Dah berminggu-minggu menyambut raya, barulah nak update blog. Tak sempat nak cerita pasal baju raya tema songket hijau kita 😅. Sibuk betul almaklumlah awal raya hari tu dah bercuti seminggu. Makanya banyaklah hal yang nak diselesaikan.
Kat rumah memang tak dapekla nak pegang phone. Mak anak ramai ni sibuk, sebab yang no 2 tu dah nak UPSR tahun ni. Jadi masa tu selain fokus kat adik-adik, banyak fokus kat dia jugalah. Memang macam tulah kan, anak yang nak exam tapi ibu abah yang risau lebih. Tapi tengok diorang cool memanjang je.

Kalau cerita baju raya, selalu tema baju raya ni, keluarga belah suami banyak mainkan peranan. Diorang dah ada giliran nak tetapkan warna tema baju raya sedondon. So ikutlah sapa punya turn tu nak pakai baju warna apa. Yang lain follow je, setakat ni takde lagilah yang melawan 😝.
So tahun ni baju raya tema songket. Songket asli memanglah mahal. Yang saya beli untuk kami ni songket juga tapi takdelah gred bagus tu. Bedal jelah asal ada. Anak-anak dara tu dah besar, memasing ada citarasa. Emm hantam sajalah walau warna tak sama, janji cantik 😆😆.


Saya beli baju ni kat Butik Haqqi Seksyen 7, Shah Alam. Waktu ni diorang adalah buat promo, tapi kalau tak promo saya still mintak diskaun gakla. Sebab waktu tu beli 3 pasang kan. Yang saya punya tu mahal sikit dari anak-anak. Sebab baju saya ni ada lining, lepas tu kain dia ok sikit. Material kain ni lain-lain sebab tu harga pun beza.
Yang lelaki pulak lagi senang nak cari baju. Satu tempat, dapat semua size dengan color yang sama. Huh lelaki plak senang nak match. Fempuan ni memang mencabar sebab takde size satu hal. Warna pun sangat limited huh! Redha je sebab dah malas nak pusing-pusing cari. Asal konsepnya kena tema songket, kita grab je.
Macam biasa setiap tahun pun kita raya Pahang. Saya dah suami kan jiran, katanya!!! So takdelah isu kat situ. Nak pulak raya kedua tu Anniversary Perkahwinan kami yang ke 15 TAHUN.

Orang kata, bab gaduh ni dah kuranglah juga. Jadinya bolehla dikatakan dah ada persefahaman, bolehla. Bukan nak membangga tapi itulah realitinya. Yang ini beralah, yang itu memahami. Dan begitulah seadanya.
Jangan nak menang sorang je. Jangan nak dengar cakap kita je. Sebab kita kahwin dengan pasangan dan keluarganya sekali. So mainkan peranan untuk sama-sama happy dan takde yang kecik hati.
Kami ni walau dah 15 tahun kawin, tetap macam pengantin baru gitu😂. So 15 tahun is just a number. Yang buatkan rumahtangga tu bahagia dan harmoni, adalah pasangan itu sendiri kan noks!!
Oklah cerita bab kami. Nak cerita bab anak pulak. Si bongsu, si Ammar dah 2 tahun lebih, wah tahun ni saya relax sikit. Bila anak dah besar, dia takdelah nak mengempeng sangat dengan kita. Sebab dia ada pilihan, nak dengan ibu ke, abah atau kakak sulungnya. Ammar ngam dengan Najwa je, tapi kalau dengan Najiha, dia nampak je, dia boleh lari patah balik taknak 😂.
Bila anak dah besar memasing masih ok nak beraya rumah jiran. Kat kampung Pahang ni, jenjiran pun dah tua-tua. Yang ada tu anak-anaklah dengan cucu-cucu.
Anak-anak saya dah boleh bawak adik-adiknya, dengan sepupu diorang pergi beraya. Saya tak teman sebab jiran dekat je pun. Janji diorang ada feel raya kan. Dari duduk rumah je tengok handphone. Tau-tau balik nanti diorang cerita pasal collection duit raya diorang 😅. Alah bebudak camtulah, kita pun dulu macam tu.
Yang pasti beraya tahun ni maintain meriah. Seronok tengok anak-anak makin membesar. Ibu abah pun dah semakin meningkat usia huhu.
Oklah dikesempatan ni nak ucapkan salam lebaran buat korang semua.!! Maaf zahir dan batin.
aku rasa macam baru je baca kisah ko mgusung beg pam susu adam… tengok gambar dah bujang dah dia…
haishhh…petanda kita dah pun dah tua,…
selamat hari raya aju dan keluarga
samalah tema warna raya tahun ni. orang kata ’emerald green’
wahh!!! 15 years dah berkahwin??? Congrats! that’s really great.. and you all look really nice btw…
Cantik juga tema warna hijau tua ni ye kak. Baguslah family siap tetapkan tema apa. Nampak sehati sejiwa kan. Tahun ni family saya tema maroon. Tahun depan dah decide warna apa.
Baru tahu anak aju ada 5 orang. Ayu mmh excited tgk gmbr raya itang. Semuanya merah dengan pelbagai warna tema. Sukalah dengan warna hijau tua. Cantek
kita tahun ni tiada gambar sekeluarga. Jenis keluarga kurang bergambar ginilah. ada hp canggih masing-masing tapi gambar kurang.. uwaaa. i nak gambar juga. salam perkenalan kak ju. kami tahun ni takde sedondon. masing2 lain. hehehe
baju sngket nampak cantik..ramainya anak dia..hehee..raya seronok dengan family..baju raya kita pun warna hijau tahun ni…sakan beraya ye
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Cantik je tengok orang pakai tema hijau sebab sis pun tema hijau gak tahun ni..hehehe, tapi sis pakai baju lama je, tak apa le janji meriah dan anak-anak happy dah buat kita cukup bahagia
Samalah tema kita tahun nie..hijau emarald gitu..kmid semua hijau termasuk anak2 sekali..selamat hari raya 🙂
Hemm.. teratrik pulak tengok kaler hijau Tua ni.. Rasa macam nak pilih teman hijau tua pulak tahun depan.. cewahh.. hehehe.. songket punya gaya tu memang tengah hot balik sekarang kan.. TB je tak terfikir nak beli sebab tak jumpa kat mana nak beli.. rugi betul..
Green is a lovely color, personally I also prefer dark green like this, nice Raya outfit for the entire family 🙂
wahhh cantik betul berbaju raya sedondon satu family. belum pernah pakai warna nie, nampak emnarik betul ya kalau dipakai di pagi raya. okay, tema next year nak pakai warna nie. selamat hari raya ya =)
lama tu 15 tahu. semoga kekal bahagia selamanya. seronok pulak tengok keluarga happy happy macam ni. lagi2 time hari raya.
Cantiknya baju raya sedondon, nampak segar dengan baju hijau tu hehe. Selamat Hari Raya ! rasanya belum terlambat nak wish (rayakan sebulan) hehehe
Selamat hari raya. Hehe
Cantik pakai sedondon. Anak anak akk besar dah. Dah anak dara ya.
Seronoknya macam tu.
Mcm sy tahun ni beraya di Mersing. Umah sendiri. Sebab suami cuti fasa 2. 11hb start.
Alaa, xsyok betul rasanya.
Hope tahun depan fasa 1, dapatlah beraya sakan.
Sebenarnya seronok berkumpul jumpa family.
great outfit… keluarga bahagia punya anak 5
selamat hari raya..
Wah! semua cantik and segak belaka. I belum ada baju raya kain songket lagi, maybe next year i will buy 1 set.
Thanks for sharing, sukses terus..