Parenting Minor operation buang ketuat dan cagu di Klinik Rafflesia April 18, 2019

Spread the love

Ketuat dan cagu di ibu jari kaki

Hati ibu mana tak risau bila anaknya mengadu sakit setiap hari. Masa mula-mula Najwa bagitau ibu jari kaki kiri sakit sebab ada ketuat, saya dan suami bagi ubat asid ketuat untuk disapu kat jari tu setiap hari. Bila ketuat makin membesar dan kulitnya mengelupas macam kena kulat air, saya dah mula hairan.

Kenapa ketuat ni tak lekang dan tanggal lepas letak ubat tu? Dah tu saya suggest letak minyak gamat bila kulit tu dah mengeras. Sudahnya dia jadi merekah dan bengkak macam bernanah kat dalam. Aduh dah gaya macam sakit kencing manis pulak jari budak ni.

Dahla ibu jari kaki kanan tu bengkak kene cagu. Hmm eloklah berjemaah pulak sakit ibu jari kaki budak ni. Kaki kiri ketuat dan kaki kanan cagu. Adui tahap sakit tu dah level 10/10, sebab susah nak berjalan. Kalau terlanggar kerusi ke meja ke, menjerit dia. Kalau adiknya lari-lari terpijak pulak kaki si kakak. Adooiii lagi menjerit dia sakit.

operate ketuat dan cagu di kaki
Kesian budak ni, menahan sakit yang lama, maaflah ibu ingat letak ubat sendiri dah ok. rupanya kene jumpa doctor juga ya. sabor jela kaklong saying ibu ni.

Minor operation buang cagu dan ketuat

So memang wajiblah bawak pergi klinik ni. Dari merawat sendiri tapi tak baik-baik, baiklah bawak jumpa doktor terus. Taulah doktor nak buat apa kan. Masuk je bilik doctor di Klinik Rafflesia, terus kami cerita dari A sampailah ke Z.

Doktor kata;

“hmm kene minor operation buang ketuat dan cagu ni puan”.

“Kesianlah awak dik, dua-dua jari kita buat sekaligus ya?”.

“Takpe nanti doktor bagi bius katanya.”

Dalam hati saya kata bagus decision doktor, takdelah saya nak kene datang banyak kali kalau tak operate ni hihi. Itu suara hati saya, agaknya Najwa dalam hati dia nak lari dari katil klinik tu hahaha. Kesian anak, takleh nak lari lah cerita dia. Hahahah kene jugalah operate ya.

So Najwa pun setuju, mau tak setuju dah sakit kan. Hihi elokla buang aje cagu dan kuku tu. Eh doktor tu suggest nak buang cagu tu, dengan cabut satu kuku tu tau. Tapi saya kata doktor buang sikit jela, yang makan kat daging tu je. Janganlah cabut satu kuku tu, kesian pulak anak saya. Hahaha.

operation buang cagu ketuat
Bertabahlah nak, lepas ni dah tak sakit lagi. Bagus consultation doctor ni, jenis buat kerja teliti. Tengok tangga kat kaki doctor tu, bais kene ubat luka semua hahaha, klinik sangat kedahnya hahaha
operation buang cagu dan ketuat
Ibu jari kaki kiri dan kanan, memang sengsara nak jalan tapi slowly lah. Nak tolak pakai wheelchair nampak macam teruk sakitnya. So jalan macam biasa jelah hahaha.

Doktor kata boleh je puan, katanya nanti saya kene trim sendiri sebab tak mustahil kuku tu akan jadi semula kalau tak betul potongnya. Saya mengangguk je sebab memang pun kalau tak betul potong kuku sure jadi cagu semula.

Cucuk bius baru dan potong cagu

Oklah bila semua dah faham. Setuju. Makanya bius terus dijalankan. Cucuk tang sana, cucuk tang sini. Tak sampai sejam operation dah settle.

Dan Alhamdulillah cagu dan ketuat sudah siap dibuang. Bergenang airmata Najwa. Kesiannya, sakit ya? Tapi kak long ni memang kuat, lepas tu pandai simpan rasa sakit tu. Keluar je bilik doktor terus menangis. Hihi kesiannya anak ibu.

Takpe nangislah, ibu paham. Lepas dah sihat ni kak long dah tak sakit dah. Dah boleh jalan macam biasa, pakai kasut macam biasa. Dan paling bersyukur sebab operate ni ngam-ngam hari pertama cuti sekolah penggal pertama. Allahuakbar. Maha hebat perancangan Allah. Takdelah nak kene ponteng kelas pulak kan.

Doktor lelaki ni, walau nampak muda dia sangat berpengalaman. Sekarang dia locum di klinik. Tapi kerja tetap di Hospital Lipis. Hahaha siap interview doktor ni. Dia punya kerja operate tu sangat teliti, sangat berhemah dan bagus.

Doktor ni siap tunjuk apa yang dia buat, buang kuku cagu. Buang kulit mati ketuat dan buang ketuat tu secara berhemahlah. Syukurlah dapat doktor yang bagus ni. Sebab tu saya suka doctor yang suka borak bagi fakta yang best dan servis yang baik. Sure patient akan datang dan datang lagi.

cuci sendiri luka operate jari kaki
Pek dressing tu beli kat farmasi. Dapat ubat luka dan ubat ketuat dari klinik. Syukurla saya ni kategori berani nak cuci sendiri luka di rumah. Ngilu
Inilah ubat ketuat, sapu nipis-nipis di tempat berkenaan. Rajin2 lah kan diri tu ya haha.

Dressing luka di rumah

Lepas dah operate kami still kene datang klinik sebab nak cuci luka dan nak monitor tahap luka tu. Nak buat sendiri dressing kat rumah memang saya tak berani. Kali pertama dressing sehari selepas operate.

Kemudian, next appointment untuk dressing tu adalah hari ke 3 selepas tu. Alhamdulillah kak long dah boleh berjalan macam biasa. Dressing ke 3 tu saya buat sendiri je sebab luka semakin kering dan dah nampak cantik.

Seminggu je dah ok sebab memang kene jaga luka tu jangan bagi kene air. Alhamdulillah dah ok pun kaki anak ibu. Semoga takde lagi ketuat dan cagu yang hinggap di kakimu nak 😆.


Spread the love

Tags : , , , , , ,

16 Comments

  • amie posted on April 19, 2019 at 11:57 am

    Alhamdulillah. Kadang-kadang kita terlalai sedikit masalah yang dihadapi anak. Syukurlah belum terlambat, dan semuanya sudah baik belaka.

    Reply
  • Lia Hasty posted on April 20, 2019 at 10:45 am

    Ketuat memang benci kalau ada dekat kaki. Tak ingat dulu pakai apa yang hilang. Taktau plak sekarang ada minor operarion kat klinik hilangkan cagu dan ketuat. Lagi mudah kan.

    Reply
  • Faries posted on April 21, 2019 at 7:15 am

    Saya pun dlm proses nk hilangkn ketuat degil ni kt kaki. Susah betul nk hilang. Cagu tak ada lah. Bahaya ketuat ni. Klu biar makin die berumah kt situ. hehehe

    Reply
  • Kinah posted on April 21, 2019 at 3:50 pm

    Ala kesiannya dia. Kinah ni pulak ketuat kat muka. First time jadi macam ni. Harap cepatla ok. Nak keluar rumah pun rasa malu tau.

    Reply
  • Wui Kathy posted on April 21, 2019 at 5:19 pm

    Ops! cuti sakit berapa lama ni? Harap sembur cepat tau, dah lah kat bahagian kaki. Mesti sukar nak jalan sini sana.
    Wui Kathy recently posted..Live Healthier Lives With Sun Life Malaysia | Financial | Physical | Mental | SpiritualMy Profile

    Reply
  • Saidila Rahman posted on April 22, 2019 at 7:36 am

    alhamdulillah semuanya selamat , boleh rekemen ke orang lain pasal klinik ni sebab mungkin ramai yang cari klinik atau tempat nak rawat ketuat tapi tak tahu dimana
    Saidila Rahman recently posted..PENGALAMAN BERSALIN : PILIH BERSALIN SECARA NORMAL ATAU BERSALIN SECARA LSCSMy Profile

    Reply
  • Mimi posted on April 22, 2019 at 7:43 am

    Allahu saya kalau dengar bab operation ni kak memang ngeri tau. Seriau dibuatnya. Alhamdulillah dioeemudahkan urusan kakak. Kalau cagu tuh memang sakitkan. Adoii saya yang baca ni rasa seriau pulak

    Reply
  • syahoney posted on April 22, 2019 at 9:55 am

    seriau dengarnya la hai….tapi kalau sakit simpan pun tak blh. moga lekas recover
    syahoney recently posted..:: Review – Beuveu Contact Lense ::My Profile

    Reply
  • Sunshine Kelly posted on April 22, 2019 at 10:49 am

    Oh my, hope you recover fast. Yah sometimes when you detect something not right its better to go to treatment or operation rather than wait.
    Sunshine Kelly recently posted..The Importance Of Eating Healthy Snacks While Working At The OfficeMy Profile

    Reply
  • azian khalil posted on April 23, 2019 at 1:39 pm

    mmg sakit kalau kena cagu…suami koi selalu kena sbb rekabentuk kuku dia tu… masa muda selalu main bola sampai kuku tercabut la..pecah la… kuku dia sekarang bukan main tebal dan susah betul nak potong. lambat je potong dah cekam

    Reply
  • Aliza sara posted on April 28, 2019 at 8:02 am

    Wahh nmpk skit tpi kuatnya dia tahan sakit. Bagus bagus. Alhamdullilah dpt buang dgn selamat selepas minor operation ni. Semoga cepat sembuh (:

    Reply
  • Mahamahu posted on April 28, 2019 at 5:01 pm

    Kita satu pengalaman nak cite pernah buat operation sendiri buang ketuat kat tangan wakakaka tu pengalaman sangat potong sendiri tapi jangan cuba kat rumah sangat bahaya nasib selamat hehehehe. Tapi dah ada rawatan macam ni dari yang pakar lebih selamat dan bagus…

    Reply
  • Kak Su posted on April 29, 2019 at 1:08 pm

    Alhamdulillah dah selamat operasi. Semoga cepat sembuh ya sayang.
    Kak Su recently posted..Jom Mulakan Dropship Di ShopeeMy Profile

    Reply
  • Eriana posted on November 18, 2019 at 3:35 pm

    Salam Kak nak tumpagn tanya buang ketuat berpa kena kak? kat ibu jari ni ada ketuat .. dah berminggu dah tak baik2…

    Reply
    • ajumohit posted on November 18, 2019 at 7:34 pm

      waalaikumusalam eriana, anak akak aritu kene rm150 untuk buang cagu, ketuat, ubat dan consultation. Maybe untuk ketuat saja kurang sikit dari amaun tu. tapi eriana just tanya doktor incase nak dapatkan kepastian untuk caj tu

      Reply
    • ajumohit posted on November 18, 2019 at 7:38 pm

      moga cepat baik ya

      Reply

    Leave a Reply

    CommentLuv badge