Parenting Prosedur pertukaran sekolah rendah October 30, 2019

Spread the love

prosedur pertukaran sekolah

Berpindah ke rumah baru

Alhamdulillah prosedur pertukaran sekolah rendah anak-anak sudah diluluskan oleh Pejabat Pelajaran Daerah. Dan paling seronok saya sudah pun selamat mendaftarkan mereka ni ke sekolah yang baru. Proses yang diambil agak cepat dan pantas!!

Saya amat berpuas hati dengan servis dan layanan yang ditunjukkan baik dari pihak sekolah mahupun PPD. Semuanya senang dan mudah je, Alhamdulillah ;). Bagus-bagus tingkatkan prestasi dan kekalkan perkhidmatan yang baik ini dan berterusan ya.

Prosedur pertukaran sekolah
Prosedur pertukaran sekolah

Info Awal Prosedur Tukar Sekolah

Bersyukur juga sebab punya adik yang bekerja di sekolah, jadi saya banyak merujuk kat adik tentang prosedur pertukaran sekolah semua ni. Bukan apa, biar sekali buat tu dah tahu apa keperluan dan borang yang perlu diisi, jadi taklah perlu dua/tiga kali ulang alik sekolah.

Sebab kita ni tak tahu, jadi orang kata kalau malu bertanya sesat jalan, jadi bila kita banyak bertanya kita dah ada idea apa yang patut kita lakukan seterusnya. Tapi kan kekadang orang tak suka kita banyak tanya, tapi dah tak tahu mestilah tanya kan, hmmm apa-apa jelah.

Prosedur pertukaran sekolah
Keadaan teratur di PPD, i Like!!!!!!

Survey sekolah di rumah baru

Kenapa nak tukar sekolah? Owh nak pindah rumah baru kekdahnya ;). Kasihan juga pada anak-anak ni, dah punya ramai kawan di sekolah lama ni, sekarang kene cari kawan baru. Ibu harap korang dapat sesuaikan diri ya. Apa yang perlu buat?

Ok pertama sekali korang perlu survey sekolah yang paling dekat dengan rumah baru. Ok bila dah pasti dan yakin, bolehla ke pejabat sekolah lama dan isi Borang Pertukaran Sekolah.

Antara maklumat yang diperlukan ialah, nama dan butiran anak, alamat rumah yang baru dan 2 pilihan sekolah yang kita inginkan. Borang tu kemudian akan diserahkan semula kepada kerani sekolah untuk ditaip semula.

Prosedur pertukaran sekolah
Kaunter di dalam, tunggu giliran dulu ya
Prosedur pertukaran sekolah
Tempat menunggu pun ada 😉

Dapatkan info dari Guru Kelas

Juga jangan lupa hubungi Guru Kelas anak-anak untuk mereka menyediakan Fail Peribadi anak-anak untuk diserahkan ke sekolah baru. Selepas seminggu Borang Pertukaran Sekolah siap ditaip dan disahkan oleh Guru Besar.

Seterusnya bawa borang tersebut ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) mengikut daerah sekolah yang baru untuk disahkan. Owh ya borang tu ada 4 salinan, 1 salinan diserahkan pada PPD, 1 salinan kepada sekolah baru, 1 salinan kepada sekolah lama (setelah disahkan oleh PPD) dan 1 salinan kita simpan bebaik ya ;). Dan kemukakan juga salinan dokumen di bawah ini ya.

DOKUMEN URUSAN
PERTUKARAN MURID WARGANEGARA YANG PIHAK SEKOLAH PROSES DAN KEMUKAKAN KEPADA PPD/JPN
1. Salinan Borang P.U.(A) 275 Jadual iii (diisi pihak sekolah)
2. Salinan surat beranak anak
3. Salinan IC anak dan ibubapa atau penjaga
4. Salinan surat nikah
5. Surat hak jaga anak (kes cerai)
6. Surat anak angkat (jika anak angkat)

7. Salinan bil mengikut alamat di kediaman baru

Prosedur pertukaran sekolah
Dokumen pertukaran sekolah

Prosedur Pertukaran sekolah

Berapa lama nak tahu keputusan pertukaran? Owh sekejap sangat. Semasa pergi ke PPD, memang ada kaunter dan nombor giliran disediakan untuk semua individu yang mahu menukarkan sekolah anak-anak.

Sebaik sahaja nombor giliran saya dipanggil, saya terus ke kaunter, saya serahkan borang pertukaran sekolah dan petugas terus menyemak penempatan secara online. Dan Alhamdulillah mereka memberitahu di sekolah baru tersebut masih ada kekosongan dan anak-anak saya sudah mendapat tempat di sekolah baru.

Zaman canggih, sekarang semuanya dilakukan secara online. Petugas akan menyemak penempatan di sekolah baru dan jika ada kekosongan, anak-anak anda terus disahkan tempatnya di sana, Alhamdulillah ;).

Lega hati ibu abah, sekarang ni nak pastikan anak-anak ke sekolah baru dan dapat menyesuaikan diri dengan kawan-kawan baru, Ya Allah permudahkanlah segalanya, kepadamu sahaja tempatku memohon pertolongan, dan segalanya nampak berjalan dengan baik Alhamdulillah.


Spread the love

Tags : , , , , , ,

28 Comments

  • Aisha posted on December 9, 2014 at 12:50 pm

    Bagusnya info ni..nk letak bookmark la

    Jemputlah ke blog saya #projek2ribu
    Aisha recently posted..#projek2ribu untuk menghadapi suasana ekonomi 2015My Profile

    Reply
  • Fiza Rahman posted on December 9, 2014 at 5:17 pm

    Wah…rumah baru tu…hehehe…Thanks for sharing aju.
    Fiza Rahman recently posted..REVIEW | Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk memang TERBAIKMy Profile

    Reply
  • akubiomed posted on December 9, 2014 at 11:24 pm

    Sangat leceh baca rententan prosidur. Zaman IT sepatutnya semua urusan semakin mudah dan cepat.

    Pengalaman daftar anak tahun 1 tidak banyak beza. Perlu daftar secara online kemudian perlu menghadirkan diri untuk menghantar borang yang telah mendapat pengesahan ketua penduduk dan hantar ke sekolah yang ingin didaftar.
    akubiomed recently posted..Menuntut ilmu Internet Marketing di IKR GatheringMy Profile

    Reply
  • ibulala posted on December 10, 2014 at 8:03 am

    Nanti dah x de kawan opis yang berdekatan. Hu hu hu. X bestnya.

    Reply
  • suri posted on December 10, 2014 at 10:22 am

    mudahnya kena ada ornag kenal dalam baru tahu cara dan prosuder yang betul ya..

    Reply
  • Jep wan posted on December 10, 2014 at 11:54 am

    Banyak juga kerja nak tukar sekolah nie ek.

    Reply
  • Ibu Mifzal Arsyad posted on December 11, 2014 at 9:43 am

    bagus ni..boleh dijadikan panduan if anak nak tukar sekolah nnt..

    harap seronok la anak2 anju di sekolah baru jumpa ramai kawan baru nnt.. 🙂
    Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Resipi Burger ‘Homemade’My Profile

    Reply
  • nafisa81 posted on December 11, 2014 at 12:49 pm

    Masuk rumah baru ye…alhamdulillah…
    nafisa81 recently posted..Ada bapak pun tak guna..kesian ….My Profile

    Reply
  • Dja@Sishaza posted on December 11, 2014 at 8:21 pm

    Memang begitu prosedurnya sekarang Aju. Tak macam zaman kita dulu2, boleh redah jer hihihi … by the way, tahniah masuk rumah baru. Confirm condo mewah ni 🙂

    Reply
  • Kakiblog posted on December 12, 2014 at 8:51 am

    terima kasih keran berkongsikan info yang menarik ini.
    Kakiblog recently posted..Menjadikan Affiliate Sebagai Sumber Pendapatan Dari BlogMy Profile

    Reply
  • Hafizul posted on December 16, 2014 at 3:11 pm

    Yup..kalau tak diceritakan dari a sampai z bab ni memang susah la kan..kita yang jadi kena ulang alik ke tempat yang sama aje..

    Reply
  • nije posted on April 28, 2015 at 7:42 am

    Good info Aju….. I found ur blog when googling search of how to transfer my kids down town KL from Kota Bharu.
    It may take place rite after school break dis June.
    U laid down very useful information regarding documents needed to be issued to da respective schools. Thumbs up mom! Neway thank you for sharing.

    Reply
  • aina posted on June 22, 2015 at 9:23 am

    Assalam,

    nak tanya, sebaik-baiknya waktu bila yang sesuai buat prosedur ni? saya nak tukarkan anak sekolah untuk tahun 2016, perlu buat seawal bulan Jun atau boleh diuruskan dalam bulan Oktober – Disember? dan perlukah kita ke sekolah baru untuk daftar di sana terlebih dahulu?

    Reply
    • nora posted on August 15, 2015 at 2:09 am

      Saya pun sama..utk sessi 2016. Dr batu caves ke Ampang. The informations given thru this blog are considered very useful to me. Thanks….

      Reply
    • ajumohit posted on September 5, 2015 at 10:02 pm

      pn aina boleh cuba tanya pada pihak pejabat sekolah, yang tu saya tak berapa pasti
      ajumohit recently posted..Putih gebu dengan Mika Sakura WhiteMy Profile

      Reply
      • umairah posted on November 26, 2016 at 10:08 am

        saya pun bercadang nk tukar kan ank sekolah dari rawang ke shah alam.utk 2017.dah blh ke buat pertukaran.

        Reply
        • ajumohit posted on December 8, 2016 at 12:13 pm

          dah boleh mula buat pertukaran sis, minta hubungi pihak sekolah berkenaan ya

          Reply
  • Kenny posted on October 1, 2015 at 10:54 am

    Thanks a lots Aju.
    Good information.

    Reply
  • Zanariah posted on October 3, 2015 at 10:02 am

    Terima kasih atas perkongsian ini.. Saya pun sedang dalam proses nak pindahkan sekolah anak.. Memang tiada pengalaman lagi..
    Jemputlah singgah blog saya http://zanariahkamal.blogspot.my 🙂
    Zanariah recently posted..Menilai Anak…My Profile

    Reply
    • ajumohit posted on October 6, 2015 at 12:40 pm

      terima kasih kerana sudi singgah 😉

      Reply
  • Mama Hakim posted on September 2, 2017 at 12:52 pm

    Anak Mama kecil kecil lagi

    Tapi dah tahu cara memang senang

    Sekarang ni satu kampung boleh ada 2 3 sekolah sebab kawasan perumahan banyak sangat
    Mama Hakim recently posted..Buru Bacaan normal kencing manis semasa mengandung dengan 7 Makanan ini!My Profile

    Reply
  • Naziman Azlye posted on November 1, 2019 at 12:41 am

    Terima kasih berkongsi prosedur pertukaran sekolah. Dulu semasa saya sekolah menengah selalu tukar sekolah, tetapi tak pernah rasa susahnya mengurus perpindahan sekolah. 2 3 tahun lepas, saya tolong adik pindah sekolah, baru rasa betapa susahnya urusan tersebut. Barulah rasa pengorbanan ibu ayah dulu.
    Naziman Azlye recently posted..Antara Bisnes Air Balang VS Bisnes Home TuitionMy Profile

    Reply
  • Waniey posted on November 5, 2019 at 4:45 pm

    Assalamualaikum,sis nak tnye…yg file student tu nnti kena bawak ke mase dkt ppd?ke file tu utk di bawa ke sekolah yg baru tu

    Reply
    • ajumohit posted on November 7, 2019 at 6:33 pm

      waalaikumusalam puan, file tu tak perlu bawa ke ppd, yg tu perlu serahkan kpd guru kelas sekolah baru

      Reply
      • Waniey posted on November 8, 2019 at 1:42 pm

        Terima kasih

        Reply
  • Rashedul Momine posted on November 27, 2019 at 8:34 pm

    hello Aju.
    thanks for shared this type of post. it is a very informative website though.
    I would love to have you guys write for my stroller site https://kiddiesproduct.com/average-stroller-cost
    Rashedul Momine recently posted..Best Baby Stroller 2020 Reviews And Buyer’s GuideMy Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge