Pasar Chow Kit, KL
Hmmm saya pergi pasar Chow Kit, KL pagi semalam. Sambil menaip ni sambil teringatkan kuih keria, kuih denderam, cucur udang, buah mata kucing, buah itu buah ini, bau ikan dengan sotong pun masih boleh terbayang hahaha. Ntah kenapa tetiba boleh ke sana pulak, ini semua adik saya punya pasal, hahaha duk cerita pasal kuih denderam yang sedap, kita pun terliur sama.

Tq husband sebab snap kan photo, sib bek cantik walau gambar dari belakang haahaha. Plastik tu baru permulaan, bila habis round pasar, penuh kiri kanan tak terbawak huhu.
Uishhh lamanya tak ke Pasar Chow Kit ni. Entah bila kali terakhir datang sini, yang tu pun sebab cari barang-barang berpantang sebab kat sini memang banyak jual herba-herba macam tu. Rasanya mau bertahun jugak tak ke sini.

ish berkenan kat kek tu tapi tengok jela

Menjeling menjeling kat buah-buahan ni, sedapnya lah haii, survey dulu
Memang berbeza sangat pasar Chow Kit berbanding dulu. Sekarang ni dah tersusun dan strategiklah kedudukan barang jualan diorang. Saya mula berjalan dari tempat jual kuih, ke buah-buahan membawak ke tempat lauk basah.
Kuih denderam idaman hati
Beli kuih keria RM6, kuih denderam RM5, cucur udang RM2 seketol, bubur lambuk RM3 untuk anak-anak kecil. Kih denderam ni rangup dan manis-manis buah, hmmm ini memang kuih kegilaan saya dan family. Kalau korang nak cari kuih ni, yang jual tu pakcik dan makcik melayu. Dia jual denderam dan jugak cucur udang.

Kiri kanan penuh buah, sampai tak tahu nak beli yang mana, juling mata kita
Harga buah yang berbeza-beza
Buah tu memacam buah yang ada, seronok tengoknya dah macam syurga buah-buahan. Tapi biasalah kene berjalan sambil survey harga. Sebab masa masuk tadi diorang jual buah duku langsat sekilo RM5, tapi masuk ke dalam sikit boleh dapat 2kilo RM7, what??
Buah mata kucing pulak RM7 seikat, tapi survey dalam lagi boleh dapat lagi murah. Buah anggur hitam takde biji diorang jual RM7 sebekas, berbanding pasal malam RM10 ke RM12 sebekas.

Pisang bergayutan sangat mengiurkan

Gubahan orked yang sangat cantik, tapi maaf takleh nak beli kamu lagi ya

Serius cantik wehhh
Beza kan harga dia, tapi saiz buah adalah sama. So memang kene jalan survey sikit ya untuk dapatkan harga berbaloi. Sambil berjalan sambil mata melilau tengok bunga orked.
Wahhh ini memang dah lama saya idam-idamkan Mak Jemah!!! Tapi takdelah pergi tengok harga sebab bunga ni takde dalam list barang yang saya nak beli. So mintak maaf saya tak tau harganya, dikhuatiri lepas tau harga saya pun TERBELI kakakaka.

Hmmm niat nak beli yang ni je, udah memacam pulak dapatnya hahaha
Lepas tu sambung beli buah lagi, lemon RM1 sebiji, buah lai RM10 untuk 8 biji. Lepas tu beli bawang merah RM5 sebungkus. Hmmm settle dah. Niat nak beli kuih je tapi dah melalut ke barang lain jugak.
Malas pulak nak beli barang lauk basah, sebab lepas tu nak menyinggah ke tempat lain pulak. Nanti busuk pulak kan, so lalu jela kat bahagian lauk tu, sambil lekatkan bau ikan kat baju hahaha.
lama juga tak pi. buah dia macam2 kan? nampak segar2 pulak tu
Memang best kalau pergi chow kit sebab murah. Tapi kena pandai survey ☺
Macam menarik je pulak pasar chow kit ni eh. Kenapa la tak pernah sampai lagi. Haha
Dah banyak tahun pasar Chow Kit itu wujud di tempat ini. Suasana macam semakin hebat dimana ramai yang suka pergi berjalan-jalan di sana.
rambang mata lah kita mak-mak kalau pergi chowkit ni
Hmm…part kuih-muih dengan buah tu pun dah tak cukup tangan kalau saya pergi. Haha.
syok sangat kalau pi ke pasar pekan hari macam ni. jari jemari mesti semuanya penuh bawa barang. haha
meriahnya. Tak pernah lagi sampai ke pasar chow kit ni.
dulu pernah tinggal kat flat wisma hock ann sebelah pasar chowkit. kenangan betul tinggal tingkat 12 tapi takde lif. nak pergi pasar ini kalau jalan kaki 2 minit dah sampai. kenangan betul. kawan saya ada jual sate padang kat depan flat itu. dia buka petang sampai malam. cubalah kalau ada masa, sedap tau sate dia. hehe.