Deko dinding ruang tamu dengan frame Kaison.
Suka betul tengok rumah yang kemas dan cantik. Nak pulak kalau deko dinding ruang tamu dengan frame Kaison. Walaupun saya bukanlah jenis yang pandai berdeko. Tapi bila tengok idea orang lain deko rumah, saya belajar sikit-sikit dengan ceduk idea diorang.
Teringin nak buat cantik-cantik macam tu. Macam inilah kalau tak dikurniakan bakat mendeko semulajadi. Makanya cari-cari idea yang sesuai dengan rumah sendiri.

Kosong nampaknya dinding ni. Perlukan perubahan nampaknya.
Saya yakin korang pun ada yang follow group di Facebook. Saya suka melawat ke group diorang ni. Kalau tak cari idea pun, suka cuci mata tengok kekemasan rumah masing-masing.
- https://www.facebook.com/groups/IKEAdeko/
- Kelab Kaki Deko
- https://www.facebook.com/groups/decodapur/
Banyak yang mendeko dari barangan Kaison, Mr DIY, Ikea, Kedai Eco. Tak kisahlah kedai apapun, walau harganya murah tapi kalau kene gayanya, memang cantik!!! Dan 2 minggu lepas dapatlah jejak kaki kat Kaison.
Dari rumah lagi dah aim beli frame dengan motif gambar daun. Apa motif 😂?? Memang trend dah sekarang ni hias rumah dengan pokok pisang, daun monsterra, frame pun daun, alas meja daun dan gantung juraian kehijauan.
Laki saya dah bising, buat semak je katanya. Jadi tempat nyamuk bersarang. Ishh tak up to date betul laki ai ni. Hahaha tak boleh blah kata nyamuk bersarang. Hmm nyamuk pun tau tu pokok tipu bang hahaha.
Pekakkan telinga je Jemah. Beli je frame 2 ketul ni. Hmm amacam ok tak?? Simple and nice kan??. Saya dah bajet nak gantung kat mana, berapa ketul frame yang sesuai untuk digantung kat dinding ruang tamu. Sambil cari frame yang sesuai, sambil cuci mata.
Kaison Paradigm Mall

Bakul ni dalam RM30++ harganya. Lek lu, survey hat lain dulu

Ha pokok viral dan trend sekarang. Inilah dia idaman mak-mak. Yang kiri tu RM6.90, yang merimbun tu RM12++.
Hmm syok sebab waktu ni orang tak ramai. Almaklumlah saya pergi ni weekdays. Nak abiskan cuti tahun lepas ☺️. Wah best sebab boleh pilih lama-lama dari satu shelf ke shelf. Selalu anak-anak ada sekali, memang tak khusyuk nak shopping lelama hahaha.
Idea dalam kepala ni macam-macam nak buat. Tapi fikir bajet yang ada, makanya kita hias sikit-sikit. Kata orang minimalis aje dahla. Sedap mata memandang dan tak susah nak kemas.

Lama dah kita cari awak, kat IG mahal sangat. Ada yang 3 pcs RM199, hampir nak terbeli dah. Tapi duk fikir singgah Kaison lah dulu. Ha ada pun awak ya. Baru RM19 harganya.

Ingat nak beli 3 keping, tapi fikir nak letak pun macam space dinding tak mengizinkan. Makanya beli 2 sudah
Dalam banyak-banyak frame, yang ni pilihan hati saya. Nampak simple, kemas dan elegan. Tak sabar nak gantung kat ruang tamu.
Niat hati nak beli bakul tu nak gantung kat dinding. Letak pulak pokok berjurai. Tapi tengok harga boleh tahan juga. Makanya next time lah. Beli pokok jurai je dulu.
Singgah Mr DIY
Lepas dah settle kat Kaison, singgah pulak di Mr DIY. Nak beli penyangkut kunci. Beli yang murah dan comel. Taraa sesuai pulak depa berdua ni welcome, home. Murah je tak sampai RM10 pun dua-dua ni.

Ini pulak tempat gantung kunci. Kunci yang kerap pakai letak kat sini. Yang jarang pakai tu gantung kat dalam box

Bajet tak sampai RM10 hengget. Beli yang murah je sudah
Bila dah sampai rumah, terus bertukang nak gantung frame Kaison. Hmm bolehla lihat sebelum dan selepas deko. Barulah ada serinya kan. Hmm terus rasa nyaman pulak bila nampak daun menghijau 😂.
Macam nilah baru semangat nak maintain kemas rumah. Walau anak 5 orang, tapi dah ajar diorang jaga rumah walaupun tak sekemas mana. Janji masing-masing bolehlah tolong ibu kemas mana yang patut.
BACA—> TAMPAL WALLPAPER DI RUANG TAMU

Pokok berjurai tu kita gantung macam tu dulu, tunggu ada bajet kita beli bakul atau shelf yang menarik untuk sangkut kat pokok ni pulak

Tahun ni pakai lagi langsir yang sama, langsir ni beli dan tempah di Nagoya. Dah almost 3 tahun umurnya. Moga panjang jodoh kita wak 😉
Yup certain barang kita boleh dapat untuk harga murah kalau kita rajin survey. The frames look interesting.
nice decoration, its simple and nice at living room. I have one too but the sticker on wall is black color so I didn’t remove the decor. It gonna be super ugly when I removed as double sided tape I used is black color.
Kaison ni memang tempat berhantu sungguhlah. Nak hias rumah cantik cantik memang kena cari barang dekat kaison takpun daiso, mr diy dan sewaktu dengannya. Kakau masuk sini memang tak ingat dunia jawabnya. Kaison dah ada dekat aeon nilai tapi tak terjah lagi sebab risau tak tahan nafsu. Csntik frame kaison yang akak beli tuh.
Dah lama tak masuk kaison ni. Dulu kalau pergi paradigm tu memang rajin jugak singgah cuci mata. tapi time tu kan student lagi, duit pun ada tak ada, tak rajin lah nak membeli walaupun barang barang die memang cantik
Simple tapi cantik itu yang penting kat sini banyak pilihan fame yang lawa hehehehehe kita dapat idea lak nak deko rumah juga macam ni hehehehe bestnya nak pergi beli barang hiasan wakakakka….
wah decoration yang minimalist betul. concept ni bagus untuk nampakkan ruangan rumah luas dan kemas.
BBL pun suka pergi kaison..dapat cuci mata pun dah seronok. kalu ada duit memang best beli barang deko kat sini. dah la harga murah. pandai sis hias rumah..baru bersemangat.. rumah ku kan syurga ku
Cx tak boleh nak deco² rumah lagi sebab sedang menyewa. Kalau dah ada rumah snediri nanti, InShaaAllah nak deco juga tapi simple² je . Cx suka juga deco² ni tapi belum masa. Tambah lagi dengan anak² kecil hehehehhehe
Kalau duduk rumah sendiri, seronok nak mendeco-deco.
Kita ni duduk kauters. Nak deco pun rasa malas. Haha
Sebab nanti kalau nak pindah jenuh nak betulkan dinding balik.
Segala paku nak dicabut la..
Sis ni bab hias menghias ni kurang sikit, mengemas tak apa, jgn menghias..hehehe. Kat rumah sis ni, satu gambar je ada kat dinding ni, tu pun suh org dtg lukis abstrak. Gambar lain x adak pun..kosong je.
Oh kebetulan I m looking for some decoration items for my house, i will check out that place too. Thanks for sharing.
Kalau masuk group tu mesti rambang mata tgk orang deko rumah dorang. Pastu mesti terpengaruh nak cari jugak. Haha. Masuk kaison lagi la rambang mata.
Kita pun ada tengok kat IG frame gambar daun-daun tu cam cantik tapi mmg mahal and tak sanggup nak beli hahaha
Emi pun kalau masuk kaison, memang ralit. Segala benda rasa berkenan. Tapi tak syok nak deco bagai sebab sekarang masih menyewa rumah bujang.
shopping kat Kaison ke? kalau dari Kaison memang terbaik & ada pelbagai pilihan. Kalau CLA masuk Kaison confirm tak cukup 1 jam..rasanya semua benda pun nak dibeli. adoii.
The decorations of the pictures with plants look really beautiful and natural and not to mention it gives that zen feeling to the house.
Bila masuk Kaison boleh jadi gila kut. Rasa semua benda nak beli. Tapi geram bila lah masuk Penang. Kita kan Penang kena gi Alor Setar.
Ibu memang suka hias rumah simple simple ni. Asalkan nampak kemas dan kurang maintenance. Hati pun lapang je
Jika diikutkan rasa hati, memang banyak benda nak beli kalau jejalan kat Kaison. Ada je idea nak letak menatang nie kat mana, nak gantung menatang tu kat mana. Tapi bila jengok akaun, terpaksa tarik nafas dan slow2 keluar. Hahaha. Sudahnya jadi minimalis hahaha
Cantik.. Nampak berbeza sangat. Boleh buat yg lain lagi nanti
kaison pun aku tak pernah pergi…kesian aku…hahaha
simple dan menarik…