Umum Ride satu hari ke Cameron Highlands, serius terbaik! March 11, 2019

Ride satu hari ke Cameron Highlands, serius terbaik! | Hmm last ride ngan suami 2 bulan lepas kot. Baru jugaklah, saya pun dah lupa sebab jarang-jarang ride berdua ni.

Seronok makan angin

Bila anak ramai, bibik takde, so masa sangat mencemburui. Saya akui saya suka naik superbike, suka jenjalan makan angin, makan nasi, makan-makan pastu stress berat badan naik. Hahaha peel pompuan.

BACA —>> Ride santai Ke Melaka pulak

Kalau ride ni selalunya suami yang decide nak pergi mana. Kita bonceng kat belakang ni follow aje. Walau saya cadang nak ke Temerloh makan ikan patin dan minum air jagung perghhh. Hahaha dasar kuat makan.

Ride satu hari ke Cameron Highlands

Tapi suami kata jomlah naik Cameron Highlands beli sayur. Hmm sayur pun sayurlah. Jangan saya jadi sayur kat belakang ni sudahlah 😂. Lenguh juga ride lama-lama, dah tu slip disc plak kan. Cuaca sekarang pulak boleh tahan panasnya.

ride ke cameron highlands
Strawberi berlambakan, harga pun dah murah, agaknya terlampau banyak tapi takde sangat orang membeli.
cameron highland naik superbike
Cuaca sejuk nyaman, sambil baca entri ni sambil membayangkan cuaca sejuk tu ya hahaha.

Dari panas ke sejuk

Tapi bila masuk je exit Tapah, wahh sejuk dah terasa. Saya kat belakang ni lega giler, sebab bila dah masuk jalan kampung suami pun takdelah bawak laju sangat. Sebab masa kat highway lenguh leher kita menahan angin kelajuan.

Kejap tengok kiri, kejap tengok kanan. Huhu  ingat best ride superbike? Hahaha.

Tapi depends, tengok jenis helmet jugak, kene helmet yang rasa ringan kene angin, oklah tu. Lepas tu terfikir ni baru pergi CH, kalau ride ke Thailand yang makan masa berjam-jam tu camnelah agaknya.

ride satu hari ke cameron
Aah suka ambil gambar kita time tak ready, tapi cantik jugak kakaka perasan.
strawberi cameron highlanfs
Terliur ke korang? Hahaha ampun, pasni pakat naik CH la ya.

Selalu remind husband

Satu lagi bab kelajuan ni memang risau. Tangan saya selalu tepuk-tepuk bahu husband suruh dia hati-hati. Kalau naik superbike bukan boleh jerit-jerit dari belakang.

Memang tak dengar. Enjin tu mengaum dah mengalahkan suara kita. Kalau dah laju bukan brek terus berhenti, aduii seriau.

Yang pasti sebelum ride saya pesan kat suami janganlah lelaju sangat. Selalu dipulasnya minyak sampai 170km/jam, adui itu dah laju sangat pada saya. Hari tu suami buat perangai, dia boleh kejar Ferrari kat highway.

Cerita Kejar mengejar

Ferrari tu lajulah kan, apalah sangat kami ni nak kejar kereta tu. Last-last kami dapatla mendahului Ferrari, itupun sebab kereta banyak dan Ferrari tak boleh nak mencilok.

Hmm suami punya seronok, aku tak taulah puas hati kot dia dapat potong kereta kuda tu. Sukatilah, janji jangan jadi bukan-bukan dahla.

Pening lalat

Ok berbalik kepada cerita asal, korang jangan fikir naik motor tak pening bila lalu jalan Tapah tu. Pening hoii, rasa nak muntah dah. Tapi tahan jek. Sampai jek kat Petronas Brinchang, terus cari toilet nak buang air.

Huisshh toilet pulak berbau, nak muntah weii. Tapi saya tahan sebab kalau tak sure pening nanti. Spoil pulak mood satu hari. Rupanya suami pun mabuk jugak. Lohh ingatkan driver steady, rupanya sama pening hahaha.

Apalagi ajak husband gi lunch, sambil pekena air fresh orange. Fuh legaaa bak hang!! Ikan bakar, kepah masak masam manis huishhh. Memang ngam dengan rasa pening dan nak muntah tu. Terus baik hahaha.

Menikmati teh panas di ladang teh, cuaca panas lit lit
minum teh cameron highlands
Hah puas hati dapat minum teh bharat
ride ke tanah tinggi cameron
Inilah gambar yang mamat tu ambilkan, baik hati adik tu, padahal kami tak mintak tolong dia pun. Kelakar plak rasa

Shopping time!!

Lepak-lepak hampir sejam, lepas tu terus nak cari sayur. Suami dah siap pasang tong kat belakang motor ni sebelum kami bertolak tadi. Hmm banyak boleh isi ni. CH kan sinonik dengan strawberi, tapi tak beli pun 😂.

Sebab dah tak menarik pulak nampaknya. Seronok duk membeli sayur kobis ungu, kobis panjang, cendawan 2 jenis, anggur, limau, honey dew, jagung manis, keledek ungu, keledek oren. Fuh terbaik, penuh tong tu. Balik tu kami plan nak masak steamboat!!

Singgah “mengeteh”

Sebelum balik kami singgah dulu ladang teh. Mai secawan teh tarik sorang segelas. Fuhh baru namanya Cameron Highlands hahaha.

Sambil menikmati pemandangan pokok teh, tapi cuaca tak sejuk pun. Panas berdenting jugak, fuhhh terik sangat. Sedang kami duk sakan berselfie guna timer, datang sorang mamat ni pelawa nak ambilkan gambar.

Agaknya dia tengok susah sangat kami guna hp kan. Hahaha time tu tahan gelak je sebab mesti lama dia perhati gelagat ktorang bergambar. Adui terima kasih kat adik tu, sangat baik hati.

Dia dah ada anak bini, kalau tidak boleh recommend kat kat hampa yang masih bujang. Then jam 2.30 petang macam tu kami pun pakat nak balik dah. Alhamdulillah settle ride kami seharian hari ni. 🍓🍓 Lenguh kaki wehh..

Tags : , ,

20 Comments

  • mamatisya posted on March 12, 2019 at 9:06 am

    wah syok tu…kita ni cameron last pegi masa belum kawin lg..tktau la bila nk pi..

    Reply
  • Ibu Zaid posted on March 12, 2019 at 9:07 am

    Macam seronok naik motor berdua naik cameron ni kan aju. Hati hatilah bawa motor tu, mesti laju kan. Hujan elok berhenti dulu

    Reply
  • Syahoney posted on March 12, 2019 at 9:25 am

    Ingat lagi dulu masa projek ulu jelai tu ngah buat tiap bulan naik sana. Last naik last month…bila la nk p lahi ni dulu mmg rajin sgt

    Reply
  • Ezna posted on March 12, 2019 at 11:03 am

    Tak pernah nak ikut ride jauh2 ni. Takut la naik motor. Kalau dok belakang, angin tiup tu yang kuat kan?. Motor pulak bukan jenis kapcai…yang berkuasa tinggi. Lagi takmau naik. Seram….

    Reply
  • ciklilyputih posted on March 12, 2019 at 11:03 am

    best uh ride ke cameron highlands kan, tapi champion lah sebab pi CH sebab nak beli sayur kan hehehhe. terbaek ni

    Reply
  • Qeela posted on March 12, 2019 at 2:17 pm

    waa bestnya dapat ride dgn husband pergi jalan2, lagi jauh perjalanan lagi luas pemandangan hehe..husband qeela pon dah lama teringin nk ride cmni tp for now nanti dululah tunggu anak2 besar lagi sket baru kitorang boleh pergi berdating cmni ke apa kan hehe. dah lama jugak tak ke cameron, best kan nyaman je kat sana 😊

    Reply
  • budak bandung laici posted on March 12, 2019 at 11:56 pm

    Bestnya naik motor pergi Cameron Highland..tak payah risau jem beratur panjang-panjang atas jalan raya. Dah lama teringin nak repeat pergi sana tapi bila asyik jem memanjang tu hilang mood nak pergi.

    Reply
  • Hanny Abdullah posted on March 13, 2019 at 2:46 am

    Rasanya naik cameron sekitar 2 ke 3 tahun lepas kot, itu pun sb FAM Trip, kalau nak gi sendiri tak mungkin kot..tunggu sesiapa nak bawak baru leh gi. Nak drive jejauh skrg dah malas. Syiok le awak ada cik abg yang rajin ride bawak jenjalan

    Reply
  • Zharif Azis posted on March 13, 2019 at 7:20 am

    Lama sudah tidak ke Cameron. Bila baca entri nie teringat kenangan sewaktu di sana. Nampak mcm banyak benda dah berubah ya. Mesti harga strawberry makin mahal. Nanti nk ke sana lah. Dah lama x kesana

    Reply
  • Zandra posted on March 13, 2019 at 7:32 am

    Bestnyaaa sesaja ride pi Cameron balik hari kan. Bukan selalu. Tapi ya Allah, pakai motor biasa kat bandar pun kadang2 seram ni nak jalan jauh. Mmg taubat. Ni stawberry kalau bebanyak buat jam sedap!

    Reply
  • Mimi posted on March 13, 2019 at 7:53 am

    Wah kak gigih ride satu hari saja pergi Cameron Highland. Kalau ride tak kisah sangatkan. Kalau drive banyak faktor kena ambil kira. Kalau naik kereta sehari pun tak cukup. Best juga sesekali jalan jalan naik motor kan.

    Reply
  • Chaza Xiaojie posted on March 13, 2019 at 8:15 am

    Wah! Terbaiklah. Sekarang ramai pula suka ride kan? Abanh cx pon ride dgn wife dja pergi jenjalan dengam team rider. Terbaiklah. Kalau cx, tak kot sebab cx rasa macam tak boleh nak menikmati alam semulajadi dengan angin yamg meniup mata dan kaca mata. Hahahha. Tapi seronok tgk rider². Pengalaman. Ohya, stay cantik ya tudung sis waima pakai helmet. Biasa dah komot². Hahaaha maintain cun

    Reply
  • Syafiera Yamin posted on March 13, 2019 at 8:20 am

    rasa macam bersyukur sangat sebab last time dapat peluang pergi cameron highland 3 hari 2 malam… memang kitaorang discover habis satu cameron highlands tu dah la dapat makan makanan sedap sedap… heee… tapi paling pentingkena minum teh boh kat atas bukit tu … heee…

    Reply
  • jiashin posted on March 13, 2019 at 9:02 am

    I really miss the weather in Cameron Highlands, so cooling and since you’re riding up on a bike it’s even cooler kan? I’ll be so scared if I’m on a bike at 170/km that’s really really fast!

    Reply
  • Rane Chin posted on March 13, 2019 at 9:44 am

    Cameron Highlands is really a nice place. provided it’s not jam la haha. tapi I takut pergi again because I stuck there for jam teruk musim pelancongan sigh

    Reply
  • Rawlins GLAM posted on March 13, 2019 at 10:43 am

    Beraninya. Rawlins sejenis penakut naik moto. Pernah kawan ajak ke opis naik moto – tak sampai sepuluh minit pun. Riuhnya atas moto memang macam ayam kena serang dengan musang. Dok tepuk bahu kawan jangan bawa laju – dia kata baru 60 km/j kot! Tapi memang Rawlins respect semua riders. Terbaik toq!

    Reply
  • Sunshine Kelly posted on March 13, 2019 at 12:20 pm

    Wow best nyer naik motor ke Cameron Highlands, I dah lama tak naik motor dah. Dulu time Uni ada la bf yang bawa tapi now dah takde. Now cuaca panas memang best pergi ke Cameron kan.

    Reply
  • Suria Amanda posted on March 14, 2019 at 9:22 am

    Ahad nanti SA naik CH ye…tapi satu family besar la…hehehe…nanti nak amik gambar banyak2 dan puas2

    Reply
  • Ema posted on March 14, 2019 at 11:09 am

    wah…sangat syok tu dapat ride…dah lama ngidam…. pernah juga pergi CH dalam satu hari..itupun biasa otw nak balik KL..singgah CH semata-mata nak pekena teh atas bukit tu…ehehehe

    Reply
  • azian khalil posted on March 27, 2019 at 1:27 pm

    dasar suami kan…. beli kita selfie dia kutuk kutuk. bila suruh dia ambik suka candid. dah la tudung senget la…mulut moncong la..terjuih la…

    Reply
  • Leave a Reply