November 27, 2020

Resepi nasi lemak hijau guna daun pandan

Alahai sedap betul nasi lemak warna hijau.

Bukan guna pewarna tiruan tau, tapi daun pandan segar yang tanam tepi rumah ni.

Pokok pandan kalau tak dijaga memang pakat melarat tumbuhnya. Elok segar bugar je walau tak bersiram sangat.

Daun pandan merimbun

Dah tu alang-alang nak buang daunnya baiklah buat nasi lemak. Nak kene jaga pokok pandan ni tau, bukan apa sebab binatang menjalar berbisa tu suka sangat pokok ni. Sebab tu duk pakat trim pokok pandan.

Huishh takut!!

Nak buang macam tu je sayang pulak sebab daunnya cantik-cantik. So inilah menu weekend kami merangkap dari sarapan hinggalah lunch.

Saje masak banyak-banyak sebab lepas ni banyak lagi kerja menunggu. Nak iron baju sekolah dan baju kerja pulak lepas tu.

Sambil cuci dapur dan sapu sampah disambung pulak mengemop.

Dah cerita pasal bab kerja rumah pulak haha.

Resepi nasi lemak hijau

nasi lemak hijau
Pokok pandan tepi rumah, gebu kan? haha

Oklah senang sangat nak masak resepi nasi lemak hijau. Sambil pejam mata dah boleh siap.

Janji ada bahanlah.

Kalau takde bahan, apapun tak boleh!!!

Bahan-bahannya
Beras 2 pot
10 helai daun pandan
sekotak kecil santan
2 inci halia
Secubit garam
Air secukupnya

Mula-mula basuh beras bersih-bersih dalam periuk, dan masukkan santan juga sedikit hirisan halia.

Kemudian daun pandan dikerat-kerat dan masukkan dalam blender, letak air dan blend sampai hancur.

blend daun pandan

Masukkan air dan blend sehingga nampak kehijauan.

Kita nak air bukannya hampas pandan tu ya haha

Tapiskan macam ni. Hmm bau dia sangat wangi dan harum. Sebab tu masak nasi lemak, masak kuih, air gula merah letak daun ni, memang sedap baunya

Kemudian ambil tapis dan masukkan terus airnya ke dalam periuk nasi.

Sukat-sukat airnya, masukkan garam dan kalau dah ngam teruslah tenggek atas periuk letrik.

Jangan lupa on, dan bila dah mendidih kacau-kacaulah sikit bagi sebati.

Hmm masa dah mendidih tu dah boleh bau harumnya si daun pandan dengan gabungan lemak santan.

Masa ni ni dah boleh goreng sambal ikan bilis. Lebihkan bawang, emm manis je sambal nanti.

nasi lemak warna hijau
Nasi lemak sedia untuk ditenggek atas periuk elektrik. Nampak warnanya tu? Hijau kan
sambal nasi lemak sedap
Sambil tunggu nasi masak dah boleh goreng sambal tumis. Letak bawang lebih dan letak ikan bilis. Perghh nasi lemak yang sedap adalah lebih sedap jika diganding dengan sambal yang marvellous.
Ayam ni dah lama tunggu untuk digoreng. Jom letak kunyit serbuk dan garamkan dia

Dan bolehlah goreng ayam ke, rebus telur, racik timun jepun.

Perghh sedap, tak sabar semua nak makan nasi lemak hijau daun pandan.

Saya ni suka masak sebab yang nak makannya tu ramai.

Hmm sedapnya, dah sedia untuk dimakan!!

Kami bertujuh kan, sekali masak macam masak untuk tetamu datang bertandang ke rumah jadinya 😂😂.

Paling seronok sebab masak apapun, mesti habis.

Hmm seronok nak masak lagi dan lagi.

Itulah cara nak tambat hati dan perut si suami dan juga anak-anak. Yang kata tak pandai masak tu, takpe its a learning process.

Janji korang usaha nak belajar memasak, sebab sekarang google je dah dapat resepi sedap-sedap untuk dicuba. Apapun selamat memasak ya…

ajumohit

Hi sayalah tuan blog!!

View all posts by ajumohit →

25 thoughts on “Resepi nasi lemak hijau guna daun pandan

  1. so far pernah buat nasi ayam kaler hijau..nasi lemak belum try lagi..makan pulak dengan sambal tumis kan..mmg wallah..thanks sharing resepi

  2. wow this is interesting. First time I see nasi lemak hijau si daun pandan. It must take nice because it is made from pandan leaves juice kan. nak try it out one day

  3. glad you sharing here, looks like yummy to try out. I like to try this too shall let my sis in law to know of this. She loves to cook and sure she likes to check this out.

  4. Nampak menyelerakan la nasi lemak macam ni. Makan pula dengan sambal tumis tu. Nak nak nasi lemak panas. Berselera tu makan satu family. Memang bole cuba la nasi lemak daun pandan ni.

  5. nampak unik dan lebih sedap. mesti baunya lebih wangikan…suka tengok makanan tradisi kalerful lebih menarik anak2 untuk menikmatinya…apatah nasi lemak yg menjadi feveret semua

  6. Ohh selalu nasi lemak warna putih jer dan kita pernah nampak yang warna kuning tapi ni warna hijau heheheh good mesti wangikan boleh lah kita cuba resepi ini mudah jer kan…

  7. Tengah malam plak tengok resipi nie. Terus rasa macam nak keluar dan mencari nasi lemak, tak kisah warna apa pun. Nasib baik sedar perut dah semakin ke depan. Terpaksa la tunggu pagi esok. Hahaha.

  8. Wahhh… Menyelerakan! Tentu lagi sedap dengan rasa pandan dan santan kat nasi lemak tu kann. Pernah gak buat, anak anak suka gak… Lain dari yang lain. Ayam tu nampak sedap laaaa

  9. Saya kalau ada pilihan sama ada nasi lemak biasa atau nasi lemak pandan, memang saya pilih nasi lemak pandan. Nak nak lagi kalau dieorang guna pandan original dan bukannya emulco tu. Bau dia sedap wangi haih. Rasa pun lebih sedap

  10. Sedpanya nasi lemak. Iza biasa beli je. Tak pernah lagi cuba masak sendiri. Nanti nak try la masak macam ni jugak. Boleh buat bekal utk husband.

  11. oh recipe ni nampaksedap je!i nak try la one dayi suka sangat panda flavour any food with pandan sure i pilih!

  12. sedap nih , tapi nak masaknya malas….beli dan makan rajinlah……saya suka sebab bau pandan tu yg buat kita pikir rasa macanm nasi lemak….kena pulak dengan sambal dan ayam goreng berempahhh…memang ngamlahh

  13. Uishh sedap ni.. Penah makan kat satu kedai sebijiklah cmni.. Tapi kalau buat mmg belom lg la.. Hehehe. Tak semua org suka rasa pandan kat nasi. Tp kita suka je. Wangi lak tu..

  14. Untunglah kalau rumah ada pokok daun pandan ni. Kalau Lia nak kena beli kat pasar maklumlah rumah apartment je kan. Tapi nampak sedap je. Kalau free weekend boleh try resepi ni masak kat umah.

  15. Bestnya ada pokok pandan sendiri.
    Nak buat kuih ke, masakan ke senang. Takde nak tercari cari.
    Macam kita tak pernah lagi buat nasi lemak kaler hijau ni.
    Risau pulak anak suami takmo makan. Haha
    Sebab pelik ngn kalernya tu haaa..
    Tapi boleh bayangkan harumannya tu mcm mna.

  16. Sukanya tengok nasi lemak mak kau hijau. Eh! haha. Cantik warna nasi bila guna daun pandan kisar ori kan. Confirm bau wangi ni. Rindu mak kita buat nasi lemak hijau ni. Kalau kat kedai selalu dapat yg hijau pucat lesi je ada bau je lekat. haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: