Cara tebus point IKEA, dapat jugak si bangku Bekvam| Siapa kaki deko memang suka pergi Ikea kan.
Kat Ikea ni memang macam-macam pun ada. Tinggal duit jela, ada ke tidak? hahaha. Kadang-kadang tak dapat beli pun takpe, dapat cuci mata pun jadilah.
Sebenarnya dah berbulan tak jejak kaki kat Ikea. Tapi bila dapat emel dari diorang, kata ada mata terkumpul akan expired. HHmm teruslah nak redeem point ikea tu dari expired macam tu je.
Banyak juga mata terkumpul kita tau, walau dapat baucer dalam RM25 je hihihi, eh tapi ada jugaklah dari takde kan hahaha.
Baca–> Cara redeem point terkumpul Bonuslink
Cara Tebus point IKEA sehari awal

Nak cek dan redeem point ni kat website Ikea ya.

Selepas redeem point, besoknya baru boleh print voucher tu. Ni kat Ikea, ada beberapa kaunter untuk print voucher ni.

Bolehla dari takde kan, walau pun sikit je haha
Caranya mudah sangat.
- Pergi ke IKEA FAMILY Kiosk di store Ikea
- Masukkan nombor membership Ikea dan password
- Dan boleh nampak berapa baki points yang ada
- 500 Points bersamaan RM5
- Print dan bolehla guna
Masanya untuk shopping
Bila dah convert point ke voucher, hmm dah satu hal pulak nak fikir nak beli apa. Satu hal lagi, laki saya dah warning awal-awal, pergi sana biar ada tujuan.
Macam hidup jugak perlu ada tujuan. Ye memang ada tujuannya bang, kalau tak beli barang pun kita masih boleh pergi makan meatball Ikea what?? Hahaha
Sebenarnya dilema mak-mak yang ada kitchen cabinet ni adalah nak ada something yang boleh panjat untuk ambil barang kat atas kabinet tu. Contohnya tangga ni. Da lama mengidam, sebab tak larat nak hangkut kerusi dari depan ke dapur.
Lepas tu nak simpan kerusi tu semula dari dapur ke meja makan kat depan. Hmm memanglah exercise, tapi bila pagi-pagi nak cepat buat bekal, bercinta pulak ko nak exercise pepagi tu kan. Bekal tupperware dan tipuware memang saya simpan di tempat yang sama walau taraf mereka berbeza.
Nampak macam boleh capai je, kekadang nak cepat saya lompat je nak ambil bekas tu. Tapi berterabur jatuh sampai kene kepala. Aduhh sakit, sakit kepala, sakit hati semua ada 😂.

Bekvam ikea, dah lama duk teringin nak beli

Harga pun mampu milik, sambar je tak fikir banyak dah
Sila redeem point sehari sebelum ke Ikea
Dan akhirnya, selepas dah print voucher Ikea ni, terus tarik husband masuk ke bahagian showroom. Nak pesan ni, kalau korang kalau nak print voucher, misalnya hari ni redeem point kat website dan besok tu baru boleh print voucher ya.
Kalau ikutkan macam-macam nak beli kat Ikea ni, tapi dah set dalam kepala nak beli tangga tu je. Selalu macam tu, nak beli lain, tapi terbeli yang lain jugak. Dan ke Ikea ni bukan berdua dengan husband je, tapi dengan askar berlima orang.
Tapi syukur diorang takde meroyan nak beli hitu hini. Jimat duit ibu abah korang hahahaha. Mana taknya, diorang dah pau abahnya makan meatball, kepak ayam, mushroom soup, burrpppp kenyang bangat, rosak diet ibu korang pulak.
Hmm hidup kalau terlalu memikir itu ini pun tak seronok juga. Makanya makanlah apa yang korang nak. Hihi.

Yeay dah senanglah nak ambil tupperware. Takdelah nak melompat lagi hihi

Susun atur tak berapa nak ikut size tupperware. Janji hado
Taraaa!!! Inilah hasilnya selepas menyinggah di Ikea. Senang kerja mak korang nak ambil tupperware dan tipuware. Ini opis kedua mak-mak selepas balik opis pertama. Selain tempat melipat baju, mak-mak akan menghabiskan masa yang lama di sini.
Makanya perlu jadikan ianya tempat yang selesa untuk pastikan masakan mak-mak adalah yang terbaik untuk keluarga. Alhamdulillah semoga ibu istiqamah memasak untuk suami dan anak-anak.
sambar jangan x sambar.. huhu…
Baru je mgg lepas org rumah tebus voucer ikea rm10… dapat lah jimat sikit beli stool..
senang ada bangku tu kan..kt umh mertua pn ada juga…syok la redeem point dpt bangku tu..bole la amik brg2 yg tinggi2 atas tu
wow. menariknya. teringin nak ke IKEA tapi jauh..huhu.
ps : cantik dapur aju, merah hitam padanan yang hebat.
Best juga with Ikea points. Times for me to apply the membership to collect the points and be rewarded.
wahhhh best nih , tapi dah lama ke ikea cumanya tahu sekarang kalau nak beli barang ikea online pun boleh…barang ikea memang best kan…cantik dan kualiti….lawa KC dia…hehehe
Banyak point ni mesti selalu shopping dekat Ikea kan? Heheh. Iza punya point belum tebus lagi. Harapnya tak expired lagi la. Kalau tak nangis tepi bucu katil.
memang kalau nak pergi ikea ni kena bertabah takut nak beli lain..tu dia satu troli duk angkut..mmg berhantu..ni ikea penang nak bukak mgu dpn..kita relax2 dulu bagi orang sopin..kita pun x suka bersesak2 wak hahaha..dah lama sikit baru pergi terjah..tp hatiku ni dah terkinja2 nak pergi hahah sabariah lahhhh
bestlah, dapat gak merasa dapat redeem barang best. Kami ni, tak pernah tahu berapa point terkini dlm kad ikea..
Comelnya stool ni. Nampak praktikal sangat. Kalau ada anak2 senang dowang nak amik barang kat dapur dll. Ingat nak cari satu la
Ni mesti selalu shopping kat Ikea ni sbb banyak point. Kita ni point tak naik-naik pun. Hahaha. Tapi pasni Ikea bukak kat Penang..taktau la kan hahah
Adoiiii rindu lak nak shopping dekat IKEA. Semua barang dia menggoda jiwa,hehe… Tulah, onie tak apply kad member lagi dengan IKEA. ADUDDUDUDUUD…Bestla dapat kerusi tu ,heee
Lama dh tak gi jalan jalan n beli barang kat Ikea. Ekonomi meleset skrg ni..haha. Tapi mmg syiok kalau dapat kesana, rambang mata
Hang jugak rajin shopping kat IKEA ya? Sama jugak. Hari tu dpt RM5 jugak dan telah redeem sbb ada masa luput tu. takut terlepas pandang.
baru sekali sampaki IKEA Tebrau. tu pun tak beli apa2…pusing je satu round lepas tu balik. sebab tak reti nak beli
Kira menabung kat ikea juga ni aju. Hehe, untung jadi pelanggan setia ikea kan
Baca artivle ni tetiba teringain nak makan karipap ikea. Bestnya. Nanti kalau turun KL nak p cari lah