Parenting Mandi air terjun Ulu Yam August 21, 2019

Spread the love

air terjun ulu yam
Syioknya mandi air terjun, sejuk giler airnya

Jarang sekali nak cerita bab-bab mandi manda ni. Bukan apa, memang dah lama tak bermandian di pantai atau air terjun dengan anak-anak. Kesiannya anak-anak, bukan ibu abah taknak.

Kekadang cuaca tak ok, kekadang fikir orang yang sesak. Kekadang fikir ramai couple muda mudi yang menyakitkan mata memandang. Sudahnya anak-anak tak merasa mandi air terjun hahaha.

Husband : Jom kita bawak anak-anak mandi sungai.
Wife : Eh tetiba je, kenapa bang?
Husband : Kesian Adam asyik menyebut nak mandi sungai je.
Wife : ok jom!!

Yang ini pun last minutes plan. Husband ajak mandi kat Janda Baik. Huishhh Janda Baik terus diajaknya. Masa tu dah jam 10 pagi. Hari Ahad. Hmm jalan sudah tentu tak jem, tapi orang ramai tu for sure!! So saya ajak pergi yang dekat-dekat je. Akhirnya ke Ulu Yam lah kami!!

air terjun ulu yam
Kesejukan memasing ni,yang kecik dah tukar baju. Dapat mandi 40 minit je macam tu.  Dah pucat bibirnya.

Takde bawa bekal, takde masak nasi. Hanya bawa baju, tuala dan biskut yang hado kat dapur je. Kata tak plan kan. So terima seadanya. Yang pastinya tak mandi pagi lagilah satu keluarga hahaha. Jujur kan saya. Takpe korang je tau kami tak mandi, orang Ulu Yam tak tau.

Masuk ke sini bayar tiket RM5 untuk satu kereta. Alhamdulillah kenderaan bersusun di tempat meletak kereta, tapi masih terkawal. Hmm lega sebab sampai kat sini dah pukul 11.15 pagi macam tu. So tak bersesak dan tempat untuk mandi tak jauh dari kereta.

Bestnya dapat berendam macam ni, bila si kecik dah naik atas, dapatlah ibunya berendam lelama sikit. Puashati dapat pergi tempat yang dalam sikit kan. Hihi padahal dahla tak pandai berenang.

Orang lain dengan bekal nasi, bihun, barbeque dan naget. Dan kami hanya geget biskut tiger je. Tapi takpe, kita datang sini untuk tujuan mandi air terjun. Bukan semata-mata nak makan kan. Apa lagi kasi terjun tiruk satu kali!!!

Fuhh air sungai dia sejuukkk sangat wei!!!! Sejuk gedi!!! Letak kaki je dah gigil. Nak masuk badan tu rasa macam tak sanggup rasanya. Padahal tengahari dah tu, matahari dah meninggi. Tapi biasalah hutan kan. Nyaman jek.

Ha masa inilah kejadian saya hampir nak terbawa dek arus tu. Waktu ni dah menjerit minta adam dan najiha tarik tangan ibu. Orang tak pandai berenang Macam tulah. Memang panik sebab arus dah tolak kita kan.
Ha nampak tak adam selamatkan ibu dia. Hahahah TQ kecik-kecik dah boleh harap.

Budak yang 2 orang yang kecik tu paling happy. Dia punya menggigil kesian saya menengoknya. Tapi korang mandi sungai ni kene hati-hati. Sebab airnya sangat deras dan laju.

Saya pun hampir-hampir nak terbawa dek arus. Mujur Adam yang darjah 3 tu sempat tarik ibunya hahaha. Syukur Alhamdulillah takde apa-apa, kalau tak malu ibu sebab tenggelam timbul dalam air. Kalau tenggelam tak timbul-timbul huhu lagi haru.

Yeah!! puashati lah dapat mandi kat sini. Kami bersiap balik jam 2.00 petang. Walau sekejap tapi seronok dan yang penting anak-anak happy. Insha Allah, menceriakan mereka tu, bagaikan nikmat yang paling besar untuk ibu dan abah.

Next time kita plan pergi berkelah pula ya. Bolehlah ibu masak dulu, siap-siap bawa bekal. Barulah best kan 😘.


Spread the love

Tags : ,

3 Comments

  • adianiez AIDA posted on August 22, 2019 at 8:35 am

    seriously, aida lom pernah bwk anak2 mandi sungai / air terjun gini.
    menarik.
    plan nak ke ledang, lom lagi berhasil.

    Reply
  • Ibu Mifzal posted on August 29, 2019 at 11:31 am

    menarik tempatnya. tapi nak pergi cam jauh jgk. family ainey pun suka kalu bab g mandi air terjun ni,
    Ibu Mifzal recently posted..Vitamin Blackmores Untuk Kesihatan Yang Lebih BaikMy Profile

    Reply
  • Decamellia posted on September 4, 2019 at 11:09 pm

    Bestnya dapat berendam sejuk2. Pastu tadah kepala dekat air terjun. Puas kepala rasa mcm kne massage. Haritu cuti nur plan juga nak pergi air terjun gunung lumut. Tapi x kesampaian pula hajat tu huhu.
    Decamellia recently posted..Wacha Burger, Parit Kadir, Johor Tempat Makan Western Yang Murah Dan SedapMy Profile

    Reply
  • Leave a Reply to Decamellia Cancel Reply

    CommentLuv badge