Parenting Adam dah pandai iron baju sendiri October 3, 2019

Spread the love

anak iron baju sendiri
Alhamdulillah seronok giler ibu Adam hahaha, katanya sebab sepupu dia dah pandai iron baju sendiri, so dia pun teruja nak iron jugak.

Sekejapnya masa berlalu. Tahun ni anak lelaki pertama saya, si Adam, dah pun darjah 3. Dah besar uolss!! Malam tadi masa saya nak iron baju sekolah, Adam tanya saya. “Ibu, Adam nak iron baju sendiri boleh?”

Ya ampun, boleh nak!! Boleh sangat!! Kenapa pulak tak boleh kan?? Rasa macam tak percaya anak lelaki ibu request macam tu.

Sebelum saya dapat anak ke 4, Adam ni kira paling manja dengan saya. Ingatkan dialah anak paling bongsu 😂, tengok-tengok selepas 5 tahun dapat pula si adik. Tapi memang Adam puaslah bermanja dengan ibu abah dia sebelum kehadiran adik-adiknya. Mau tak manja, inilah anak lelaki yang ditunggu-tunggu selepas kami dikurniakan 2 orang gegirls.

pandai pulak dia nak menggayakan baju tu nak letak macamana. Arah mana hahahha
Pantas sungguh kerja meng iron nya, sampai tak snap photo. Semangat sungguh hahaha

Dan dah jadi rutin saya ironkan baju sekolah Adam untuk seminggu. Baju sekolah kebangsaan dah juga sekolah agama. Bersusun baju disangkut di ampaian dapur.

Kakak-kakak memang dah pandai iron baju sendiri dari sejak azali. Kalau nak suruh ibu iron jugak, meh sini nak cubit montot tu😂. Saya bukan jenis ajar anak ikut buku. Bukan juga ada peraturan spesifik dalam membesarkan diorang. Yang mana rasa baik itu kita wajib ikut, yang mana tak bagus janganlah follow.

Najiha dulu waktu dia Darjah 2 dah start iron baju sendiri. Waktu tu anak-anak memang kena berdikari sebab banyak masa saya jaga diorang sendirian. Suami sibuk dengan kerja site construction, keluar rumah 6.30 pagi. Dan balik rumah jam 10.00 malam. Kadang-kadang outstation ke Kedah dan Perak.

Jadi masa tu memang kakak-kakak dah pandai buat kerja rumah sendiri. Kadang-kadang saya rasa bersalah sebab terpaksa biarkan anak-anak buat kerja rumah. Tapi pada masa yang sama itu mendidik diorang berdikari. Dan jugak mengajar diorang erti kehidupan. Gitteww!!

Iye, kita memang kena suruh diorang buat kerja rumah dari kecik kan? Bayangkan saya dulu sekolah rendah dah tolong mak basuh kain, basuh manual ok!!! Rendam kain baju dalam baldi. Then pijak-pijak. Lepas tu terus tonyoh dengan tangan dan berus.

Jadi saya fikir bila anak diajar dari kecik untuk buat kerja rumah, itu bukan mendera ya. Itu memang kewajipan, sebab kalau kita yang tiada maid ni nak buat semua kerja memang tak terdaya. Suami dari dulu dah izinkan untuk ambil maid.

Kita takde maid, so kene berdikari ya

Tapi saya fikir satu je. Selamatkah anak-anak saya nanti? Saya takdelah kata semua maid tu kaki dera. Tapi selagi saya boleh handle sendiri kerja rumah, memang saya rasa tak perlu nak ada maid. Nanti kat ofis saya pun rasa tak tenang sebab teringatkan anak-anak.

Lagi satu takde masalah nak handle maid yang macam-macam kerenah. Contoh kawan opis saya, maid dia sebelum ni ikut kepala sendiri je buat kerja rumah. Kalau nak disuruh pun serba salah.

Last-last dia yang buat kerja tu semua. Maid hanya jaga anak je. Lagi satu kalau maid lari, ha dah satu hal nak cari maid baru. Kalau dapat pengganti awal oklah, kalau lambat memang jenuh kita pulak yang nak ambil cuti jaga anak. Phewww!!! Jadi terbaiknya biarlah tiada maid hahaha.

Kebetulan pula, saya memang dapat pengasuh a.k.a jiran yang baik. Bila saya hantar anak-anak, dah boleh bau masakan pagi-pagi tu. Maksudnya pengasuh memang dah siap masak sebelum anak-anak sampai di rumahnya. Jadi semua tu membantutkan saya untuk ada maid gittew!!.

Alhamdulillah semua ini rezeki namanya. Ada orang yang yang anggap duit dan harta itu rezeki mereka tapi salah tu. Pengasuh yang baik, anak-anak yang sihat dan dengar kata juga tempat kerja yang baik. Semua tu rezeki, so marilah kita bekerja dan beribadah sebaiknya. Moga semua orang pun akan diberi rezeki yang baik dan bermanfaat untuk yang lain.

Mood saya happy sebab dah terbayang lepas ni iron baju sendiri dan baju suami je. Lalalalalala…kakakka happy sangat ni!!!!


Spread the love

Tags : , ,

6 Comments

  • sheila posted on October 3, 2019 at 2:41 pm

    samalah..anak lelaki sulung ammi pun darjah 3 dan ammi pun ada up entry awal isnin aritu sebab dia pun 1st time request nak iron baju. Memang dah sampai masa kot budak dajah 3 nak iron baju sendiri.

    Reply
  • Red Linda posted on October 3, 2019 at 3:40 pm

    Alhamdulillaahh..anak bujang dh boleh diharap meringankan keje mama..

    Memang setuju bab ajar anak dr awal tu bertujuan untuk berdikari.

    Saya anak lelaki 3 orang..fuh..pass batton kat papa dorg la yg ajar iron baju sekolah kot.hahah

    Reply
  • sueizza posted on October 3, 2019 at 11:42 pm

    good boy ,anak leaki pun kena pandai buat kerja rumah dan uruskan diri,senang dok asrama dan belajar jauh nanti.

    Reply
  • hayati suki posted on October 4, 2019 at 1:35 pm

    bagusnya laa boboy dia. anak kita darjah 2, masih belum boleh suruh lagi iron baju sendiri.. kang terbako naye mama kena kena keluarkan modal lain..haha
    hope darjah 3 nanti boleh laa dia uruskan baju sekolah dia sendiri

    Reply
  • Perunding Takaful Keluarga posted on October 4, 2019 at 7:10 pm

    Alhamdulillah… tahniah sbb kecil2 lagi adam dah ada rasa tanggungjawab dan dah mula belajar berdikari.. boleh jadi lelaki melayu terakhir nih… insyaAllah..

    Reply
  • Ema posted on October 10, 2019 at 5:30 pm

    good boy Adam, Aunty pun nak kena ajar anak lelaki sorang ni iron baju..minta angkat kain jemuran pun berbunyi..hehehe

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge