Mandi air terjun Ulu Yam, airnya sejuk sampai ke tulang

Mandi air terjun Ulu Yam.

Jarang sekali nak cerita bab-bab mandi manda ni. Bukan apa, memang dah lama tak bermandian di pantai atau air terjun dengan anak-anak. Kesiannya anak-anak, bukan ibu abah taknak.

air terjun ulu yam

Kekadang cuaca tak ok, kekadang fikir orang yang sesak. Kekadang fikir ramai couple muda mudi yang menyakitkan mata memandang. Sudahnya anak-anak tak merasa mandi air terjun hahaha.

Husband : Jom kita bawak anak-anak mandi sungai.
Wife : Eh tetiba je ajak mandi sungai, kenapa bang?
Husband : Kesian Adam asyik menyebut nak mandi sungai je. Kita pun dah lama tak pergi sana.
Wife : ok jom!!

Yang ini pun last minutes plan. Husband ajak mandi kat Janda Baik. Huishhh Janda Baik terus diajaknya. Dari Shah Alam nak ke Janda Baik pun dah satu jam juga. Masa tu dah jam 10 pagi.

Hari Ahad. Hmm jalan sudah tentu tak jem, tapi orang ramai tu for sure!!

Hmm makan masa, bila fikir-fikir semula, hmm tak jadilah. So saya ajak pergi yang dekat-dekat je.

Akhirnya kami setuju nak mandi air terjun Ulu Yam!! Yeay!! Tak sabar!!

Mandi air terjun Ulu Yam je

berkelah di ulu yam

Takde bawa bekal, takde masak nasi. Hanya bawa baju, tuala dan biskut yang hado kat dapur je. Kata tak plan kan. So terima seadanya.

Yang pastinya tak mandi pagi lagilah satu keluarga hahaha. Jujur kan saya. Takpe korang je tau kami tak mandi, orang Ulu Yam tak tau.

Saya ingatkan korang kalau nak pergi mandi sungai, wajib bawa:-

  1. Baju persalinan

  2. Tikar plastik

  3. Bekal nasi, sosej ke, nugget pun boleh. Kalau dah plan nak piknik tu bawalah bahan macam ayam, udang, sotong, kambing untuk grill, steambot lagi cantik!!

  4. dapur grill nak bawa pun boleh juga

  5. Arang, fire starter dan lighter

BACA —> Air Terjun Kemensah, Ulu Klang

Harga Tiket masuk

Harga tiket masuk ke Air Terjun Ulu Yam ni hanya perlu bayar tiket RM5 untuk satu kereta. Alhamdulillah kenderaan bersusun di tempat meletak kereta, tapi masih terkawal. Hmm lega sebab sampai kat sini dah pukul 11.15 pagi macam tu. So tak bersesak dan tempat untuk mandi tak jauh dari kereta.

BACA  NeuroGain dan Obical supplement untuk ibu hamil

mandi air terjun ulu yam

Kalau korang tanya tempat mandi Ulu Yam mana yang best? Kami suka pilih area yang tak dalam, dan budak-budak boleh mandi kat sini. So sepanjang sungai tu, pilihlah tempat yang korang rasa best!

Orang lain dengan bekal nasi, bihun, barbeque dan naget. Dan kami hanya geget biskut tiger je.

Tapi takpe, kita datang sini untuk tujuan mandi air terjun. Bukan semata-mata nak makan kan. Apa lagi kasi terjun tiruk satu kali!!!

Fuhh air sungai dia sejuukkk sangat wei!!!! Sejuk gedi!!! Letak kaki je dah gigil.

Nak masuk badan tu rasa macam tak sanggup rasanya. Padahal tengahari dah tu, matahari dah meninggi. Tapi biasalah hutan kan. Nyaman jek.

Hampir nak dihanyutkan air deras!!

Ha masa inilah kejadian saya hampir nak terbawa dek arus tu. Waktu ni dah menjerit minta adam dan najiha tarik tangan ibu. Orang tak pandai berenang Macam tulah. Memang panik sebab arus dah tolak kita kan.
hampir lemas di air terjun ulu yam
Syukur ada budak berdua ni, kalau tak hanyut dah saya dalam sungai yang deras ni. Korang hati-hati mandi kat sini

Budak yang 2 orang yang kecik tu paling happy. Dia punya menggigil kesian saya menengoknya. Tapi korang mandi sungai ni kene hati-hati. Sebab airnya sangat deras dan laju.

Saya pun hampir-hampir nak terbawa dek arus. Mujur Adam yang darjah 3 tu sempat tarik ibunya hahaha. Syukur Alhamdulillah takde apa-apa, kalau tak malu ibu sebab tenggelam timbul dalam air.

Kalau tenggelam tak timbul-timbul huhu lagi haru huhuhu.

Yeah!! puashati lah dapat mandi kat sini. Kami bersiap balik jam 2.00 petang. Walau sekejap tapi seronok dan yang penting anak-anak happy. Insha Allah, menceriakan mereka tu, bagaikan nikmat yang paling besar untuk ibu dan abah.

Next time kita plan pergi berkelah pula ya. Bolehlah ibu masak dulu, siap-siap bawa bekal. Barulah best kan 😘.

Untuk korang yang plan nak ke Ulu Yam mandi air terjun, dipersilakan. Puas hati hihi

3 thoughts on “Mandi air terjun Ulu Yam, airnya sejuk sampai ke tulang”

  1. Bestnya dapat berendam sejuk2. Pastu tadah kepala dekat air terjun. Puas kepala rasa mcm kne massage. Haritu cuti nur plan juga nak pergi air terjun gunung lumut. Tapi x kesampaian pula hajat tu huhu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: