Umum Baja organik Brogard rupanya mengandungi racun kimia berbahaya February 24, 2019

brogard organik ada racun kimia
Spread the love

Brogard Cecair Kawalan Serangga Herba 100%

Dua tiga hari ni duk kecoh dalam group FB Kebun Bandar yang mana pihak pertanian ada keluarkan surat kenyataan baja organik Brogard yang dikatakan selamat digunakan sebagai baja untuk pokok dan sayuran, rupa-rupanya mengandungi racun kimia berbahaya. Saya pun dah beli Brogard ni untuk disembur pada sayuran yang saya tanam tepi rumah. Serius Brogard ni mahal, dan ada yang jual repack dengan harga yang mampu beli.

brogard organik ada racun kimia
Sumber dari Google. Macam ni lah botol yang di pek semula tu. Nak beli yang besar mahal so saya beli yang botol kecil je.

Dan saya pun antara ramai pembeli yang membeli pack repack tu. Brogard ni juga boleh mengelakkan ulat dan serangga dari makan sayuran dan tanaman kita. Hanya mereka yang menanam je tahu perasaan bila sayur dan tanaman dimakan ulat, serangga atau diserang penyakit. Penat kita tanam dan siram hari-hari, tapi kira rezeki ulatlah tu kan 😅.

Rupanya Brogard mengandungi racun kimia berbahaya

Tapi tak sangka pulak Brogard yang didakwa organik tanpa sebarang bahan kimia ni rupanya ada kandungan berbahaya. Saya beli Brogard ni tahun lepas, sebanyak 30ml je dan harganya RM20. Kalau nak tahu harganya sebotol 500ml ialah RM230.

Kenyataan dari Jabatan Pertanian malaysia berkenaan kandungan Brogard
Kenyataan dari Jab Pertanian malaysia berkenaan kandungan Brogard ni
brogard ada racun kimia
Hmm harap-harap yang dah guna Brogard ni untuk jangka masa lama tiada kesan sampingan lah hendaknya

Saya tanam pun suka-suka je dan pokok pun tak banyak. So saya pun beli dalam kuantiti sedikit untuk cuba tengok hasilnya. Dan setiap 2.5 liter Brogard perlu dicampurkan dengan 5 liter air.

Sebelum ni penjual tu bagitau kandungan Brogard ni adalah campuran 20 jenis herba. Dan selamat untuk dimakan tanpa ragu-ragu. Huishh bahaya betul kenyataan ni, kata boleh makan tanpa ragu-ragu, tapi yang masuk dalam perut ni racun rupanya, Allahuakbar.

Alternatif sendiri untuk suburkan tanaman

Nampaknya memang kene bancuh baja sendirilah jawabnya. Sebenarnya ada je cara nak halau serangga dan elak tanaman dimakan ulat. Cuma rajin atau tak je nak bancuh dan buat sendiri 😁.

Ada ke pembaca kat sini yang suka bercucuk tanam yang gunakan Brogard ni? So lepas ni jangan guna racun ni ya. Kita kene cuba alternatif lain.

sayur sawi tanam sendiri
sawi oh sawi tak sabar nak tuai awak
sayur bayam merah tanam sendiri
sayur bayam merah, tunggu masa je nak dituai
Anak pokok bendi

Nah saya belanja gambar terkini pokok sawi dan bayam merah. Yang ni saya selalu siram air basuh beras dan letak kulit bawang merah di batas sayur. Kalau korang rajin, google lah cara untuk buat baja sendiri tu, atau campuran untuk elak tanaman dari diserang ulat dan serangga. Insha allah jumpa 😉.


Spread the love

Tags : , ,

6 Comments

  • Ibu Zaid posted on February 26, 2019 at 1:19 pm

    Kagum kagum. Tanah tepi rumah ni kalau tanam sayur mayur ni lagi yakin kan aju. racun dan baja tu kita sendiri kawal. Lagi takut beli kat pasar nampak cantikn segar.

    Tapi rupa rupanya banyak racun
    Ibu Zaid recently posted..4 Susu anlene Malaysia! Susu formula untuk tulang yg mana paling bagus?My Profile

    Reply
  • Zuraida Rahim posted on February 28, 2019 at 12:55 pm

    Segar Bugar pokok. Aku memang tak pakai racun untuk pokok-pokok kat rumah tu. Hari tu sekali kena serang ulat hijau, aku sembur dengan air cili api yang pedas tu.

    Lagi satu guna cuka kayu pun ok jugak. Laki aku sembur cuka kayu dekat ulat tu terus jatuh ulat tu.

    Reply
  • Ibu Mifzal posted on March 6, 2019 at 10:12 am

    mujur ada info begini. tak ada lah terbeli kan.
    Ibu Mifzal recently posted..Kucing Peliharaan : Osie, Onie Dan ObieMy Profile

    Reply
  • ema posted on March 6, 2019 at 5:10 pm

    seronok tengok tanaman menjadi… rajin Aju

    Reply
  • Wan syahida posted on March 7, 2019 at 9:08 am

    bila tengok je pos ni jadi bersemangat nak menanam semula.. geram tgok sayur yang segar tu.. huhu.. terima kasih berkongsi..

    Reply
  • rental tanaman posted on September 10, 2019 at 12:03 pm

    Good day! I know this is kinda off topic however I’d figured I’d ask.
    Would you be interested in trading links or maybe
    guest authoring a blog article or vice-versa? My site goes over a lot of the same topics as yours and I believe we
    could greatly benefit from each other. If you might be interested feel
    free to shoot me an email. I look forward to hearing from you!
    Great blog by the way!

    Reply
  • Leave a Reply to ema Cancel Reply

    CommentLuv badge