Lepas korang sampai kat Lapangan Terbang Kota Kinabalu, terdapat dua terminal tau, Lapangan Terbang Antarabangsa dan Domestik. Selalunya kalau korang naik Air Asia, ianya akan turun ke Lapangan Terbang 2. Setibanya korang kat Lapangan Terbang Kota Kinabalu, korang boleh pergi ke Bandar Kota Kinabalu dengan menaiki Teksi atau Bas Mini.
Tetapi bagi uollss yang mempunyai bajet lebih tu, bolehlah menyewa sebuah kereta yang akan terus menjemput korang dan terus ke hotel tempat korang menginap. Barulah terasa bagaikan VVIP gitu. Ok pilihan penginapan bergantung kepada bajet yang ada daripada semewah alam sehingga ke hotel bajet.

Picture from Google
Jangan risau terdapat pelbagai pilihan hotel bajet, hotel mewah, apartment dan guesthouse. Walk-in dan terus tanya harga. Bak kata pepatah moden, tepuk dada tanya poket korang hihi.
Dah sampai kat Bandar Kota Kinabalu jomlah kita jalan-jalan. Apa yang buatkan Bandar Kota Kinabalu ni sangat best, pertama heaven dengan barangan shopping yang murah terutama pelbagai hasil kraftangan. Daripada mutiara seperti kerongsang, butang baju melayu, rantai-rantai mutiara yang panjang-panjang yang mak datin pakai dalam drama melayu memang banyak dijual, serius memang murah!

Kredit to www.tempatmenarik.my
Memang wajib beli untuk dibawa pulang. Korang kena pandai tawar menawar tapi bukan setakat 30% tapi 70% ke atas serta seminimum yang boleh harga yang barang yang hendak dibeli selalunya memang akan dapat best price bergantung kepada season korang pergi. Ha apalagi tunjuk skill tawar menawar korang. Mana tahu korang boleh beli satu kapal hihi. Memang rambang mata tau.
Kedua, kalau korang bercuti ke Kota Kinabalu jangan lupa untuk merasai makanan seafoodnya yang best-best. WAJIB ok!. Semuanya dijual sangat fresh dan pelbagai pilihan tambah-tambah yang dijual di pasar malam. Uii cobaan hihi.

Kredit to FB Le Meridian Hotel
Korang kena rasa antara yang popular ialah kepak ayam bakar, makanan tradisional etnik sabah dan seafood! Murah serta saiznya besar-besar pulak tu! Kawan saya ada cakap dekat Kota Kinabalu ni seafood fresh memang dijual agak murah tapi bila dah dimasak harga dia berganda-ganda. Ermm tu saya tak pasti. Yang pasti korang patut rasainya sendiri ok.

Kredit to FB Le Meridian Hotel
Ketiga kalau korang nak beli barang cenderahati macam fridge magnet, baju t-shirt I Love Sabah, keychain, barang-barang mutiara memang saya recommended untuk ke Pasar Malam Kampung Air. Harga barang memang murah dijual, jauh berbeza harga kat pusat Kraftangan atau Pasar Filipina harga tak tetap bergantung kepada nasib dan skill tawar menawar lepas tu muka kena tebal banyak kalau nak dapat best price hihi.
Bagi saya kalau nak tawar-menawar tu kena tengok dulu empunya kedai. Kadang-kadang tokeh kedai tu muka tak ada senyum payah jugak nak tawar. Cuba try kedai yang tokehnya senyum dan peramah. Ha sure boleh tawar punya hihi.

Kredit to FB Le Meridian Hotel
So bagi yang mencari tempat penginapan yang menarik dan selesa, saya suggest korang boleh booking Hotel Le Meridien Kota Kinabalu. Hotel ni memang sangat memuaskan dan terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan. Le Meridien Kota Kinabalu ialah sebuah hotel dalam kawasan persekitaran yang baik, yang terletak kat Kota Kinabalu City Centre.
Le Meridien Kota Kinabalu mempunyai lokasi yang baik, juga berhampiran Lapangan Terbang Kota Kinabalu International Airport (BKI), yang hanya sejauh 5.28 km. Selain bertempat kat kedudukan yang baik, Le Meridien Kota Kinabalu juga merupakan salah satu hotel yang berdekatan dengan Filipino Market (Handicraft Market) dalam 0.11 km dan KK City Waterfront dalam 0.2 km.

Kredit to FB Le Meridian Hotel
Perkhidmatan kualiti tertinggi berserta kemudahan yang banyak akan membolehkan korang mendapat pengalaman percutian yang paling baik. Korang dah bersedia nak rakamkan momen moment terbaik bersama yang tersayang?
Jadi korang mesti tak sabar untuk memulakan percutian korang kat sini. Kenapa? Kerana kualiti servisnya yang terbaik dan korang takkan rasa rugi berbelanja kat sini. Percutian korang akan rasa lebih berbaloi.

Kredit to FB Le Meridian Hotel
Kat sini juga ada disediakan pusat gym. Bagi saya untuk pilihan hotel, semestinya saya lebih suka memilih hotel yang mempunyai pool. Tentunya anak-anak, keluarga atau orang yang tersayang dapat menikmati hari yang menyeronokkan.
So tunggu apa lagi? Cuba jangan tak cuba ye! Ok kepada mereka yang ingin diri dibelai manja dapatkan tawaran terbaik untuk rawatan spa yang paling berkualiti bagi tujuan istirehat dan memanjakan diri korang. Hotel Le Meridian juga ada menyediakan perkhidmatan spa tau. Jadi untuk merehatkan badan setelah penat berjalan kat sekitar Kota Kinabalu, korang bolehlah memanjakan diri korang di spa. Sudah tentu korang akan rasa lebih relaks.

Kredit to FB Le Meridian Hotel
Kaunter reception buka 24 jam tersedia untuk memberikan perkhidmatan kepada korang, dari daftar masuk hingga ke daftar keluar, atau sebarang bantuan yang korang perlukan. Kalau korang inginkan lebih lagi, jangan ragu untuk bertanya kepada staff hotel ini yang sentiasa bersedia untuk memenuhi permintaan korang.
Le Meridien Kota Kinabalu adalah hotel yang memberikan keselesaan hebat dan perkhidmatan terbaik menurut kebanyakan tetamu hotel ini. So guys cepat cepatlah buat Le Meridien Hotel Kota Kinabalu booking sebelum terlambat.
wahh..bestnya. insyaallah nak pergi juga 1 hari nanti.
BBL pernah sekali je pergi kota kinabalu tahun 2018..terus jatuh hati dengan culture kat sana. teringin nak repeat datang lagi. insyallah kalu ada rezeki nak fly balik makan seafood fresh sabah
rindunya dengan KK , memang seronok kan datang sini…seafood dia memang fresh , saya pernah bawak balik ikan dari sana yang baru dinaikkan kemudian saya bekukan dan bawa balik ke semenanjung.
tiba terasa angin sejuk kat kundasang dan di kaki gunung kinabalu….
Wahhhh nampak mewah dan selesa betul ya Le Meridian nie. Nanti kalau ke Sabah lagi in the future ingat nak menginap sini. Selesa sikit utk bawa family. Pasti dorg suka. Lamanya dah tak pergi Sabah. Nanti nak pergi lagi lah.
ya ampun nampak best sangat ni..tapi entah bila dapat pergi sana..hehee..makana dia tu memang sedap ya amat..satu hari boleh masuk dlam list ni..nampak mewah
Wah.. syoknya tengok dapat pi kota kinabalu… yang penting ada hotel yang best macam Le Meridien Kota Kinabalu ni.. Paling best lagi sebab dekat dengan Filipino Market (Handicraft Market) dalam 0.11 km dan KK City Waterfront dalam 0.2 km. syoknyaaa
Seronoknya tengok irang pergi bercuti kat Sabah. Saya tahun depan baru berpeluang bercuti ke Sabah kak. Tak sabar rasanyabnak pergi lepas baca entry akak
cantiklah hotel ni..nampak sangat selesa dan kondusif..makanan yang ditawarkan pun banyak dan sedap2….nanti kalau ke sabah bolehlah try menginap disini semalam dua…nak rasa sendiri pengalaman tidur di sini
Selalu nampak dari tepi jalan je.Rupanya cantik dalam Hotel ni..fuhh..Yang membuatkannya lebih terbaik sebab kat tengah-tengah bandar.Senang nak jalan.
Tak pernah lagi sampai kk. Dah masuk dalam wishlist. Ramai cakap best pegi sana. Alahai teringin sangat nak rasa seafood di sabah. Hotel pon nampak mewah n santai bersama keluarga. Da alang2 pegi mestilah nak penginapan terbaik kan.
Nampaknya kak pun nk ke sana, dah lama tidak ke Kota Kinabalu sejak kak bertukar ke semenanjung,byk kenangan duk sana
I pernah tinggal kat Le Meridien Kota Kinabalu. Its a very good location and convenient to the city centre where you can easily go to their fish market and pasar malam. I like the pool view also.
Hahaha…Org KK, kebanyakannya mmg x merasa tinggal di tpt2 mewah ni. Le Meridien is one of the best hotels in KK. Buffet pun sangat sedap! 😀