Bengkak kelenjar di leher Dzar dengan benjolan kecil.
Benjolan atau kelenjar bengkak di leher ni adalah sesuatu yang baru yang dialami oleh anak-anak saya ni. Makin ramai anak, makin banyak yang saya pelajari setiap hari. Kalau dulu demam, selsema dan batuk adalah perkara biasa.
Jangkitan rotavirus
Tapi tahun ini memang satu pengalaman yang baru dalam sejarah hidup kami. Mana taknya anak ketiga dan keempat saya diserang rotavirus dan menyebabkan kami terpaksa berkampung di hospital selama seminggu. Korang boleh baca lebih lanjut di entri berkenaan ini.
Kelenjar bengkak di leher
Kali ini anak ke empat lagi di uji dengan kelenjar di lehernya membengkak atau ada benjolan kecil. Biasalah ibu-ibu ni memang lumrah matanya tu tajam dan suka memerhati semua anak-anaknya. Contohnya kalau anak kene gigit nyamuk, saya yang akan tolong garu dan sapu minyak.
Kalau anak ada kutu saya yang suka letak syampu dan sikatkan. Kuku anak, saya cukup suka belek, siapa kuku panjang saya potongkan tapi kalau hok yang dah besar tu tak potong kuku saya BEBELKAN!! Hahaha dah besar pun nak ibu potongkan? Hmm memang kene ceramah free le korang.
So bila belek si Dzar saya perasan pipi belah kiri bengkak berbanding yang kanan. Kenapa pulak leher Dzar ni bengkak? Saya bila saya pegang ada benjolan kat situ.
Dan pernah lepas mandikan Dzar saya pun lap muka dia, tertonyoh kat kelenjar tu, terus Dzar kata aduh ibu takit!!
Terus melompat ibu minta maaf, aduh bab ni ibu memang takleh nak lengahkan.
Takde pengalaman macam ni
Kalau ikutkan pengalaman anak saya yang lain tak pernah kene bengkak kelenjar. so bila jadi macam ni saya memang kalut. Sebab ini adalah first time dan keduanya, orang kata kalau bengkak kelenjar jangan dibiarkan, risau kalau melarat jadi penyakit lain.
Saya apalagi terus panik la, terus call adik saya dan tanya kot-kot dia ada pengalaman. Anak dia pun ramai juga 4 orang, hahaha memang spesis keluarga suburrrr!!
Adik saya mintak teruslah pergi klinik sebab sekarang ni macam-macam penyakit. Better dapatkan nasihat doktor kan, ok saya pun teruslah ke klinik An Nisa, klinik feveret sebab doktor ada 2 orang, makanya cepat sikit turn nak jumpa doctor walau ada ramai patient menunggu di luar.
Terus refer ke klinik
Doktor bagitau ini bukannya beguk macam saya pernah kene kecik-kecik dulu, dan mak tepek nila nak bagi sejuk dan surutkan bengkak. Tapi kelenjar bengkak ni katanya berkaitan dengan jangkitan kuman yang didapati dari pemakanan kita contohnya kalau makan tak basuh tangan ke, makanan tercemar ke.
So doktor advice bagi antibiotik dalam seminggu dan kalau tak ok doktor suruh datang semula untuk ambil surat rujukan dan berjumpa doktor pakar.
Kemungkinan juga kelenjar ni berkaitan dengan leukimia, waktu doktor cakap leukimia tu terus jantung saya LAJU!! NAUZUBILLAH mintak dijauhkan. Doktor juga ada bagitau yang mana kelenjar ini adalah berfungsi sebagai penapis bakteria dan kuman bagi menghalang ia masuk ke dalam tubuh badan kita ni.
So bila kelenjar membengkak, kuman tadi tu terus tak boleh masuk dah ke dalam badan kita. Tapi yelah kalau lepas tu ia surut sendiri oklah kan, risau kalau terus membengkak je then tu yang terus jumpa doctor.
Syukur dah sihat
Dan sepanjang pemerhatian saya dari hari Sabtu (8/12/2017) , hingga ke hari ini (14/12/2017), Alhamdulillah bengkak tu dah surut, mengecil dan hilang dari pandangan. Alhamdulillah tq Allah, semoga terus sihat hendaknya semua anak-anak ibu.
Tapi walau bengkak pun kelenjar tu, Dzar selera makan, aktif terkinja-kinja dan sangat petah nak bercakap. Teruskan aktifmu sayang, ibu abah gembira dengan keaktifan mu walau riuh satu rumah kikikiki.
alhamdulillah dh surut…
Anak lain lain
Minat dan ujian pun berbeza
Kita jadi ibu bapa ni sentiasa di uji
Alhamdulillah… tumpang gembira mengengar perkembangan anak puan Aju yang semakin pulih…
aduhhhh risau kalau anak² ni sakit kan…
Alhamdulillah, sihat dah Dzar. Baru nampak happy.
Alhamdulillah, risau sangat kalau anak sakit kan, Aju?
Paling risau kalau anak anak jatuhsakit dan tak sihat
tak tidur malam kira
Pernah kena juga masa kecil-kecil dulu, dua-dua belah kena seksa haha
alhamdulillah dah ok, risau sbb sekarang macam2 penyakit
Maznee doakan anak aju sihat sihat ya
sebab sekarang ni cuti sekolah
musim hujan pulak tu
Risau betul kalau ada something wrong somewhere dekat anak ni. Alhamdulillah… Dah surut.
memang kena ambil tahu gak nih.
tapi memang biasanya, bini yang tahu dulu.
haha..
Syukur alhamdulillah dah surut. Terbaik sebab cepat detect 🙂