Hasil menabung tabungan paksa 2018 | Ha tajuk kemain tak menahan ๐๐. Dari tahun ke tahun kita ni memang banyak azamnya. Kalau disenaraikan mengikut hirarki anak tangga, saya yakin azam nak kurus tu kat tangga pertama ๐.
Samalah saya pun setiap tahun nak kurus. Tapi idokle tercapai lagi berat idaman tu hihi. Pada yang dah tercapai azam korang, tak kiralah apapun azamnya, tahniah dan keep it up!!
Pada yang masih belum tercapai, ya Allah korang ada masa lagi Insha Allah. Janji kene usahalah beb, then disiplin, istiqamah. Barulah menjadi. Pada yang memang kawan dengan saya di facebook, diorang dah tau hasil pencapaian keazaman saya yang tinggi tahun lepas.

Saje pilih bekas tin kecik ni, kalau simpan cepat nampak banyak dan penuh. Seolah-olah duit ko berkepuk-kepuk kekdahnya haha. Psiko sangat kan.
Hasil menabung tabungan paksa 2018
Terima kasih pada korang yang bagi feedback tentang hasil menabung saya ni. Memang betul bukan senang nak capai apa yang kita impikan. Tapi macam saya cakap tadilah, kalau korang betul nekad dan buat apa yang korang nak, memang Allah permudahkan.
Hasil menabung saya ni takdelah banyak sangat. Bagi yang betul-betul disiplin dan dah set, setiap tarikh sekian, sekian mesti simpan amaun tu. Dan korang memang follow apa korang target, saya tabiklah kat korang.

Oklah syukur ada duit tabung. Boleh menyimpan sikit sikit dari habis shopping kat shopee dan lazada. Opsss nampak sangat kaki shopping online haha
Kene disiplin
Bukan senang nak istiqamah tapi kita kan dah diajar, kalau buat benda yang baik dan konsisten dalam masa 40 hari. Automatically dia akan jadi habit.
Saya pilih untuk menabung RM20 ni sebab saya bukannya letak target untuk simpan hari-hari. Tapi bila ada je RM20 ni, so waktu tu saya akan masuk tabung terus. Saya mula tabungan ni dalam bulan 2 ke 3 macam tu.
Sebab bulan 1 tu belum ada kesedaran lagi hahaha. Pernah saya withdraw duit kat ATM semuanya keluar duit oren ni. Ingat nak simpan semua ke? Memang tidaklah ๐.
Simpan sekeping sehari
Saya simpan sekeping je, yang lain tu saya buat belanja hitu hini. Pernah jugak bila tengok dalam purse nak amik duit, tapi purse kosong!!! So saya pinjam dulu duit tabung ni, then ganti semula.
Dan di hari pertama 2019, saya kira semua duit simpanan tabung. Dan terkejut juga, wah hasilnya memberangsangkan. Ada 43 keping duit RM20 dan jumlah besarnya RM860.
Syukur Alhamdulillah, tabung paksa ni memang berhasil hihi. Di kala duit banyak dibelanjakan untuk anak-anak masa buka sekolah bagai, saya masih ada duit tabungan untuk kecemasan. Dan ramai cadangkan saya beli emas, dan keputusannya, saya masuk ke dalam akaun ASB je, Insha Allah ๐.
mmg byk hasil tu..tahniah
memang kena paksa dan hati kental hehehhe
Nak buat jugalah tabungan paksa ni. Sekarang ni pun dah buat, tapi tak ada pula letak amaun minimum. Duit syiling je masuk dalam bekas.
hehheh.. i simpan duit RM5 sahaja. Dah byk kali round buat, tapi selalunya aim untuk beli barangan yg diidamkan tapi bukan priority. Si bila ada duit baru beli.
banyaknyaa.. amalan yg bagus menabung ni.. busyra pun start menabung semula 1 jan haritu.. smoga istiqomah..
kena istiqomah menabung ni.. hehehe
Tahniah berjaya istiqomah memaksa diri menabung; masuk pula ke ASB, tahun depan makin bertambah nilainya, terbaik!
tahniah… banyak hasilnya… paksa adalah satu cara yang berkesan untuk menabung..
berpinar mata tengok macam nak beli something je guna duit tu. haha tp sayang duit orang lain. hahaha
Tabiat menabung memang amalan yang bagus, mak mak macam kita ni kat pejabat selalu main kutu. Yang jadi mak kutu kena selalu ingatkan kawan kawan bayar pada masanya
nak buat asyik tak menjadi….huhuhu… sabar jerlah kan.
ramai yg share kejayaan ini..saya sampai skrg x mampu nak lakukan