Alhamdulillah selesai dah UPSR pada 11/9/2019 lepas. Memang agak terasa stress dengan peperiksaan besar ni untuk Najiha dan saya. Walau anak yang ambil periksa, ibu abah sure rasa tempias juga. Bila UPSR dan selesai, bagi yang tinggal di Selangor, ada satu lagi peperiksaan besar menanti iaitu PSRA pada 23/9/2019 nanti.
Debaran nak tunggu result UPSR satu hal, debaran lain menanti jugak hahaha. Kalau tanya anak, macamana exam tadi ok tak? Ok katanya, mak aihhh. Uishh kalau semua ok, mau 6A ni 🤣.
Ok berbalik pada exam PSRA, agak tough sebab markah untuk dapat cemerlang atau Mumtaz adalah 90% dan ke atas. Mencabar? Memang mencabar sebab pada saya ini adalah ujian awal untuk melayakkan anak-anak ni ke sekolah agama berasrama penuh. Debor kan huhuhu.
Ini memang impian Najiha dari dulu lagi. Dia memang teringin nak masuk sekolah agama, memang teringin sangat!! Kalau boleh dia nak kat area Negeri Sembilan. Sebab apa? Sebab sebelum ni ada seorang Pencetus Ummah ada bagi talk kat sekolah diorang.
So PU tu dari sekolah agama di N.9. Dia pun teringin nak sekolah kat situ. Nampak tak pengaruh tu kepada anak-anak ni? Sebab tu penting nak pastikan dengan siapa diorang berkawan, perlakuan ibu abah di rumah. Cara kita, percakapan kita semuanya cerminan kepada anak-anak ni. Semuanya tu mempengaruhi tau.
Tapi saya bagitau Najiha, pergi sekolah yang dekat-dekat jela senang ibu, abah dengan adik-adik nak jenguk diorang. Bukan apa, rasa diorang tu kecik lagi nak duduk berjauhan dengan ibu abah. Kalau dekat-dekat tu senang kami nak datang tengok. Itupun kalau ada rezeki Najiha nak masuk sekolah asrama. Kalau tak, kita sekolah harian dekat rumah kita jela kan Najiha.
Tapi itulah harapan saya dan suami, mak ayah mana yang tak nak tengok anaknya berjaya kan. Masuk asrama, jadi orang berguna. Itu semua matlamat semua orang. Cuma cara kita mengasuh, mengajar, semuanya akan membentuk sahsiah dan akhlak diorang ni.
Risau kan tengok berita dan sekeliling kita, pengaruh rakan sebaya ni memang kuat pada anak-anak. Diorang ni asal balik sekolah je mesti ada cerita yang dibawanya. Kawan yang itu begitu, kawan ini begini.
Ada yang jatuh dari tingkat 7 rumahnya sebab balik rumah dah lewat malam lepas jumpa kawan. Lepas tu risau ayah marah, so dia panjat tingkap tepi lift. Tapi terjatuh pulak ke bawah, patah pinggang. Itu baru tingkatan 2, dah buat hal.
Ya Allah memang menakutkan. Saya ni anak ramai, yang remaja, yang baru nak membesar, yang peringkat baby. Semua pun ada. So kenalah blend dengan semua peringkat umur ni. Dengan yang remaja pendekatan begini, dengan yang kecik pendekatan begitu.
Tapi semua pun perlukan kasih sayang dan perhatian. Semua kene sama rata. Kalau terlebih tapi yang lain tu terkurang, mestilah terasa kan. Saya akui kat rumah memang riuh rendah dengan suara anak-anak. Tapi kalau diorang takde, sunyi sangat-sangat. Dah kita pula tak tentu arah.
Mesti nak semua berkumpul. Kalau saya cuti, hantar juga yang kecik-kecik tu ke rumah pengasuh. Balik sekolah mesti semua kakak dan abang akan suruh ambil adik-adik. Sebab sunyi yang kecik tu takde. Hmmm biasalah tu kan. Tapi kalau bergaduh tu dah lumrah, boleh tercabut bumbung rumah dibuatnya.
Minggu ni minggu study untuk PSRA. Walau bacaan IPU hari ini 214, saya minta Najiha ke sekolah untuk buat revision dengan ustazah di sekolah transitnya. Ibu doakan semoga Najiha mencapai cita-citamu nak. Doa ibu untuk semua anak-anak. Ameen.
Memang selalu gitu anak exam tapi parents yg nervous. Hihi.
Semoga najiha lulus cemerlang dlm upsr n psra nti. Baru nk tenang2 hbs upsr, nti smbung psra.
Pastu, leh la holiday.. Hihi
Sama lah mcm anak sis, bila kita tanya semua ok je..hummm. Ni nk pt3..belajar entah kemana. Berangan je lebih..mak yg susah hati.
Yup memang merisaukan.. Saya dah la ada 2 anak pompuan, yang kepala dorang boleh tahan gak kuat merajuk dan memberontak.
Buat masa nie, saya kurangkan marah kalau dorang buat salah or mengaku dorang buat salah.
Jika mereka biasa takut kena marah, risau benda nie akan jadi lebih memudarat bila mereka ambil langkah salah untuk menutupi salah dorang.
Itu just pendapat saya je la
Alhamdulillah OK katanya. Semoga mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR. Next, buat baik2 untuk exam agama ye. Semoga Mumtaz & semoga berjaya mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh 🙂
MAsa kta sekolah dulu mcm ni jugak la mak mak kita rasa kan. All the best in PSRA pula ye, Najiha.
OMG..Exams…nervous la. Dah lah slow sikit. Nak hafal masuk semua benda.. Need superpower haha That’s the beauty of a parent’s life though. Seeing the stages of their kids grow.
aaaaa.. i was like finally… my son finish upsr….. now having holiday due to the haze condition… he’s relaxing at home….. hahahaha..
Kalau anak-anak nervous, ibu-bapa pun termasuk sekali nervous. Namun sokongan terhadap anak-anak takkan terhenti jua
Wow!!!!!!!! Good luck Najiha. Semoga success for UPSR and future. To mama Najiha take care and have a good day.
setuju dengan penulisan akak. yelah kadang terlepas marah sebab geram tapi sebenarnya buat anak jadi takot. tak baik untuk emosi dan perkembangan dia. semoga mek pun akan kurangkan marah pada ank.
good luck untuk UPSR. dah bagi terbaik time exam harap nanti dapat result. yang penting mak ayah jangan nervous sangat.. parents mana tak nak tengok anak mereka berjaya kan.
Baru tahu term PSRA. Apa2 pun all the best buat Najiha. Moga dimudahkan segala urusan. Buat ibu, moga dimudhkan urusan juga. Moga yg terbaik buat Najiha hendaknya. Nur anak kecik lagi baru 1y8m. Tapi skrg lagi dah risau akan keadaan sekeliling, dimana kerosakan akhlak anak2 zaman sekarang makin teruk. Allahu moga anak2 kita dlm lindungan Allah SWT…
Samalah dengan sis. Relak je sambil teman adik dia tengok Omar dan Hana. Bila tanya exam macam mana? Ok je memanjang. Dulu kita pun, gitulah gayanya. Bila dah jadi parents, barulah rasa apa yang mak abah kita alami dulu.
Maaf kita bukan dari Selangor PSRA tu untuk apa hehehe sekolah agama ker.. Ohhh good luck untuk anak-anak yang bakal menduduki PSRA apa pun ingat Allah dan buat yang terbaik ok hehehe… Rindu zaman kecil-kecil rasa nak jadi budak balik lak wakakakak..
Kita belum berada dalam situasi anak anak exam. Agaknya kalau anak exam, macam mana la kita ni kan.
Fuhh.. Mau nya tak senang tido.
Semoga najiha berjaya dalam apa yang dihajati ye.
Sama lah kita dulu amik psra juga.. Sbb bila amik psra ni.. Kita trus masuk drjh 5 sek agama petang.. Terus lompat xpyh masuk dr drjh 1.. Jimat masa.. Hehe
Memang mcm2 karenah anak2 nie.. Bila diaorg amik test, kita pulak yg nervous.. AM setuju, anak2 nie perlu dipantau pergerakan n dgn siapa diaorg berkawan.. Setiap ibu bapa semestinya mengharapkan yg terbaik utk anak2 mereka.
Terbaik. Semoga mendapat keputusan yg cemerlang. Saya setuju dgn apa yg ditulis. In shaa Allah bila saya dhh berkahwin dn mempunyai zuriat akan buat yg sama mcm dlm artikel ni.
Zaman sekarang zaman mencabar untuk mak ayah membesarkan anak…..xsama zaman kita dibesarkan….zaman ni dengan gajet dan pengaruh kawan yang semakin membimbangkan….social ilness semakin berleluasa…
Anak buah emi pun ada sorang yang baru lepas ambil upsr. psra tu emi tak pasti pulak, hehe. Kurang tahu. Tapi habis je upsr haritu, terus dia join rombongan lawatan sekolah ke kl. Seronok betul dia dapat jalan2 dengan kawan-kawan.
UPSR hanyalah satu pit stop dalam kehidupan. Kalau berjaya kita bersyukur, kalau tak berjaya, kita cuba lagi di pitstop seterusnya.
all the best ya anak saya UPKK
Biasa kalau ibu bapa yang nervous lebih..hehe