NeuroGain dan Obical supplement untuk ibu hamil.
Alhamdulillah kandungan saya dah pun 33 minggu. Mengandung anak ke 5 di usia 35 tahun agak sedikit memenatkan, namun gigih jugalah kita bergerak sana sini ;). Rezeki Allah nak bagi kita terima dengan hati terbuka dan ikhlas.
Check up ibu dan bayi
Semalam check up saya di Tropicana Medical Centre dengan doktor feveret saya iaitu Dr Norhazinat. Doktor tu friendly, tu yang best tu ;).
Saya pilih hospital ni untuk bersalin sebab dekat dengan rumah dan kemudahan juga tidak kurang baiknya. Lagipun hospital ini antara hospital yang menjadi panel di syarikat saya bekerja.
Alhamdulillah itupun rezeki juga, di saat ekonomi yang tidak menentu ni masih lagi ada peluang diberi Allah untuk merasa nikmat itu semua.
Alhamdulillah syukurla ada benefit dari majikan. Nikmat apa lagi yang kau nak dustakan ye dak. Bersyukur sangat pada Allah.
Perkembangan terkini si ibu dan bayi
Berat ibu : 73.8kg
Berat bayi : 2.2kg
Tekanan darah : 97/61
Air ketuban : Ok
Uri : Cantik kedudukannya
Ukuran kepala, peha, perut baby : 33 ke 34 minggu
Alhamdulillah ibu dan baby sihat-sihat aja.
Ibu baby pun membesar dengan jayanya hahaha. Berbelas kilo naik berat badan ni.
Tapi bila dah hujung-hujung nak bersalin ni slow sikitlah naik berat badan tu. Makan pun bukan boleh banyak-banyak dah. Nanti terus mengah. Makan sikit-sikit tapi kerap.
Rasa tak sabar nak menantikan saat bersalin sebab tak larat aihh nak ke sana ke mari dengan perut yang besar ni ;). Phewww penat huhu.
Neurogain dan obical supplement ibu mengandung
Ok yang ini pula antara vitamin untuk ibu mengandung yang dibekalkan oleh doktor Hazinat sebagai supplement untuk ibu hamil.
Neurogain ni kapsul minyak ikan. So makan tu kene standby gula-gula la sebab ada bau hanyir sikitlah. Tapi tahan jela demi kebaikan baby. Yang penting baby sihat, biarlah ibu berkorban haha.
Biasanya sebelum ni doktor bagi saya Neurogain je tapi kali ni tambah sekali dengan Obical. Doktor kata obical lebih kepada nak tambah kalsium lah dan baik untuk tulang juga gigi.
Hahaha sebab gara-gara kes sakit tulang punggung aritu kan, so kalsium adalah kurang jadi kekdah dia nak tambah kalsiumlah Jemah oii!!
Makanlah neurogain dan obical supplement ni. jangan tak makan sebab saya juga ada slip disc, haishh dah berumur ni semua benda nak kene jaga. Kesihatan, makan dan nak jaga keluarga juga. Jadi kita memang kena sihat sentiasa ;).
Kebaikan Neurogain
Dari bacaan saya, semasa kita mengandung atau menyusukan bayi, badan kita memerlukan komitmen yang tinggi. Dan ini boleh mengakibatkan kekurangan Asid Lemak Omega 3 di dalam badan.
Neurogain membantu untuk melengkapkan Asid Lemak ini, dimana ia sangat penting untuk mencegah masalah dalam perkembangan janin. Selain itu Neurogain ni elok untuk otak baby.
Cara pengambilan Neurogain
Neurogain ni mesti di simpan pada suhu bilik dan elakkan terkena matahari. Dan mengikut dari presciption vitamin ni, ianya perlu dimakan satu biji sehari sebelum makan. Senang cerita telan masa perut kosong la. Dan saya biasanya akan makan obical ni di waktu pagi.
Kalau susah sangat takut terlupa, kuncilah jam. Ha kalau lupa jugak tak taula nak cakap hahaa.
Makan obical semasa menyusukan bayi
Selain neurogain, saya juga makan obical semasa hamil. Bila doktor dah bagi, kita makan jela kan. Fikirkan untuk kebaikan diri sendiri dan juga bayi.
Doktor juga bagitau obical ni lepas mengandung pun boleh makan juga sebab purposely untuk tulang dan waktu tu mesti menyusu baby. So lagilah banyak zat yang dah ditarik ke baby.
Macam saya bagitau, obical ni adalah untuk kebaikan tulang dan gigi. Pada yang tak boleh nak minum susu, salah satunya bolehla makan obical ni juga.
Jadi mak-mak, beringatlah ya, jaga badan untuk kepentingan keluarga. Kalau bukan kita siapa lagi nak jaga diri sendiri, usahakan untuk beri yang terbaik kepada orang yang tersayang.
Menyusu badan
Memang niat nak menyusukan bayi sehingga 2 tahun tu sentiasa saya sematkan dalam hati. Alhamdulillah dengan pengalaman melahirkan 4 orang anak sebelum ni, orang kata dah ada ilmu jugalah.
Masa menyusukan ni memang perlu ambil vitamin untuk elakkan risiko darah rendah juga.
Berbanding masa anak sulung dulu, gajet menyusu pun takde. Tak tahu macamana nak perah dan simpan susu badan kalau bekerja di office. Kesian anak sulung waktu tu, menyusu dalam 6 bulan je.
Folic acid yang bagus untuk hamil
Ada kawan yang tanya apa jenama folic acid yang bagus untuk hamil ya? Saya tanyakanlah pada doktor pakar sebab saya pun tak pasti tentang ni.
Kata doktor, tak kisah jenama apa yang kita nak ambil. Yang penting kena ikut saranan doktor mengambil folik asid supaya perkembangan janin terjamin. Jadi lebih baik dapatkan pandangan dari mereka yang lebih pakar ya.
Sebaik-baiknya asid folik diambil apabila kita dah merancang untuk hamil. Selain makan pil asid folik, pastikan ambil sayuran dan makan yang sumber semulajadi tu.
Asid folik merupakan suplemen yang paling penting terutamanya semasa trimester pertama kehamilan. Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.
(Sumber: American Medical Association 2011)
Bengkak kaki
Setakat 34 minggu ni kaki saya masih belum kelihatan membengkak lagi, mild contraction sudah dirasai, dan saya nak nikmati waktu ini kerana mana tahu selepas ni dah stop production pulak kan ;), peluang seumur hidup kata orang :).
Semoga perkongsian entri neurogain dan obical supplement ni bermanfaat. Sentiasa berdoa moga dipermudahkan semuanya, aamiin.
tk lama dh nk deliver..cpt je rasa..smoga smua dipermudahkan
Assalamualaikum kak aju..kejap je masa berlalu kan.. yee rezeki anak jgn ditolak. Mana tahu kalangan anak2 ni yg doakan kita sentiasa. Insya Allah. Hehehe kak, boleh share tak beza mengandung anak lelaki & perempuan? Nak buat reference hiewhiew