Biarpun sesi persekolahan akan bermula dalam masa sebulan lagi, tapi persiapannya saya cuba untuk settle kan seawal mungkin. Maklumlah kandungan ku ini sudah mencapai 29 minggu, nak berjalan jauh pun tak larat, mild contraction pun sudah terasa. Nak juga survey harga kasut sekolah jenama Bfirst.
Hmmm mengah berjalan rasanya tapi nasib baik dalam shopping complex, ibu gagahkan juga mencuci mata sekali sekala hahaha. Orang kata banyak berjalan mudah nak bersalin kan.
Mohle ke BATA
Anak-anak saya akan bersekolah di darjah 1, 4 dan 6 di tahun 2017 dan mujurlah tak banyak songeh, ibu kata A diorang follow A, walau ada design yang kekadang diorang tak berkenan, tapi bila saya ajak masuk kedai BATA, sebolehnya saya ikut design yang diorang suka.
Kak long suka design yang ada 3 tali zap on tu, Najiha dan Adam tak kisah, janji muat aje. Alhamdulillah tak susah kerja kita membeli kasut sekolah korang, masuk satu kedai je, tak perlu singgah kedai lain pulak.
Saya ada terbaca kat FB kasut sekolah jenama Yonex yang mana potongannya sehingga 70%, saya ada juga singgah di AEON Melaka, tapi sayang yang tinggal hanya size kecil-kecil molek aje, alahai bukan rezeki kami ;). Takpelah kita cari jenama lain ya.
Tips beli kasut sekolah
Ini antara tips saya memilih kasut sekolah ya, tapi terpulang kepada anda bagaimana anda menentukan pemilihan mengikut citarasa memasing.
- Pilih design yang banyak material plastik PVC berbanding kain, bukan apa cepat kering dijemur selepas basuh ;).
- Saiz yang dibeli sesikit besar dari saiz kaki anak, maybe 1/2 inci sebab kaki diorang ni cepat panjang, lagipun pakai stokin kan, jadi selesalah tu.
- Pilih design yang selesa dan mudah diorang nak sarung, contohnya budak sekolah rendah tak perlu pakai yang bertali, bukan apa kalau dah tercabut ya ampunn!!! jenuh nak suruh ikat semula hahaha. Kalau pandai ikat takpela, yang tak pandai tu ha satu hal pulak tersadung terpijak tali kasut.
- Pilih harga mampu milik dan berpatutan.
Harga kasut sekolah jenama Bfirst dan North Star
Jenama BFirst dan North Star ni memang ada dijual di kedai BATA dan shopping complex. Macam ni lah lebih kurang design yang anak saya nakkan tu. Harganya dari RM32.99 sehinggalah ke RM39.99 sepasang. Saiz 1 untuk Adam, saiz 5 untuk Najiha dan Alia pula pakai size 4 dan 5.
Uishh cemburu bila kak long dapat 2 pasang kasut, saya kata takpa korang beli sepasang dulu kemudian nanti baru tambah lagi ya. Biasanya kalau ikut pengalaman, kasut tu kalau pakai dengan cermat boleh tahan setahun.
JOM DAPATKAN TUDUNG SEKOLAH AWNING LEMBUT ISTIMEWA. KLIK BANNER DI BAWAH:-
Ok dah settle bab kasut, beg sekolah pula si Alia dan Najiha masih guna beg jenama SWAN yang saya beli 2 tahun lepas berharga RM99 setiap satu.
Walaupun mahal tapi ternyata kualitinya sangat tahan dan masih digunakan untuk tahun ke 3. Adam pula saya belikan beg ni untuknya. Moga anak-anak ibu abah belajar rerajin dan jadi orang berguna dunia akhirat.
dah ready awal² ni senang…harga pun not bad la…
dlu bli b-first dlm 20++ je ..byk juga dh naik
Bagus dah beli awal2, tak lah kelam kabut nanti bila dah dekat buka sekolah..harga pun taklah mahal sgt..
Saya dok tunggu kilang pallas buat sale je ni. Apapun, kasut sekolah masih banyak dalam stok. 🙂
Kalau ada sale pallas, rega kasut dari Rm5 – RM10 je .. nak elok skit dalam RM15.. beza dgn harga kat kedai
yg jatuh pada rm30++
Anak2 saya pun beli kasut bfirst tu lah jugak, walopun kedai yang jual kasut tu kata…Puan kalo nak kasut yang lebih kualiti dan tahan lama blh beli kasut kat kedai BATA, kasut ni kalo anak lasak sat jer dah rosak. Tapi oklah setahun baru rosak kan…tahun depan tak muat dah, memang patut beli baru.