Umum Cuci dan kemas rumah Sri Gombak untuk penyewa baru September 5, 2019

Spread the love

Inilah aktiviti kami sewaktu cuti Merdeka dan Maal Hijrah aritu, cuci then kemas rumah di Sri Gombak untuk penyewa baru. Penyewa sebelum ni dah menyewa hampir 4 tahun dan nak tamatkan sewaannya.

rumah sewa gombak
Banyak lagi banyak diorang tak angkut. Hmm dah lebih dari dari tarikh sepatutnya
rumah sewa gombak
geli kan? ini bahagian dapur kat area mesin basuh dan pintu belakang. Hmm kotornya

Alhamdulillah sepanjang menyewa, duit sewa tak pernah miss bayar walau setiap bulan akan lewat beberapa hari😆. Itu tugas suami sayalah kerja mengejar bab duit sewa, because itu rumah dia kan. Tugas saya yang mencari penyewa ni dapatlah komisen sikit hahaha.

Dengan deposit sewa 2 + 1 dan RM500 security deposit, kami sediakan perjanjian sewa sebagai dokumen hitam putih. Then bila penyewa kata nak keluar, sudah tentu deposit sewa sebulan dan deposit utiliti kami pegang lagi sebab nak tengok keadaan rumah dulu dan bil utiliti semua.

Kebetulan selepas diorang inform dah taknak menyewa di situ lagi, terus kami mula iklankan  rumah Sri Gombak untuk penyewa baru. Announce di facebook saya dan suami, di Mudah.my dan whatsapp group. Free advertising je uols.

Ramai yang berminat nak menyewa nampaknya, hmm feedback yang bagus 😆. Dan yang pasti waktu tu property agent pun ramai call menderu-deru. Jenuh nak menjawab 😁.

rumah sewa gombak
Kat sini pun kotor dan berminyak. Kat table top pun berpasir, saya suspek diorang ni memang tak cuci langsung bahagian dapur
rumah sewa gombak
tq kat my heroes yang sangat membantu. Saya dah surrender. Bab vakum dan mop tu bolehla nak tolong hahah

Disebabkan ramai yang berminat nak menyewa, kami takdelah nak pakai khidmat agen. Sebab agen akan caj dengan kadar sebulan sewa sebagai fee diorang. Then selagi boleh direct dapat penyewa, kami cuba cari sendiri.

Bila ramai yang call nak tengok rumah, kami dah set temujanji sebaik penyewa lama tu keluar. Sebelum orang datang nak tengok rumah, kami dulu pergi cek rumah tu. Ya ampun rumah sangat kotor dan geli ok!! Kalau dapur kotor, lantai berpasir, berselut and segala ber lagi. Korang bayangkan toilet macamana?

kalau cuci ni sure berkilat tapi entahlah takde moral langsung diorang ni ya. sabar jela
Cuci rumah sampai dah kurus kita tau hahaha, sila muntah!!
Kami semua berkampung kat sini satu malam. Hampir nak balik ke rumah shah alam sebab tak selesa. Tapi pujuk anak-anak sabar sikit. sebab lepas kemas2 tu barulah nampak macam rumah dan bolehla bentang toto untuk kami tidur malam tu.

Memang tebal lah daki dan kegelian saya pun menebal nak muntah!!! Masa cerita dan tulis entri ni jari kaki saya dah mula mencengkam, eii geli. Wahh saya surrender cuci toilet, takmo cuci dapur. Pendek kata suamilah jadi bibik masa tu 😂😂.

Saya macam dah mengandung pulak. Asal tengok je muntah, tak tengok pun muntah 😂😂. Hadoilah penyewa orang lelaki bujang, tapi bukan semualah ya. But nampaknya begitulah hakikatnya. Pengotor, pemalas kemain.

Cubalah korang kemas sikit rumah tu. Bukan mintak banyak, sapu and mop je. Bukan susah pun. Saya depan diorang takdelah nak membebel, paling tak kat blog ni lah membebelnya.

Boleh rosak rumah orang tau tak?? Buatlah rumah tu ibarat rumah sendiri. Lagipun orang Islam kan kene jaga kebersihan. So bila bagitau bulan 8 aritu last sewa, memang terbaik sangatlah diorang nak tamatkan sewaan 😂.

rumah sewa gombak
alhamdulillah dah ceria dan nampak kemas. Saya bagitau bebudak ni nanti kalau ibu abah dah tua, turn korang pula jaga rumah ni ya, 😁

And selepas diwar-warkan di social media, ramai bagi maklum balas nak menyewa. But sebelum diorang nak datang tengok rumah, kami dah bersihkan rumah tu dulu. Inilah yang sepatutnya untuk beri impression terbaik untuk bakal penyewa.

Memang kena banyak bersabar sebab nak dapat penyewa dalam masa terdekat bukannya mudah. Kita pun sebagai tuan rumah bukan boleh main tangkap muat je nak diorang sewa. Ada kriterianya sebab taknak pening kepala kemudian hari. Fuhh settle mengemas!!


Spread the love

Tags : , , ,

20 Comments

  • farhanajafri posted on September 5, 2019 at 2:15 pm

    teruk sangat tu kalau sampai nak termuntah tapi tak la seteruk yang viral dekat FB tu. Kalau dapat penyewa macam tu memang naya. Hopefully dipermudahkan urusan dapat penyewa baru nanti. Cantik toilet ada curtain pendek macam tu. Nak buat jugak la nanti

    Reply
  • Hafiz posted on September 5, 2019 at 2:47 pm

    Nasib duit sewa tak culas.. harap2 lepas ni dapat penyewa yg okay
    Hafiz recently posted..Ebook Sifirlicious dari Cikgu Fadli Salleh : Mudahnya Hafal SifirMy Profile

    Reply
  • Salina Johari posted on September 5, 2019 at 2:58 pm

    Penyewa ni bagai ragam kan? Dapat yang ok, Alhamdulillah. Pening jugakla dengan kerenah tapi kena sabar sebab dibuatnya cabut terus aduhaii. Sal penah alami gak just tabah je la hadap

    Reply
  • kylie cre8tone posted on September 5, 2019 at 5:14 pm

    It’s great that you found a new tenant… wash wash wash, clean clean clean, tenant can move in d… yeah yeah!
    kylie cre8tone recently posted..Black Horse Cafe, CherasMy Profile

    Reply
  • Rawlins GLAM posted on September 5, 2019 at 5:53 pm

    Terus saya rasa insaf dan nak kemaskan rumah dengan lebih baik. InsyaAllah saya seorang yang jaga sikit pasal kebersihan nie, walaupun bukan pembersih sangat. Tak sabar nak masuk rumah sendiri dah.

    Reply
  • Yaya Natsumi posted on September 5, 2019 at 6:04 pm

    Bestnya mesti excited nak sambut kedatangan penyewa baru. Semoga mereka menjadi penyewa yang baik dan bertanggungjawab 🙂

    Reply
  • Mrs Pip posted on September 5, 2019 at 9:03 pm

    bab kebersihan kena jaga, tak faham macam mana dorang boleh hidup dalam rumah yg kotor, takkan langsung setahun sekali buat spring cleaning …

    Reply
  • Mahamahu posted on September 5, 2019 at 11:35 pm

    ALA JAUH LAK KALAU DEKAT TEMPAT KERJA BOLEH SEWA HEHEHEHE UNTUNG LAH ADA RUMAH SEWA YANG BOLEH DATANG PENDAPATAN MUDAH. TAPI TU LAH KENA PANDAI CARI PENYEWA AGAR RUMAH TU TETAP CANTIK DAN TERJAGA…

    Reply
  • Syamimi posted on September 5, 2019 at 11:45 pm

    Mcm kitorg ada juga bagi sewa rumah pada orang. Lagipun kami belum nak duduk. Dah beberapa penyewa tukar. Then yang last ni baru pertengahan bulan 8 jumpa. Yang sebelum ni tak dapat nak ramah dengan wife penyewa. Tapi kali ni saya siap mintak no fon, sbb nak kenal lebih rapat. Dan saya sempat pesan. Jaga la rumah tu sebaiknya. Anggap la mcm rumah sendiri. Tapi setakat ni dpt penyewa semua okay. Tak lagi la tengok toilet, dapo kotor.

    Reply
  • Hanny Abdullah posted on September 6, 2019 at 1:41 am

    Memang kita sebagi tuan rumah..kena bertahan dgn pelbagai kerenah penyewa. Sis pernah kena..ada yg tak bayar berbulan..sampai terpaksa le buat report polis walaupun tahu polis tak leh buat apa pun..last2 dia lari tak bayar satu sen pun..api air pun x bayar..mmg sakit hati betul. Itu belum penyewa yg dok paku sana sini umah..aduhaiii mcm2 hal kan

    Reply
  • Chaza xiaojie posted on September 6, 2019 at 8:36 am

    Aduh! Part paling tak suka bula pengewa tinggalkan rumah macam hape! Cx pon jenis penggeli yang abadi . Hahhaa! Jgn lah sampai kotor mcm ni! Hurm sedih. Boleh tahan besar juga rumah. Jenuh kena bersihkan. Mudah²an penyewa baru akan lebih pembersih.

    Reply
  • mekyunie posted on September 6, 2019 at 8:37 am

    huhu. agak kotor jugak ye depa tinggal. ingatkan kalau nak tinggal rumah kena cuci elok. huhu. btw, selamat menabung dengan duit sewa.

    Reply
    • Cik Puan Ena posted on September 7, 2019 at 1:00 am

      Tulah yang risau nak bagi sewa rumah dekat orang. Kena cari yang rajin kemas n pembersih sebab banyak kes pengotor bila tinggalkan rumah. Tuan rumah la pening nak hadap kan.

      Reply
  • Ayu Rafika posted on September 6, 2019 at 9:28 am

    Sabar jerlah penyewa macam ni heheh. Mmgbsusah nak cr penyewa yg betul2 jaga harta org lain seperti harta sendiri. Btw rumah ni cantik juga

    Reply
  • xul posted on September 6, 2019 at 10:41 am

    wahhh besarnya rumah, betul2 selesa kalau dapat sewa sini. beruntung sapa dapat tuan rumah baik macam ni

    Reply
  • Mohamad Khairil Bin Hassan posted on September 6, 2019 at 3:18 pm

    Mentaliti bhw rumah sewa bukan rumah lita patut ditukar. Sebab tu rasanya penyewa malas nk bersih. Kalau saya sebelum ni menyewa pasti setiap minggu akan bersihkn dgn housemate.

    Reply
  • Nadia Johari posted on September 6, 2019 at 6:40 pm

    Biasalah, bagi diaorng..diaorng menyewa je..so takda bersih sangat.kalau nad pun geli ..walaupun duduk sewa tapi mesti nak rumah bersih..tak paham dengan orang yang jenis biar je ni..

    Reply
  • Ibu Mifzal posted on September 7, 2019 at 5:38 pm

    wah best ada rumah lain yg boleh disewakan. masyuk. tp tu lah rumah boleh rosak kalu bg sewa kt penyewa yg x reti jaga kan
    Ibu Mifzal recently posted..Skincare Bio essence Bio-White Advanced WhiteningMy Profile

    Reply
  • Eiza GreenAppleKu posted on September 8, 2019 at 6:48 pm

    Sis pun penyewa baru tamatkan kontrak penyewaan. Rasanya memang sis tak nak sewakan dah. Walaupun penyewa sebelum ni jaga elok rumah, bayaran tak pernah lewat. Dalam kontrak memang sis dah masukkan syarat, rumah perlu di cuci bersih. Sebersih mana mereka masuk menyewa, begitulah juga bila tak nak sewa dah.

    Reply
  • Zharif Azis posted on September 13, 2019 at 2:24 pm

    baguslah kalau menyewa ada hitam putih macam nie. so that penyewa tak boleh berlaku kotor. kalau xde hitam putih susah sikit. ada yang lari dan kita yang rugi. bestnya ada rumah untuk disewakan. masyukk setiap bulan.

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge