Waktu sesuai beli barang baby dan persiapan bersalin

Waktu sesuai beli barang baby dan persiapan bersalin

Selalu kita tertanya-tanya bilalah waktu yang sesuai untuk menyediakan semua keperluan bersalin dan berpantang. Keperluan termasuklah untuk si ibu dan bayinya.

Macam saya, seawal 4 bulan lagi saya sudah mula mencari dan survey senarai barangan tersebut. Ada orang kata awalnya? Sebab saya tau saya jenis cepat penat kalau kandungan semakin membesar.

Semakin penat bila kandungan membesar

Sewaktu kandungan berusia 4/5 bulan saya kuat dan gagah lagi untuk berjalan ke sana ke mari. tetapi bila usia kandungan mencecah 6 bulan, letih dan penat mula menguasai diri.

Tu sebab saya suka sediakan persiapan seawal mungkin. Tapi orang tua ada berpesan jangan buat persiapan terlalu awal, bimbang sesuatu berlaku pada kandungan kan.

Disebabkan saya masalah sakit belakang atau slip disc. Jadi memang saya prefer buat persiapan awal. Makin kandungan membesar, terasa sakit dibahagian belakang badan ni.

Jadi memang saya buat keputusan awal untuk beli barang baby. Senang dan tak susahla nak berjalan nanti.

Tapi sekarang ni dah banyak yang boleh beli online. Lagilah mudah dan tak memenatkan. Cuma nak fikir pasal bajet dan beli barang yang betul-betul diperlukan sahaja supaya tidak membazir.

Apapun terpulang pada pandangan dan pendapat memasing. Saya selalu berdoa baby sentiasa sihat dan selamat sehingga bersalin.

Waktu sesuai beli barang baby

Kalau ikutkan paling seronok survey barang setelah mengetahui jantina bayi. Lagi memudahkan kita memilih tema warna barangan dan pakaian sesuai untuk si manja.

Tapi ikut pengalaman saya, kalau scan waktu kandungan 4 bulan memang tak nampak lagi jantina baby ni. Jadi untuk mudah, beli sahaja barangan yang sesuai untuk baby perempuan dan lelaki. Dengan erti kata lain, boleh masuk dengan kedua-dua jantina bayi ni, unisex bak kata orang tu.

Pada saya bila kita dah masuk trimester kedua tu, bolehla dah nak start beli barang baby ni.

Dan ada yang tanya berapa pasang baju perlu beli untuk baby baru lahir? Apa checklist untuk bakal ibu tu pula? Ha nanti saya cerita kat bawah ni.

beli keperluan bayi
Antara keperluan si bayi
beli barangan keperluan bayi
Belum di basuh lagi 😉

Keperluan bayi baru lahir yang harus dibeli:-

  1. Saya sediakan 6 pasang pakaian lengan pendek dan panjang.
  2. Barut dalam 6 helai (abang saya yang jahit hehehe ;))
  3. Bedung dan tungku (beli dari kawan saya)
  4. Napkin dan tuala mandi
  5. Mitten dan booties
  6. Diapers (Ada juga saya dapat sampel PERCUMA hihi)
  7. Sabun Mandian
  8. Minyak/ krim tropika
  9. Krim baby Bepanthen (untuk ruam)
  10. Tisu basah
  11. Alas plastik untuk tukar lampin
  12. Bantal dan tilam kekabu (pakai lama punya)
BACA  Pengalaman Slipped Disc, seksanya sakit belakang

BACA-> Kebaikan bertungku bukan sekadar sewaktu berpantang

waktu sesuai sediakan keperluan bersalin, keperluan sebelum bersalin
Sikitnya barang ibu 😉

Senarai barang bersalin untuk ibu :-

  1. Pad
  2. Keperluan berubat/ set berpantang
  3. Bengkung (pakai yang lama punya)
  4. Mandian herba
  5. Pilis dan param (adik punya haha)
  6. Keperluan menyusu (pam/ botol/ cooler bag) (Adik dan kawan hadiahkan)
  7. Disposable Panty

 

waktu sesuai sediakan keperluan bersalin
Hadiah dari ofismate ~ auntie ju
shopping barang baby sebelum bersalin
seluar baby

Pastinya ada tambahan lagi kelengkapan ni dari masa ke semasa ;). Apapun biarlah persiapan secara bersederhana, contohnya pakaian baby. yang sedia ada ni hanya untuk 6 bulan pertama je, kalau kata baby dah membesar bagai johan Insha Allah kita beli lagi ya ;).

Yang pastinya sudah tidak sabar nak memakaikannya pada baby ;). Doakan kami baik-baik sahaja ameen. Semoga entri waktu sesuai untuk sediakan keperluan bersalin ini bermanfaat buat semua.

Dan semoga ibu-ibu juga dipermudahkan urusannya sehingga selamat bersalin. Aamiin

7 thoughts on “Waktu sesuai beli barang baby dan persiapan bersalin”

  1. Assalamualaikum kak aju, seluar baby tu comel sangat. tak sabar sheila nak survey baju2 baby lagi. heheheh semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti kak aju. ngeeeeeeee~~~

  2. sama la. aida 4-5 bulan pregnant tu da prepare skit-skit.
    yg penting-penting… maklum la, bekerja kan.
    masa cepat berlalu…

  3. Hehe..dulu beli pakaian baby pertama main agak-agak jer.. Beli yang color putih kebanyakannya.. Sebab baby boy ngn baby girl pakai baju puteh tak nampak pelik sangat..haha

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: