Pulau Perhentian Kecil Kuala Terengganu, air lautnya jernih membiru

Pulau Perhentian Kecil here we come!! Kalau tahun lepas destinasi percutian kami ke Pulau Langkawi, tahun ni kami ke Pulau Perhentian Kecil Kuala Terengganu. Ini pertama kali tau seumur hidup saya nak snorkeling. Berenang memang sumpah, saya tak pandai!!

Tapi yang bestnya kawan-kawan yang sangat supportive ni bagi semangat. Benda boleh pakai life jacket, kenapa nak takut kan? So okeh, saya nak join!!

percutian ke pulau perhentian kecil
Yeay muka baru bangun pagi. flight ke KB pagi ni jam 5.35am dan dijangka sampai jam 6.40am. Wahh pagi lagi dah sampai KLIA sebab nak kene drop bag sebelum 4.30 pagi. Beli flight tiket promo, return dalam RM184.96 seorang. Dengan Airasia semuanya boleh terbang ๐Ÿ™‚
Percutian ke pulau perhentian
Inilah geng saya. Sebenarnya semua ada 8 orang, tapi lagi 2 orang tak dapat nak join sama. Waktu ni dah sampai airport KB dan kami dijemput oleh van shuttle.

Booked flight ticket dengan Air Asia dari KL-Kota Bharu bermula 12/7/19 hingga 14/7/19. Masa ni AirAsia ada promo, duit pun ada jugak. So takde isulah tu๐Ÿ˜†. Flight pagi tu seawal jam 5.35 pagi demi memaksimumkan sebaik mungkin percutian 3 hari 2 malam kami ni.

Bila dah sampai airport KB, memang pihak agen dah menunggu kami kat sana. Perut lapar berkeroncong, so kito makanlah dulu deh. Soย  lepas dah siap makan, kami sambung semula perjalanan ke Jeti Kuala Besut. Bila ko pakai khidmat agen, memang tak fikir pasal transport, bot, chalet dan makan. Semuanya tanggung beres. Bawak badan dengan baju je, selain dari tu semua dah diatur.

Pakej Percutian Mieha Holidays

Perbelanjaan untuk pakej ni adalah berjumlah RM3,375 untuk 7 orang. So lebih kurang RM482 sekepala. Pengangkutan dari airport ke Jeti Kuala Besut, naik bot ke Pulau Perhentian Kecil. Menginap di Shari-La Island Resort, makan 4 kali sehari, pakej snorkelling dan bot dari jeti Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut. Di sambung van shuttle dari jeti ke Airport Kota Bharu. Semuanya ALL IN dengan harga tu.

Pertama kali tengok Pulau Perhentian Kecil ni. Seriusly, saya nak cakap Subhanallah memang CANTIK GILER pemandangan dan lautnya BERSIH, JERNIH DAN BIRU sangat!! Korang kalau nak datang sini memang takkan menyesal. Siapa yang tak datang tu yang sure menyesal.

Penginapan di Shari-La Island Resort

Kami menginap kat Shari-la Island Resort. Memang cantik weh resort ni. Pantai jernih dan biru. Dari tepi lagi korang dah boleh nampak ikan-ikan comel dan coral. Tak payah pergi ke tengah laut pun. Perghh puas hati dapat menginap kat sini. Memangย  cantik berkaca air laut dia!!!

Percutian Pulau Perhentian Kecil Kuala Terengganu
Ya allah cantik kan laut kat Pulau Perhentian Kecil ni. Masa sampai kat sini, memang kagum dengan pemandangan lautnya. Serius cantik dan bersih.
Percutian di Pulau Perhentian Kecil
Pakej 3 hari 2 malam, rasa macam kejap je. Berehat dan bercuti di pulau ni tak rasa penat sebab pemandangan cantik sangat
Percutian di Pulau Perhentian Kecil
Jernih kan airnya. Nampak batuan dan ikan kecil di dalamnya. Sepanjang pantai ni tak jumpa pun lumpur, pasirnya putih dan bersih.ย 
Percutian di Pulau Perhentian Kecil
Nampak cantik deretan bot tepian pantai dengan air laut yang jernih. Cantik gambar ni kan, tengok real lagi cantik๐Ÿ˜€
Percutian di Pulau Perhentian Kecil Shari La Island Resort
Inilah resort penginapan kami. Tempatnya cantik, biliknya bersih, air paipnya pun tak berbau. Selesa dan sesuai untuk penginapan bersama yang tersayang
Percutian di Pulau Perhentian Kecil
Antara chalet yang ada di sini. Konsep chalet kayu, yang nampak kemas dan eksklusif
Percutian di Pulau Perhentian Kecil
Ini gambar di dalam bilik deluxe penginapan kami. Selesa kan, memang pun selesa. Berehat dengan aman jauh dari hiruk pikuk kota

Resort ni memang perlukan korang banyak berjalan dan mendaki sebab dia duduk kat atas bukit sikit. Merungut-rungut bilik jauh dari tempat makan, tapi bila korang tengok tepian pantai dah macam swimming pool, dari penat dan sakit kaki berjalan, dah jadi seronok pulak tengok view cantik ๐Ÿคฃ.

Tapi masa kami baru sampai jam 10 pagi tu elektrik takde dalam masa sejam. Maybe diorang buat maintenance generator set ke apa time tu tak taulah. Tapi sepanjang 2 hari stay sana memang timing takde letrik tu sama. Dari 10 pagi sampai 11 pagi macam tu.

Percutian di Pulau Perhentian Kecil
Ada gaya model tak?
Percutian di Pulau Perhentian Kecil
Cantiknya gambar kami ni kan, suka tengok ๐Ÿ˜

Nah tengoklah gambar-gambar gorgeous kami di tepi pantai ni. Memang kami dah plan nak pakai baju sama color dan tema. Barulah dalam gambar nampak cantik je kan, dahla orangnya cantik. Lagi bertambah cantik hasil gambarnya hahaha.

Lepas dah makan tengahari kitaorang tukar baju dan mandi laut. Sewa life jacket dengan harga RM5 je. Puashati lah sebab adalah training sikit untuk beginner nak snorkelling macam saya ni untuk sesi water confident. Besok nak snorkeling, hari ni barulah berlatih.

Memang panik dan cuak untuk saya yang first time nak pergi snorkeling. Dan saya tabik kat bebudak kecik yang berani tu. Bila dah tahu sikit nak berenang guna life jacket dan topeng muka ni, so dah tahulah sikit teknik dia walaupun takdelah hebat mana.

Persinggahan 4 check point untuk snorkelling dan mandi lautย 

Hari kedua yang dinanti sudah pun tiba, apalagi kalau bukan snorkelling!! Dup dap dup dap jantung berdegup. Maunya tak sebab dalam bot tu rasanya saya je yang first timer. Yang lain memang Nampak dah biasa dan relax cool je haha.

Percutian di Pulau Perhentian Kecil
Semua dah ready nak snorkelling. Tunggu bot sampai dalam jam 10 pagi. Sebelum ni bergambar riang dulu lah
Percutian di Pulau Perhentian Kecil
Tak sabar nak terjun tiruk nampaknya ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. Time ni cuaca sangat cantik dan tiada hujan. Tapi syukur jugakla sebab 3 hari selepas kami ke sini, terus dapat amaran angin monsun dan laut bergelora. Fuhh lega Alhamdulillah.

Dalam bot tu saya berenam dengan geng-geng dan selebihnya 7 orang yang join trip bot yang sama. Semuanya melayu dan umur pun lebih kurang sama. Eh sebenarnya diorang lagi muda dari kami hahaha. Ok what!!! Fine!!

Check point pertama kami singgah di untuk latihan snorkelling. Eh macam tau-tau je aku first timer kan ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ. Sepatutnya kami singgah di sini dalam 25 minit, tapi disebabkan ramai yang dah tahap advanced. Makanya masing-masing dah duduk dalam bot lebih awal dari masa yang ditetapkan.

Check point kedua kami ke turtle point. Alhamdulillah rezeki kitaorang dapat tengok turtle kat dasar laut tengah makan lumut. Mula-mula tu jenuh kejar juga sebab laju kan dia berenang. Dan tak lama lepas tu dia singgah makan, so dapatlah semua orang tenung dia. Dia pun tak heran kat kami semua. Dah biasalah tu kene tenung tu kan.

Percutian di Pulau Perhentian Kecil
Banyaknya ikan berkeliaran, suka tengok sebab cute mute
Percutian di Pulau Perhentian Kecil
Pakai topi tu tak kisah pun lemas ke, tak reti nak bernafas dalam air ke, kerja snorkelling menjadi mudah dan tiada masalah. sesuai untuk beginner

Check point ke 3, finding nemo. Kat sini banyak sangat ikan yang cantik dan comel. Macam-macam warna dan saiz ikan yang ada. Ralit semua orang duk bagi makan roti. Sampai tak sedar kami dah dihanyutkan ombak dan jauh dari bot. Tapi sebenarnya air nampak tenang, tapi bila ko nak ke bot semula, mak aih dia punya susah nak berenang usah kata.

Kami semua dah panik ni sebab saya dan sorang lagi kawan tu first time snorkelling, berenang pun tak pandai. Tapi syukur punya kawan yang sanggup bersusah senang bersama-sama. Diorang punya supportive, berenang dan tolak kami ke depan,. Asal berenang je tolak kami ke depan. Tapi yelah bila air dah berombak, berenang macamana pun tetap lambat nak bergerak.

Dan akhirnya bila dah penat dan tak larat, terpaksa jugalah tiup wisel untuk panggil budak bot tu tolong kami. Dan syukur brader tu cepat dan tarik kami berempat semula ke bot perlahan-lahan. Penat wei, sampai rasa mual dan nak muntah.ย  Dah tu bila semua dah ada dalam bot, brader bot tu bawak kami makan di perkampungan nelayan.

Ha kat situ lah kami makan sepuasnya dan rehat sekejap sebelum sambung ke last check point. Pergh pengalaman tu sangat manis, manis bagi sayalah sebab first timer. Agaknya azab untuk kengkawan sebab terpaksa tolong kami ni hahaha. Anyway tq korang, korang memang terbaik.

Tengah fokus cari coral. Cari ketam nak masak lemak cili api๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
Bersama korang adalah moment terbaik dan takkan dilupakan
Percutian di Pulau Perhentian Kecil
Jom sambung berendam semula. Best pulak tengok ikan berenang di air jernih
amboih yang paling kanan tu kemain belagaknya muka hahaha. Kengkonon nak tunjuk muka samseng la tu, phuii berenang pun ke laut. Hahaha

Dan last check point ni, kami mandi sakan di Romantic Beach. Perghhhh rasa berbaloi giler dapat mandi kat sini. Saya tak pasti kenapa nama dia romantic, tapi yang pasti pasir dia putih, air laut jernih berkaca, ikan cantik dan banyak je tepi pantai. Tak perlu korang nak berenang ke tengah untuk tengok ikan dan coral yang super duper cantik!!! That’s why its call romantic. View dia cantik subhanallah.

15 thoughts on “Pulau Perhentian Kecil Kuala Terengganu, air lautnya jernih membiru

  1. MasyAllah rindunya Perhentian! Masih cantik dan membiru lagi air dia kan. Macam kristal! Baca entri you rasa macam nak pergi lagi sekali la pulak. Bestnya mandi manda lagi-lagi bila ada member-member satu kepala pulak kan. ๐Ÿ˜

  2. Suka tengok gambar uols bila semua sepakat pakai warna sedondon nampak cantik sangat hihi. Tak pernah ke Pulau Perhentian lagi lepas ni boleh masukkan dalam wish list. Geram tengok indahnya ciptaan tuhan. Yaya suka tengok laut ๐Ÿ™‚

  3. teringinnya nak ke sana.. total expenses berapa je kena sediakan banyak wang juga kalau nak ke sana ke sini.. cantik betul laut yang membiru tu.. semoga ada rezeki ke situ pula… apa pun cantik cantik belaka bidadari bila pakai baju putih hahaha… best betul tangkap gambar di lautan biru !

  4. bestnya bercuti. dah lama tak bercuti. kalau dpt cuti drpd kerja pun just tido je sepanjang hari kt rumah. haha teringin nak bercuti dkt pulau2. in shaa Allah kalau dh cukup duit dalam tabung nk bercuti jugaklah. haha terima kasih share ya ๐Ÿ™‚

  5. Cantiknya air laut dia! Macam pergi trip overseas dah. Bolehlah letak pulau ni dalam list bercuti ni. Best betul tengok you alls pergi ke sana ramai-ramai. Merancang bercuti dengan keluarga ke sana mesti seronok.

  6. Tak pernah jejak kaki lagi ke sini. Memnag teringin nak datang sini sebab lautnya yang biru dan jernih tu. Kalau stress kerja dan release tension memang elok sangat datang sini

  7. Tak pernah pergi Pulau Perhentian walaupun selalu balik kampung nampak je jeti nak ke Pulau Perhentian. Insyaallah tahun depan ada rezeki nak pergi dengan famili. Thanks for sharing Aju

  8. Terkenang pulak masa saya pergi kat pulau perhentian ini waktu zaman university. Harap-harap boleh bawak anak pergi sana suatu hari nanti. ๐Ÿ™‚

  9. Boleh tahan murah 4 ratus lebih utk satu kepala. Dah lama sangat teringinnak ke perhentian nie tapi x terpergi-pergi. Bolehlah mula rancang untuk ke sana dgn family or friends. Tp skrg boleh lg ke sana k ? Mcm dh dekat musim tengkujuh je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *