December 3, 2020

Tube Hotel Melaka review, caj murah dengan konsep hipster

Percutian tak dirancang

Percutian di Tube Hotel Melaka ni kira last minute sebab memang kami tak plan nak bercuti pun sebenarnya. Kesian kat bebudak ni cuti sekolah duduk rumah je pulak. So dengan cuti sekolah yang masih ada 2 minggu lagi ni, mohle kita bercuti nak oii!!

Taaaapi, nak ke timur jem, ke utara jem, ke selatan? Pun jem..Abis nak ke mana kita ni sebenarnya? Last-last laki ai kata kita pergi Melaka je. Aisshh Melaka lagi? Rasa baru je ke Melaka dengan mak dan adik beradik saya aritu. Hmm follow jela janji bukan saya yang drive hihihihi. Cakap lebih kang dia cancel percutian dah satu hal :).

So bila dah last minute ni susahlah nak dapat hotel. Masa dah on the way barulah terkial-kial nak cari hotel dan book bagai. Antara Trivago, Traveloka dan Booking.com, nampaknya ada rezeki di Booking.com.

tube hotel klebang melaka review
Ihsan gambar dari mr google

Banyak hotel penuh

Bila last minute booking, hotel yang best-best, dan ada kolam, semua HABIS!  Padan muka hahaha. Then terpandang ada satu hotel ni nama dia Tube Hotel, Melaka. Tengok gambar, emm cantik.

Tengok orang review kat situ semuanya kata harga berpatutan dengan bilik yang cantik. Rating pun tinggi. Itu pentingnya baca review kat website ni, kita boleh tahu macamana servis dan keadaan bilik diorang.

Bila masukkan tarikh, jumlah guest, hmm ada satu bilik lagi tinggal, ok set, terus book!! Makanya bila dah dapat hotel untuk beradu, barulah senang hati nak berjalan. Apa lagi, ktorang singgah di Masjid Cina Melaka ni lah dulu. Cantik kan masjid ni? Macam kat China rasanya.

Masjid Cina Melaka

masjid cina melaka
Kemahin posingnya budak Dzar tu, boleh jadi model gittew.
masjid cina melaka
Posing ibu dengan 5 orang anak-anak. Dalam 10 kali snap ini hasil yang terbaik. Apo susah bonar nak bergambar dengan bebudak ni kan, terlebih gulo agak ea haha.
Alahai suka gambar ni, terbaik dari ladang. Credit to my daughter, bebudak zaman la ni tau je angle mana yang cantik gambarnya
Yang ni view dalam Masjid, cantik kan, menarik minat kita nak beribadat di dalamnya. Serius suka tengok, teringin nak dengar tazkirah kat sini 🙂

So singgah solat then bergambar sakan. Luar and dalam masjid pun cantik. Suka tengok :). Warna merah hijau ni ceria sangat, bersemangat nak beribadah. Settle bab bergambar, bila cium ketiak dah terhidu bau masam haha, badan dah melekit. So kami terus decide nak check in hotel.

Kemudahan dalam bilik Tube Hotel

Tube hotel ni letaknya di Klebang, Melaka. Dari luar hotel ni nampak kecil, tapi masuk ke kaunter dah nampak gaya hipters. Then bila dapat kunci semuanya tak sabar nak mandi dan rehat. Naik tangga je dah nampak cantiknya deco hotel ni.

tube hotel melaka review
Anak-anak kecil yang aktif 🙂
Katil dua tingkat, kami berlima kat bawah, kakak2 berdua tu tidur atas, hmm nyaman 🙂
Ini toiletnya, alahai macam ni buat kita nak mandi lama-lama pulak. Tapi disebabkan ramai yang beratur menunggu kat luar, hmm lupakanlah nak berlama-lamaan dalam tu haha
Ada TV, ada arah kiblat juga tau. Hmm mudah kita muslim ni nak solat. Cantik kan
Cantik lampu dan hiasan dinding tu, rasa nak buat deko kat dinding rumah kita jugak macam ni

Hotel ni takde lif ya, dari bawah kene naik tangga. Syukur dapat tingkat satu, nak bawak beg bagai memang mengah sikitlah haha. Kalau backpackers sesuai benar. Hispster sangat, dan korang tak susah nak cari nombor bilik sebab diorang siap bagi petunjuk kat lantai hihi.

Harga berbaloi dengan kemudahan

Bukak je pintu bilik, mesti bagi salam dulu :). Taraaa fuhh cantik biliknya!! Bebudak ni suka sangat, laki ai pun suka. Katanya oklah berbaloi dengan harga RM139 termasuk cukai. Deko dia memang terbaik.

hotel tube review
Zaman ICT sekarang ni, nak kene bawa kepala charger la, kabel la. Bagi yang tertinggal kepala charger, nah jangan sedih, siap ada usb ni ha cucuk je kabel tu kat sinun
Ha bila on lampu baru nampak muka sensorang. Hmm cerah laki ai tetiba hahaha

Katil double decker, sesuailah untuk kami bertujuh orang ni. Walau bilik tu kecil tapi bila ko dapat deko cenggitu cantik, memang puas hati. Inilah rezeki bercuti last minute, asalkan ada tempat nak rehat dan tidur, dengan harga murah, oklah tu.

Hello sayang, boleh kita sambung bercuti kat sini lagi untuk satu malam? Ha takde bilik kosong? Oklah bye!!

Bilik air pun hipster, ada water heater juga. Kettle untuk masak air panas, kira bancuh susu pun senang. Tuala mandi pun disediakan, siaran tv astro ada dan juga wifi. Aircond sejuk bangat, dan yang penting bilik tu kedap bunyi.

Walau anak saya berlima tu bergema gempita dalam bilik, tapi tak mengacau jenjiran sebelah, hmm kami jelah mak pak ni yang rasa sengal telinga dengan keriuhan diorang ni hihi. Parking lot depan pintu hotel dan ada kedai makan kecil depan hotel. Dobi pun ada tepi pintu masuk hotel. Pendek kata, 4 bintang saya bagi review untuk hotel ni.

ajumohit

Hi sayalah tuan blog!!

View all posts by ajumohit →

3 thoughts on “Tube Hotel Melaka review, caj murah dengan konsep hipster

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: