Persediaan ke sekolah sesi 2020
Sana sini orang dah mula bercerita tentang persediaan keperluan sekolah anak untuk tahun 2020. Persediaan awal ni bagus sebab masih banyak pilihan dan saiz yang ada. Weekend lepas saya dan anak-anak mencari kasut sekolah Sunfeet yang ada buat promosi Back to School.

Promosi Back To School Sunfeet

Beli kasut ada peluang menang hadiah bernilai sehingga RM10,000
Keistimewaan kasut kesihatan Sunfeet
Apa yang bestnya kasut sekolah Sunfeet ni sangat sesuai untuk semua jenis aktiviti. Ianya juga mempunyai sokongan kesihatan kaki dan dijual dengan harga berpatutan. Korang pernah bawa anak cek tapak kaki diorang tak? Saya pun tak pernah hihi.
” Di Sunfeet International Rehabilitation Centre ni menyediakan klinik untuk kesihatan kaki. Selain menyediakan khidmat analisat kaki, mereka juga menjual pelbagai jenis kasut kesihatan harian. Pusat ini diuruskan oleh Dr Edmund yang juga pakar orthotics. “

Pertama, kaki anak akan di analisa untuk mengetahui jenis tapak kaki mereka

Adam yang selesa dengan kasut kesihatan Sunfeet
“Kata Dr Edmund, dengan cek tapak kaki kita akan tahu jenis tapak kaki. Dan pihak Sunfeet akan nasihatkan apa jenis rawatan dan kasut yang sesuai untuk dipakai. Memang elok bertemu dengan doktor yang pakar kerana pengalaman merawat ramai pesakit akan menjadikan kita lebih yakin untuk mendapatkan servis mereka.
Mereka juga menyediakan servis custome made kasut dan alatan kesihatan mengikut keperluan pesakit. Alat sokongan ini sangat membantu untuk memperbetulkan postur badan dan mengurangkan kesakitan. Selain itu ianya membantu pesakit untuk menjalankan aktiviti harian mereka.”

Dr Edmund menyarankan untuk kita menganalisa kaki mengikut waktu di atas
Kepentingan analisa tapak kaki
Penting untuk kita tahu keadaan tapak kaki kerana kita kan seharian berjalan, berdiri dan lakukan pelbagai aktiviti. Dan kalau nak tahu kaki jugalah yang banyak berikan sokongan untuk keseimbangan badan. Dari situ kita wajib pilih kasut yang bagus untuk memberi keselesaan pada tulang belakang dan postur badan.
Dr Edmund juga nasihatkan yang kita juga digalakkan untuk cek tapak kaki setiap 6 bulan sekali. Ha cuba tengok gambar di atas, itulah jenis-jenis tapak kaki yang ada. Apa jenis tapak kaki korang? Tapak kaki gajah tu tak termasuk dalam kategori di atas ya 😝😝.
Macam saya yang ada slip disc ni, memang pemilihan kasut penting untuk saya. Biarlah harganya sedikit mahal, tapi jika ia beri kesan yang baik dan selesa untuk saya, kenapa tidak kan??
Pakej promosi kasut sekolah Sunfeet
Begitu juga anak-anak, perhatikan cara mereka berjalan. Kalau ada yang mengadu sakit kaki, lenguh kaki ke. Memang elok korang bawak mereka pergi cek. Kita patut merawat dari peringkat awal untuk elak sesuatu yang lebih mudarat. Biarlah kita berbelanja sedikit asalkan anak kita selesa.
Di sini juga ada ada pilihan kasut sekolah berwarna hitam dan putih. Promosi kasut sekolah Sunfeet ini menawarkan healthy school shoes pada harga RM799 untuk 3 pasang kasut dan RM1,139 untuk 5 pasang kasut. Jom follow FB, IG dan layari website Sunfeet untuk promosi terkini.
wah..baru tahu boleh analisis kaki ni. bukan org dewasa je..anak2 pun nak kasut sekolah yg selesa utk dipakai. Boleh try jenguk2 nanti ni
Terkejut sebentar baca harga kasut. Tapi untuk kesihatan dan keselesaan, apa salahnya jika berkemampuan. Kasut sekolah memang anak nak guna untuk tempoh yang lama.
Analisis kaki ni sangat penting sebab kaki kita tidak sama dengan orang lain kan. so kasut pun kene cari yang selesa macam Sunfeet. jom shopping kasut sekolah cuti ni
Sementelah ada tawaran nie, Rawlins nak membeli kasut gak la. Kaki pun sekarang dah pandai sakit – macam ada tak kena pada tapak kaki je.
Interestingnya, tak tau pun kita perlu cek tapak kaki 6 bulan sekali, ingatkan cek gigi aja 6 bulan sekali hihi. Bagi akak yang dah masuk usia senja ni, sakit kaki tu memang haruslah kan tapi rupanya ia boleh diatasi ngan pemilihan kasut yang sesuai ya. Masha Allah
Fuh..ilmu baru pasal kasut dan kaki. Selama ni main beli jer..tak sangka macam2 juga kena amik tahu sebelum beli kasut yg terbaik dan selesa
Bagus sangat sunfeet ni sebab memang akan pastikan kasut tu sesuai dengan tapak kaki. Tapi harga boleh tahan sesuai lah dengan kebaikannya. Alah membeli menang memakai tak apa. asal anak2 sihat dan tak ada hadapi masalah kesihatan.
Sunfeet memang bagus untuk penjagaan kaki. Ada kemampuan nanti nak jugak belikan untuk anak². Sementara ni biar ibu pakai dulu ya
Good info, sebab kaki ni perlu dijaga dan dibelai sebaik-baiknya giteww…tapi the price fuh ! demi kesihatan kita kena sanggup juga.
berbaloi dengan harga! dalam masa yang sama kesihatan kaki anak terjaga.
Terbaiklah brand ni siap ada ukur ukur lagi. Saya pun siapkan kelengkapan anak-anak minggu lepas. Bukan apa, takut bajet terbabas bercuti balik kampung nanti..
mmg penting kita ken atahu tentang kesihatan anak kita…sebab kasut yang erbaik utk dia akan memberi keselesaan sepanjang hari
baru Mat Drat tahu Sunfeet ni pun ada keluarkan kasut sekolah. Kasut Sunfeet ni mmg bagus, bukan je selesa tapi juga beri kelegaan kpd kaki kita
Cepatnya promosi sekarang untuk back to school memang laju jer cuti sekolah baru jer mula heheheh tapi bagu buat persiapan awal ni tak kelamkabut dan juga dapat racang segala perbelanjaan bagus-bagus ada kasut yang sihat dan baik untuk kaki kanak-kanak… Merekan kan lasak dan juga pakai kasut sampai seharian…
Baru tahu ada jenama sunfeet ni. Nak gi tengok website dia la. Ada ke area perak ni. Boleh gi survey barang sekolah kat sana
Menarik sekali… Buat yang ada bajet why not beli kannn? Untuk kesihatan dan keselesaan. Tapi macam kita ni, belum mampu nak beli lagi, mampu tengok jer laaaa.. Huhuuu
tak penah tau pun pasal analisis kaki untuk kasut tu. memang menarik sangat ^_^