soalan Ujian Kemasukan SBP (Sekolah Berasrama Penuh)
Last week saya temankan anak nombor 2 pergi Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) kat SMK Sek. 19 Shah Alam. Anak nak exam of course ibunya berdebar-debar. Its normal everybody!!! So no worries hahaha. Anak nak masuk asrama, jadi kita ibu abah ni pun semangat nak support dia, so lets do it bebeh!!!

Budak nak exam tu menyorok, maknya nampak separuh muka je hahaha
Ini kira pengalaman pertama saya bila anak nak masuk asrama. Anak sulung dulu tak mau pulak dia, yelah manja kan. Jadi saya dan suami pun tak memaksa. Bila kata yang nombor dua ni nak sangat masuk asrama, kita pun apply. Tengok-tengok dapat pulak pergi ujian, hmm I is seronok :).
contoh soalan ujian kemasukan sbp
Sekarang ni semua online, mula dari register, pilih sekolah dan nak tau status permohonan. Semuanya dihujung jari. Jadi kita nak semak status pun dah mudah. Bila dapat tahu Najiha layak untuk duduki UKSBP, saya apa lagi, melompat!!! Seronok sangat!!! Tapi risau pun ya jugak kakakka.
Dalam pada duk risau, saya pun google siap-siap topik yang nak kena baca, apa nak kena bawa time exam. Yang saya faham, soalan exam tu semuanya tentang general knowledge. Alahai anak, memang kamu kena banyak membacalah kaedahnya.
BACA—> Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM dan format soalannya
It’s ok kita study bersama-samalah ya. Sebab ibu abah pun bukannya tahu tentang semua benda. Yang pastinya memang kena banyak membaca and that’s the key factor. Bila dah google, saya pun dah kumpulkan contoh soalan untuk kami sama-sama study.
Tapi kan, nak cerita kat korang yang jiran saya lagi advance!! Dia siap dapat set soalan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh ni berserta dengan jawapannya. Pheww, sangat terbaik!!! Apa lagi saya minta anak saya jumpa kawan dia tu. Kita photostat lah soalan tu hahaha.
Ingat bila dah ada set soalan dia study ke? Dia culas jugak wei!! Membebel lah kita ni tengok dia goyang kaki je tengok TV. Beza betul anak-anak sekarang dengan yang dulu. Nak masuk asrama siap ada ujian, kalau kata ujian ni berjaya, kena pergi interview plak. Rasa macam nak apply kerja pulak dah.
Bebudak pun pandai-pandai sekarang ni, persaingan tu sengit. Makanya semua pun ada saringan untuk pastikan yang terbaik. Saya dulu nak masuk MRSM menjawab soalan juga. Soalan yang paling saya ingat, semut mati kerana apa? Adui itupun takleh nak jawab uols hahaha. Sebab tulah tak masuk MRSM hahaha. Balik tu kenalah ceramah dengan mak. Alahai mak, janganlah marah hahaha.
Jawab soalan guna komputer
BACA ->> Semak permohonan di —->> https://sst1.moe.gov.my/
Ok sambung bab ujian anak saya tu. Sebelum pergi ke pusat ujian, sila print slip UKSBP dan bawa sekali Mykad/Mykid dan bawa sekali ke pusat ujian. Kalau korang nak tahu, anak-anak yang menduduki UKSBP ni akan menjawab soalan menggunakan computer.
Wehh anak aku ni tau ke tak guna computer ni. Kat rumah tu pernahlah guna laptop. Itupun untuk tengok youtube je hahaha. Tapi katanya cikgu pun bagi penerangan sebelum jawab soalan. So tak risau sangatlah :).
Sebelum masuk ke makmal computer, cikgu ada bagitau boleh bawa masuk alat tulis dan kalkulator. Bila dengar kalkulator je hati saya berderau. Mak aih soalan matematik tahap berapa pulak nak keje jawab ni? Adui kita pulak berdebar lebih ni.

Good luck anak ibu!
Kebetulan masa kami sampai, kawan anak saya baru je habis sesi ujian pagi. Katanya soalan agak susah sebab yang dia baca tu tak semuanya masuk exam. So set soalan adalah berlainan setiap sesi dan pusat ujian ya. Huuhuhu. Takpe anak, buat yang terbaik. Insha allah kalau ada rezeki tu, adalah nanti.
So Najiha pun berlalu pergi masuk ke makmal computer untk jawab soalan. Kalau ikutkan jadual, exam bermula jam 2.00 petang sehingga 3.30 petang. Tapi Najiha jam 3 petang dah keluar makmal.
Bila tanya macamana? Sama tak contoh soalan ujian kemasukan sbp tu? Bolehla ibu. Oklah tu. Tak perlu tanya banyak, kita balik dan rest ok. hahaha. Tapi sebelum balik, kita singgah beli goreng pisang kat KTM tu dulu. Kene plak makan time hujan, perghhh syahdu rasanya beb hahaha.
Good luck Najiha… eh..ke Najwa… baca tadi rasa Najiha.
Semoga berjaya masuk ke sekolah berasrama penuh.
Aishh…dah besar anak anak kita ye aju.
Good Luck… anak saya pun ambik UKSBP haritu.
Semoga berjaya Najiha! Banyak-banyak doa dan tawakal, InsyaAllah dipermudahkan urusan.
Ammi pun bercita-cita nak masukkan anak2 ke asrama. Nampak gayanya anak2 ok je takde bantahan. Terima kasih ye bagi tips
zaman sekarang kan persaingan memang sengit, anak2 kita pun semuanya bijak pandai. alhamdulillah. semoga ada rezeki untuk Najiha. fighting!
all the best..
Wah… semoga berjaya
good luck najiha
semoga berjaya.
nampak maknya yang nerves nih.
anak saya pernah duduki peperiksaan begini..
alhamdulillah sekarang dah masuk tingkatan 5 pula.
jika cemerlamg boleh ke oversea kot..
sama-sama kita doakan kejayaan buat mereka semua
Good luch Najiha.
Baru tahu ada ujian sudah sekarang, seingat saya dulu saya masuk SBP dan MRSM (special case boleh masuk dua-dua. walaupun sepatutnya tak boleh. hahaha) tiada ujian pula. Yang ada pun, temuduga untuk biasiswa saja. Makin canggih sekarang ni. Mungkin tengok jenis SBP / MRSM juga kot, sebab maknya Najiha pun dulu ada ujian juga nak masuk MRSM.