hmmm beg ready, kastam pun dah check, so here we are, jom balik KL semua!!!! Bye bye Langkawi…
waaahhh indahnya dunia dapat bercuti dengan geng mak mak
wah kemain sporting semua pakai baju ikut kaler sama