Sakit belakang lagi, kalau operation tu semudah ABC, dah lama saya go for it.

Salam Ramadhan ke 9 semua. Macamana puasa ok? Alhamdulillah setakat ni puasa saya masih penuh lagi 🤭🤭. Cuma hari ni sakit belakang lagi. Sakit sangat-sangat sampaikan nak duduk dan bangun susah sangat.

Permulaan sakit belakang lagi

Sakit tu terasa masa kat opis lak tu, dahla susah nak bangun dan bergerak dari kerusi ke jamban. Dari jamban ke surau. Nak solat, rukuk, sujud. Hahaha kelakar masa nak ambil wuduk, cangkung salah, tunduk pun salah. Rasa tulang mencucuk kat saraf. Salah berdiri rasa macam kene renjatan elektrik pulak.

krim sakit belakang
Sapu krim ni rasa berangin dan lega sikit sengal belakang ni. Mujur doktor bagi MC 2 hari, bolehlah rehat dan bagi belakang ni recover.

Alkisahnya saya ni pernah jatuh terduduk masa Form 2 dulu. Walau dah 24 tahun berlalu, tapi sakit tu masih lagi datang dan pergi. Jalan bongkok dan senget itu biasa, unless kalau dah sihat. Memang korang akan nampak saya normal je😆.

Tarik kerusi dan jatuh terduduk

Tak paham sangat kalau guna teknik tarik kerusi untuk bergurau. Kalau time tu boleh undur, dah lama saya lempang laju-laju budak lelaki tu. So please!! Ingatkan anak korang, adik, anak sedara dan sesiapa jua pasal ni.

Nak duduk tengok kerusi ada ke tak. Nak bergurau?? Please jangan tarik kerusi kawan ko. Unless ko rasa dia tu musuh ko. Owh budak lelaki tu pikir saya musuh dia?? Hmm taik betul.

Pain killer, kene sebijik legalah sikit. Dari berjalan bongkok dan senget, dah boleh tegak sikit. Bolehlah prepare sahur family tersayang

Sakit belakang berlarutan

Sebelum ni pernah sakit, tapi lepas makan pain killer dalam 3 hari sakit tu hilang. Tapi sekarang ni start sakit semula sebab berdiri lama sangat masa memasak. Saya bukanlah pakar sangat bab memasak.

Tapi  bila tetamu datang mestilah diraikan. Walau masak bukanlah banyak, 2 lauk je 🤣. Kuantiti banyak kan, so lamalah sikit. Malam tu dah terasa sengalnya.

BACA  Kenduri kahwin @ Grand Blue Wave Hotel, Shah Alam

Tapi ingatkan lepas tu ok. Tapi makin parah, sakit belakang lagi owh mai!!. So jalan sengetlah macam nenek si bongkok tiga. Kesian muka cantik tapi jalan senget. huhu sedey!

Ke klinik dapatkan rawatan

Malam tadi lepas berbuka, suami bawa saya ke klinik. Kami pergi 3 klinik tapi semua doktor lelaki. Last-last pergi area Subang Perdana, at last ada doktor pompuan. Alhamdulillah. Ramai orang ko!!

Dahla semua tengok si nenek bongkok tiga ni masuk klinik. Rasa nak gelak sebab malu!!! Syukur suami ada, dialah tongkat saya. Kat rumah saya berjalan pegang kerusi, dinding, sofa sambil membongkok. Merangkak je tak boleh, sebab sakit. Kalau ok saya merangkak juga tu.

Puas juga menunggu nombor giliran. Dahla kerusi klinik tu keras, besi kan. Memang keras hahaha. Dahnya sakitlah belakang kita wak!!!

Akhirnya sampai turn kami. Doktor suraya kata pastikan buat fisio. Ampun doktor last sesi dulu tahun 2016. Dah 3 tahun tak buat fisio huhu.

backjoy untuk sakit belakang
Insha allah nanti nak beli menatang backjoy ni. Kita usaha mana tahu membantu kan.
backjoy untuk sakit belakang
Boleh guna kat mana pun, dalam kereta, kat opis. Nanti dah beli saya review bagi korang baca ya.

Backjoy support semasa duduk

Lepas tu doktor suggest beli Backjoy ni. Wahh gajet baru ni. Bolehla try sebab mana mahu berkesan untuk betulkan kedudukan masa kita memandu, duduk, senaman. Dan doktor bagi MC 2 hari.

Bab sakit ni saya percaya, Allah bagi sakit sebagai kifarah untuk hambanya. Sakit saya ni taklah seberapa berbanding dugaan orang lain. Paling sayu, bila sakit kita rasa sukar untuk beribadat, nak buat kerja dan uruskan diri sendiri.

Paling sedih anak kecik minta dukung je, itupun tak mampu nak buat. Saat tu, saya saya terfikir andai sakit sampai terlantar. Semua benda pun kita akan rindu. Memang taknak susahkan orang lain.

BACA  Jom sertai Peraduan Yeo's 80 Days Drinks to Cash

Saat ni saya terbayang kalau operation tu semudah ABC. Tiada apa-apa risiko, dah lama saya buat. Tapi bila dengar penjelasan doktor, saya redha. Yang pasti sekarang ni memang kene jaga postur badan. Jangan angkat benda berat. Beringat selalu untuk kesihatan diri sendiri.

Tq Allah bagi saya dampingi orang baik-baik

Semoga Allah berikan saya kesempatan untuk ke umrah dan haji. Sepertimana Allah beri saya peluang mengandung tanpa ada langsung sakit belakang. Memang saya bersyukur tiap kali hamil memang takde sakit tu datang.

Untuk suami, jangan jemu dengar keluhan saya. Terima kasih sebab jaga saya. Ya Allah terima kasih kurniakan anak perempuan untuk saya.

Anak-anak tu banyak bantu saya saat saya sakit macam ni. Dulu orang mengata bila saya dapat anak pertama dan kedua tu perempuan. Sekarang saya faham perancangan Allah Maha Hebat.

1 thought on “Sakit belakang lagi, kalau operation tu semudah ABC, dah lama saya go for it.”

  1. Betul, jatuh terduduk ni bahaya sbb kecederaan x nampak dgn mata kasar & kadang2 ambik masa utk rasa kesan sebenar.
    Akak dulu pernah jatuh terduduk, berlanggar dgn motor. Time tu akak bawa basikal. Mat motor tu terpaksa kena cast, sebab kaki cedera. Akak time tu nampak ok, tapi afterwards, sekali sekala, especially time sejuk, akak akan rasa sakit (mcm cramp) kat bhgn hujung lumbar spine. Bila dtg sakit tu, akak x blh bangun dr ddk for some time. At one time, it happened every week. Tapi sjk bbrp tahun ni, dah jarang berlaku, Alhamdulillah. Tapi sakit akak ni x seteruk sakit sis.
    Akak doakan semoga sis Ajumohit akan sembuh sepenuhnya dr sakit ini. Take care ya,

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: