Cara dan teknik anak cepat membaca.
Sebagai ibu yang ada ramai anak, saya lihat anak ni ada pelbagai cara nak handle diorang. Ada anak yang jenis berdikari, ada yang selalu kena ingatkan. Tak kurang yang buat tak tahu bila kita bagi arahan.
Dan saya lihat perkembangan anak-anak pun berbeza. Tapi sebagai ibu saya ambil keadaan ni sebagai cabaran untuk saya perbaiki diri. Saya buat diorang macam kawan-kawan dan ketegasan tu ada tempatnya.
Anak remaja lain cara, yang kecil pula lain kaedahnya. Huhuhu anggaplah ini pembelajaran yang menggembirakan. Baru kita tak rasa tertekan.
Nak cerita ni, ada satu hari tu saya panggil anak ke 4 saya yang berumur 6 tahun tu membaca. Tapi sedihnya saya tengok dia masih belum pandai nak sebut perkataan 2 suku kata tu. Bila baca merangkak-rangkak dan tidak lancar. Saya rasa kecewa tengok keadaanya macam tu.
Cara untuk mengajar anak cepat membaca
Dan saya ambil benda ni sebagai cabaran tau. Saya tak marah dia dan saya tahu selain cikgu, ibu bapa pun kena mainkan peranan. Jadi apa yang saya buat, saya sendiri create cara-cara ni.
#1. Ajar anak dengan santai
Saya bagitahu anak, ibu nak ajar Dzar baca. Kita baca sama-sama ya. Ibu ajar Dzar. Sambil-sambil dia tengah main, saya panggil sekejap dan ajar. Atau masa tengah duduk tengok TV tu pun boleh je nak ajar dia baca.
#2. Pilih waktu yang sesuai
Saya suka pilih waktu antara jam 10 pagi sehingga 4 petang. Pilih je mana-mana waktu yang terluang. Pastikan anak dah siap makan, nanti dia tak boleh fokus pulak kalau lapar. Hahaha
#3. Ajar dalam masa yang singkat
Biasanya setiap sesi baca tu dalam 10-15 minit je. Sebab kalau nak tahu itu je tempoh yang diorang boleh betul-betul fokus. Saya faham kadang-kadang ambil waktu yang lama pun akan buat anak kita jemu. Jadi ambil masa yang singkat tapi kita optimumkan waktu tu.
#4. Guna buku Anakku
Since sekolah Dzar gunakan buka Anakku, saya guna pakai buku ni jugak. So memang mudah nak ajar ikut level buku tu. Atau ikutlah bahan bacaan yang ada di online pun boleh juga. Janji anak boleh tengok dengan jelas.
#5. Kesabaran perlu tinggi
Yang ni penting. Jangan terus nak naik angin kalau anak tak dapat apa yang kita ajar. Memang perlu masa. Hari pertama kenal suku kata, kemudian kita ulang lagi hari kedua. Ulang perkataan yang sama pun takpe sampai anak dapat.
#6. Puji anak
Saya pastikan saya beri pujian jika anak dapat kenal perkataan. Memang itu satu pencapaian yang sangat baik untuk anak.
#7. 3 minggu dah boleh baca 3 suku kata.
Kalau nak tahu, saya amalkan semua tips ni dalam masa 3 minggu. Alhamdulillah memang saya lega sangat bila tengok perubahan yang sangat positif ni. Sebab ini semua tentang usaha dan masa. Sebagai ibu bapa jangan pernah menyesal atas pencapaiana anak.
Doa anak pandai belajar
Selain usaha, saya juga tak lupa doakan semua anak-anak ini terus berjaya. Menjadi anak yang soleh solehah dan berjaya dunia akhirat. Itulah antara tips yang saya amalkan untuk anak-anak ni mudah membaca.
Semoga entri ini bermanfaat untuk semua.
Sekarang macam-macam cara dan teknik mengajar anak membaca. Peranan ibu bapa dan guru paling penting untuk merialisasikan agar anak pandai membaca.
Assalamualaikum kak aju… wahh bestnya. bagus ni…
Thanks for the info…
wahhh..siap yg tak nk anaknya berjaya kenal hurf seusia tu kan..
ya..betul juga ada teknik yang bagus untuk memastikan anak-anak boleh baca pada usia awal waktu
Thanks for the info aju. Macam² produk untuk anak² skang nih.
bacalah anakku anak saya dah boleh baca umur 4tahun bestnya skrg 5 tahun yakin baca lebih lancar