Mangga chokanan pertama kali berbuah!!!. Happy wei!!! Mana taknya, kalau korang nak tahu, suami saya mula tanam pokok mangga ni setahun yang lalu. Ke tak sampai setahun? Entahlah, tapi memang rasa baru je tanam tapi dah mula berbunga. Bila pokok mangga chokanan baru berbunga, apa lagi berbunga jugalah hati saya ๐.

Banyak kan bunga manga chokanan ni, geram tengok. Hati-hati je risau bebudak kecil kat rumah ni duk petik. Almaklumlah duduk pun tepi bangku putih tepi rumah je.

ha kecik je pokoknya. Sama tinggi dengan anak saya yang sulung. Bila dah Nampak bunga dia keluar, serius terus happy sangat. Tak sabar nak rasa buahnya. Gambar diambil pada 20/4/2019.
Beli anak pokok di Mardi
Saya beli pokok ni kat nurseri Mardi, Serdang. Kawan baik saya si Roz punya idea ni. Katanya buah mangga ni manis dan sedap. Kalau beli pokok hybrid ni memang cepat dah boleh merasa buahnya. So dia suggest saya tanam kat tepi rumah.
Harganya hanyalah RM12 sepokok. Murah kan noks? Saya pulak memang tak beli yang memahal ni hihihi. Masa beli kat Mardi, diorang tanam dalam polibeg je. Memang dia jenis pokok yang kecil macam tu. Kalau rajin cantas, lagi banyak pucuk baru yang keluar.

Buah manga yang sudah berputik kecil. Gambar ni diambil pada 26/4/2019. Hai lah manga sila menjadi dengan jayanya ya. Jangan gugur tau.

Yang ni di dahan yang lain pula. Gambar ni di ambil pada 3/5/2019. Memang banyak bunga satu pokok ni tapi gugur je lepas tu.
Baja dan rajin cantas
Tapi selain cantas, korang pun kene rajin tabur baja. Saya ada beli baja paksa buah dan baja bagi gemuk. Dah dijaga rapi, cukup makan minumnya. Nah berbungalah mangga chokanan ni ๐.
Nak kata tangan sejuk ke tangan panas ke wallahualam. Sebab tu suruh husband yang tanam. Sebab tau tangan saya ni jenis seram sejuk, risau tak menjadi pulak haha.
Bila pertama kali tengok bunganya keluar, terus melonjak happy. Ya Allah syukur sebab pokoknya kecil molek je. Dah mula berbunga dan mangga chokanan pertama kali berbuah lah kiranya.
Risau juga bunganya gugur dan tak lekat. Tapi dari yang banyak-banyak tu adalah 5 biji yang sedang membesar dengan jayanya.

Gambar ni diambil pada 14/5/2019. Huishh semoga korang bertahan hingga keakhirnya ya ๐
Anak pokok jenis hybrid
So kalau korang nak beli anak pokok buah, belilah yang hybrid. Jenis renek dan katik tapi cepat berbuah. Masa pergi Mardi tu, ada pokok mangga tu sebatang tapi ada 4 jenis buah. Dia kahwinkanlah pokok tu. Tapi boleh dia kahwinkan 4 jenis mangga satu pokok. Dah macam manusia kahwin 4 pulak aku rasa ๐๐.
Kalau boleh buat macam tu lagi bagus. Sekali berbuah boleh merasa 4 jenis buah mangga. Sedapnya wallah!! Kira time musim buah, pokok ko lah yang paling hebat, itupun kalau menjadiklah tanam hahaha.

Gambar terkini pada 12/6/2019. Dari yang banyak-banyak tu tinggal 5 biji ni je yang bertahan.
Dari hari ke hari asyikla jenguk buah mangga chokanan. Bilalah nak buah ni membesar sebab nak rasa isinya. Pada yang pernah rasa, buahnya memang sangat manis.
Dan buahnya pun comel-comel je. Biasa je beli kat pasar malam. Tapi bila dapat hasil dari tanaman sendiri lagi puas hati ๐
Katanya setahun tu boleh berkali-kali berbuahnya. Itu yang saya google lah. Tapi yang ni tak pastilah. Pokok mangga chokanan pertama kali berbuah, happy betul hahaha.
BACA >>Cara hapus siput babi
Cepatlah membesar
Seronok kan menanam, ada jugak hasilnya. Dari banyak-banyak bunga dan putih mangga yang keluar, tinggal 5 biji ni je yang bertahan. Sepatutnya 6 biji tapi sebiji tu dah selamat terjatuh dari kawan-kawan dia.
Tinggal ini jelah yang terus berjuang untuk terus membesar. Semoga membesar dengan jayanya ya. Semoga entri mangga chokanan pertama kali berbuah ni bermanfaat ya.
Kami tak sabar nak ngap korang hahaha. Nanti dah masak kita update entri lain ok.
pokoknya kecik je ye… ok la..pokok mangga rumah aku besar gedabak. tak lama lagi kena tebang la …rosak longkang nanti
Mangga chokanan ni mangga yang macam mnaa ehkak Aju? Ke sama je macam mangga biasa? Buah mangga ni memnag favourite ayah sy. kalau ada pokok sendiri and berbuah lebat camni mesti happy.
Seronok tengok kamu rekod tumbesaran pokok mangga ni. Dapat cam bunga, buah, batang dan sebagainya. Boleh dijadikan bahan sains kat budak2 kat sekolah ni.
Rumah k mid ada 3 batang pokok..klu berbuah banyak..benih ambik kt perlis.. pelam yang kt sawah tapi bukan harum manis… .bagus awak rekod tanaman awak ๐
Menariknya. Tak pernah terfikir boleh cari kat Mardi yang kacuk punya. Tapi cepat jugak berbuah. Best la. Ada tak pokok lain yg boleh tanam dlm pasu je? Rumah kita tak ada kawasan nk tanam pokok.
berbudi pada tanah pasti ada hasilnya….seronok tengok kan…pokok yang kita jaga bela membuahkan hasil….
Wahhh ena plak excited nak tahu hasil.haha. sedap tu. Kira takde lah susah ye.. cuma rajin dengan tak je. Tapi ena memang akui tangan ena panas. Tanam apa semua tak jadi. hukhuk.
Feberet mak mama buah ni.. Menarik la, renek lagi tapi dah berbuah. Nak carilah nanti pokok ni. Boleh tanam rumah mak.
Seronoknya pokok mangga kecik dah berbuah! Kami tanam pokok mangga udang, umur setahun setengah dah berbuah. Kali pertama buah, hanya sebiji menjadi. Fairuz petik bubuh bawah pokok , punyalah marah sang ayah. Sekarang berbuah tak berhenti setiap musim, lebat dan setiap biji lebih 1 kg, tahun ini tambah besar, kebanyakannya lebih 2 kg sebiji.
You make me miss my mango tree in my old house. It is really fun to see you anticipating the mango flesh that you are going to taste. :p
Awan mendung berarak sudah,
Sinar mentari kembali menyerlah.
Seronok berbudi kepada tanah,
Keringat tumpah dibalas buah.