14 tahun berlalu, rindu pada arwah ayah

Salam pra ramadhan semua..

Korang dah abis ganti puasa?

Udah buat senarai menu berbuka dan bersahur?

Rindu pada arwah ayah

Bila bulan Ramadhan tiba, yang paling teringat-ingat adalah arwah ayah. Pejam celik pejam celik dah 14 tahun arwah ayah pergi. Rindu pada arwah ayah bukan kepalang. Sangat rindu.

Ayah buat apa kat sana? Macamana kat sana ayah? Tunggu kami semua kat sana ya. Dah lama tak sebut perkataan ayah, rasa janggal tapi tak pernah lupa kat ayah tau. Masih lagi ingat wajah dan senyuman arwah, masih jelas :).

rindu arwah ayah
My heroes, jom jumpa hero ibu masa kecik2 dulu.

Tiada lagi yang nak bakar lemang dan dan kacau dodol time puasa. Takde lagi yang nak hidang durian banyak-banyak untuk kami bila musimnya. Yang ada hanyalah kenangan yang sangat-sangat indah. Sakitnya menahan rindu, tapi kenangan tu semua takkan pernah dilupakan.

Terima kasih Allah sebab bagi saya peluang menemani arwah ayah hingga akhir hayatnya. Waktu tu arwah di rawat di hospital Temerloh kerana sakit dalam perut. Mak kata ayah mengadu sakit perut sangat, sampailah ambulan datang ke rumah dan bawa arwah ke hospital.

Disebabkan sakit sangat, ayah diberi ubat dan ditidurkan. Waktu tu oksigen yang membantu pernafasan ayah. Waktu tu saya dah tak fikir hal kerja.

Yang uruskan hal saya dan majikan adalah suami. Dia yang inform bos segala macam dugaan saya ni. Waktu tu memang tak fikir lain dah. Fikir Ayah je :).

Saat ayah dijemput Ilahi

Seminggu berkampung di hospital. Waktu tu mengandungkan si Kak Long. Makan tak menentu, tidur pun tak terjadual. Yang pasti setiap waktu mesti nak teman ayah di katil hospital.

Waktu Asar, hari ke 7, bacakan yasin untuk ayah. Kawan-kawan ayah datang melawat, katanya kaki ayah dah sejuk. Waktu tu menghambur airmata saya. Bacaan yasin tetap saya teruskan untuk ayah. Ya allah dah tak lama kot ayah ni. Ya Allah saya saya selalu doakan semoga keajaiban berlaku.

kubur arwah ayah
Assalamualaikum ahli kubur. Ayah semoga tenang di sana, sentiasa dicucuri rahmat Allah dan nantikan kami di sana, Alfatihah

Takkan pernah saya lupa air mata ayah yang mengalir di pipi saat sakaratulmaut datang menjemput. Seolah-olah nak bagitau kami yang ayah dah nak pergi. Masa tu saya terus teringat ustazah kata ajarkan syahadah saat nyawa bakal dicabut. Tak henti-henti saya ajarkan dan bisikkan kalimah syahadah tu ke telinga ayah.

“Lailaha Illallah, Muhammaddur Rasulullah”.

“Lailaha Illallah, Muhammaddur Rasulullah”.

Ulang ulang dan ulang. Perlahan-lahan tapi jelas dan nyata. Ayah rehatlah, ayah ingatlah kami semua akan menyusul kemudian. Ayah aju minta maaf atas semua kesalahan aju. Banyak dosa pada ayah. Akhirnya tenang, dengan senyuman arwah ayah pergi.

Tersandar dan terduduk kami semua. Abang saya kata, dahla ko mengandung. Jangan sedih sangat. Ingat kat baby. Aah terlupa pulak yang saya mengandung ;).

Kami balik dulu, nanti datang lagi ya

Ayah yang pasti takkan terbalas semua jasamu pada kami. Hero kami paling gagah dan terkacak ;). Tunggu kami semua di sana. Rindu pada arwah ayah, Allah saja yang dapat membalas pengorbananmu ayah.

AlFatihah.

25.5.2005.

Mohit bin Jumaat.

6 thoughts on “14 tahun berlalu, rindu pada arwah ayah

  1. Semoga sentiasa tabah. Sedekah Fatihah dan Jari’ah sajalah yg mampu buat yg sudah tiada.

    Saya follow sini!♡
    [Jemput blogwalking blog saya] 🙂

  2. aduh… sedih lah pulak baca nih.. ayah azni dah 4 tahun yang lalu kejap jer rasa.. arwah mak rupanya dah dkt 28 tahun.. huhuhu. masa puasa ni lagi lah teringat

  3. Rindu yang tiada berpenghujung. Rindu yang sakit tapi penuh kasih sayang dan kenangan indah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *