10 tahun berkhidmat, terima anugerah perkhidmatan | Mood nak menulis sekarang ni kena carilah, umpama dah ke angkasa lepas terbang bebas π. Setiap hari fikir nak update blog, masa pulak mencemburui aduhh!! So demi tak menghampakan korang, saya tulis okay?? hihi ada ke yang nak baca blog ni π .
Ok last 2 weeks punya cerita, harap korang tak jemu membaca haha!!. Betapa malasnya Aju, isokey malas bab menulis blog. Tapi I tak malas kerja okay, tapi kekadang tu ada jugakla kakaka!!!

TQ our beloved Chairman, CEO and HOD.
Merasa anugerah perkhidmatan
Alhamdulillah tahun ni dapat jugalah naik pentas ambil anugerah perkhidmatan selepas 10 tahun berkhidmat. Memang hari tu dalam sejarah hidup saya. Tak sangka saya setia dengan majikan ni ππ setelah berkerja untuk beberapa majikan.
Sedar tak sedar dah 10 tahun kan?. Tapi yang sebenarnya dah 11 tahun sebab diorang kira tu dari tarikh i confirm jawatan. Ha nampak kontrak setahun lamanya. Kalau kerja kita bagus barulah bos puashati nak bagi confirmation.
Kita memang nak kene tunjuk kita ni ikhlas bekerja, bukan nak tunjuk bagus sesaja gitu. Kalau acah-acah nak tunjuk bagus tu memang ramai, dan tak kurang jugak kaki kipas. Tapi sorrylah saya bab kipas, mulut manis ni tak pandai. Buat kerja itu saya taulah ;).

Me and my ting tong friends.

Semuanya cantik manis ceria
Kita adalah kita
Saya memang respek tengok orang yang pandai berborak dengan bos ni. Sebab saya ni memang pendiam sikit. Kalau nak bergurau tu pun dengan member bolehla, tapi dengan bos saya serius π . Sampai berdoa janganlah bertembung bos dalam lif, memang diam kaku macam tiang bendera nanti hahaha.
Tapi itu semua pengalaman, kalau kita dah bekerja lama Insha Allah semakin hari level komunikasi lebih baik. Dari tak reti nak berborak, dah bolehla nak menyembang. Yang penting niat nak upgrade diri tu ada. Jangan limitkan kemampuan diri.
Memang saya bersyukur betul ada kerja ni. Kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang susah nak dapat kerja. Dan sebenarnya sebelum tu saya bekerja di company pinjaman wang berlesen atau AH LONG. Masa interview saya dijanjikan jawatan account executive kat Golf Company. Tapi masa lapor diri, dah ada orang lain pula yang dapat job tu.
Tapi saya tak pernah putus asa untuk apply kerja kat tempat lain. Setiap hari berdoa moga saya dapat kerja yang lebih baik dan halalan toiyiban. Dan setelah 2 bulan Allah makbulkan doa saya. Syukur Alhamdulillah.
Bos garang tapi sayang
Selepas tu saya memang kerja sehabis baik. Tekunlah bak kata orang tu hahaha. Mana tak tekun, sebab bos I pun garang hahaha. Tapi kami hormat giler dia. Sayang kat bos tu.
Sememangnya bila kita dapat tugasan dan kerja, laksanakan dengan jujur, amanah dan bersungguh. Kita bekerja dibayar ok. So memanglah kene ikut arahan dan janganlah nak melawan je kerjanya. Kalau tak boleh ikut arahan senang je jawab dia. Ko nampak pintu besar tu? So sila KELUAR, π.

Good times and Crazy friends make the best memories.

My best friend merangkap owner Nimblebee Kindergarten π
Waktu bekerja memang kene hadkan waktu untuk bersosial media. Janganlah waktu kerja pun duk tengok handphone. Main game pulak tengah kerja. Memang tak patut dan tak seharusnya macam tu.
Kalau fikir kerja dah siap, carilah kerja apa lagi kita nak buat. Dan ikut pengalaman saya, kerja memang takkan pernah habis. So maksudnya kerja memang sentiasa ada, makanya gunakan kebijaksanaan untuk laksanakannya.
Jangan pulak fikir buat kerja nak dapatkan pujian bos dan orang sekeliling. Korang tau jela manusia ni banyak sangat fikir lepas tu suka judge orang. Buat kerja lebih kata nak kipas bos, lepas tu kata orang poyo.

Kejayaan anda, aspirasi kami.
Sudahlah, jangan fikir banyak. Fikir buat kerja kerana Allah Taala. Allah je yang tahu niat dan keikhlasan kita. Orang lain nak cakap apa, silakan. Janji kita happy dan balik rumah nak bawa rezeki yang halal untuk keluarga, nak balas jasa mak dan adik beradik. Lagi berkat rezeki ye dak!!
Rezeki tu akan jadi darah daging kita dan keluarga kan. Makanya memang kena jaga adab dan kerja sebab rezeki yang kita bagi pada anak-anak akan mencerminkan bagaimana keikhlasan kita dalam bekerja.
Panjangnya syarahan hari ni hahaha. Semoga kita semua terus maju jaya dan bekerja seikhlasnya kerana Allah Taala. Alhamdulillah TQ Allah atas rezekiΒ 10 tahun berkhidmat.
sama la kita. this year 10 thn as penjawat awam π
tahniah dh 10 tahun berkhidmat…kita dh lebih 10thn tkde naik2 stage hehe
setuju sangat, kerja dengan niat kepada Allah Taala. inshaAllah pasti diberkati hendaknya. aamiin
Wah, tahniah! Semoga terus cemerlang dan istiqomah dalam menjalankan tugas & tanggungjawab sebagai seorang pekerja & pada yg sama sebagai tauke kepada blog ni π
Tahniah jun
Janji happy dan dapat balik bagi rezeki utk family tu sangat setuju! Tahniah dan semoga terus sukses!
Alhamdulillah tahniah kak sebab dapat anugerah khidmat cemerlang
Allahu, setuju dengan akak. Kita takkan boleh nak puaskan hati semua orang. Yang penting kita tau apa yang kita buat, untuk apa kita buat, sebab apa kita buat.
Kalau nak dengar cakap orang ni sampai bila-bila pun takkan habis. Semoga life kita setiap hari dipermudahkan. Amin ya rabb.