Beli kelengkapan sekolah
Assalamualaikum. Hmm saya dah beli kelengkapan sekolah anak-anak, Alhamdulillah beli awal-awal ni senang. Banyak size yang masih ada dan tidaklah terkejar-kejar kalau membeli saat akhir nanti. Itulah saya, sukakan semua benda dibuat secara awal dan tak suka last minute.
Dan bila sudah terbiasa dengan segala benda nak cepat, kalau lambat tu rasa macam biskut lemau aje. Kedai pilihan saya tahun ini adalah Pusat Pakaian Hari-Hari. Jika tahun lepas saya membeli barangan sekolah di Kedai Uniform Galeri, tetapi tidak tahun ini. Sebab apa? sebab rata-rata yang beritahu pakaian sekolah sudah naik harga.
Kalau dulu sehelai baju kurung lengkap purata dalam RM50 sehelai, sekarang tidak lagi. Harga sudah naik dalam 10% ke 20%. Kalau anak seorang mungkin tak terasa, tapi kalau anak-anak yang bersekolah tu dalam 3/4 orang atau lebih? Mahu terasa juga duit yang keluar untuk perbelanjaan sekolah mereka ni.
Material kain dia best
Kualiti kain sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari tidak kurang juga hebatnya. Dan kata salesgirl tu, kualitinya sama seperti jenama Canggih. Dan bila saya rasa sendiri kain tu, YES not bad.
Tak terlalu nipis dan tak terlalu tebal. Just Nice. Jahitan juga sangat puashati. Tahun lepas anak-anak saya gunakan jenama Canggih. Taklah canggih mana, kalau kotor tetap perlu sental dengan gigihnya juga kan.
Kata orang alah beli menang memakai. kebetulan anak-anak saya ni dapat kupon baucer less 10% dari PIBG sekolah mereka, jadi itu yang membuatkan saya segera membeli kelengkapan sekolah diorang ni. 10% tu banyak tau. Kita pun bukan beli sehelai dua kan, sekolah kebangsaan mau 2 pasang seorang, sekolah agama lagi, kasut sekolah juga.
Harga baju sekolah Jony & Jeny
Jenama pakaian sekolah yang dijual di sini ialah Jony and Jeny, entahlah saya tak kenal pun siapa mereka berdua ni kekeke, tapi yang penting ianya berkualiti. Dan jenama ni dah lama pun kat pasaran kan. Emmm sepasang baju sekolah adalah berharga RM35.90 untuk saiz 34.
Wah anak-anak saya ni pakai size 34 katanya ;). Besar panjang dah anak-anak ibu. Yang paling tak menahan Najiha yang Darjah 2 tahun depan sama size baju dengan kakaknya yang Darjah 4. Kwang-kwang-kwang hehehe.
Harga adalah berbeza mengikut size ye kengkawan. Dan jika anda membeli baju sahaja tanpa kain, harganya ialah RM17.90. Tapi kalau harga kain sahaja? Alah tak pulak saya survey harganya, dan adalah lebih jimat jika anda membeli sepasang sekaligus, kerana pembelian berasingan lebih mahal sedikit harganya.
Kasut pun murah harganya
Harga kasut sekolah
Kasut putih saya belikan 2 pasang untuk setiap seorang dengan harga RM22.90 sepasang dan surprisingly saiz diorang ni dah 36 dan sama panjang kaki adik dan kakak. Emppphhh nak lawan si kakak nampaknya ni si adik ni hehehe. Alhamdulillah diorang tak banyak ragam dalam memilih kasut, sebab kalau kat opis, ada member tu beritahu yang anaknya nak kasut tapak warna merah.
Heheheh macam-macam peel ye bebudak ni, takpelah janji diorang nak ke sekolah sudahlah. Kalau bebudak ni banyak songeh sangat, saya kata, takpelah sekarang ni ikut pilihan ibu abah, nanti kalau korang dag besar dan kerja dan ada duit sendiri, belilah macamana pattern yang korang nak pun takpe.
Beg sekolah saya tak beli sebab beg sekolah diorang yang dulu tu masih elok lagi. Alhamdulillah siap sudah persiapan persekolahan mereka, bab buku sekolah pun suami saya dah selesaikan. Kelas pun dah tahu, tinggal nak masuk ke kelas baru sahaja ;). Bagaimana pula persiapan anak-anak anda ya?
DAPATKAN TUDUNG SEKOLAH AWNING LEMBUT, MUDAH DIBASUH DAN SELESA DIPAKAI
Assalamuallaikum kak.. Kalu sy dapat 5keping baucer 10% sy boleh guna atas 1resit x
dia akan ambil kira 1 keping baucer je dik,sekarang ada promo,kalau bayar guna kad debit/credit card CIMB dapat diskaun 15%. Tapi kad dan baucer tak boleh diguna bersama, pilih salah satu je