Umum Cara pilih shade foundation sesuai dengan tona kulit January 28, 2020

Spread the love

Dulu saya ada share dengan korang yang saya selalu guna sekarang ni. Korang boleh baca di link ni. Dan saya masih setia dengan produk Alha Alfa. Sekarang dah beli serum dan moisturiser Alha Alfa jugak. Wangi dan best jek bila dah apply kat muka.

Jom main make up2 dengan foundation baru 😉

Then dalam pada hari-hari duk scroll IG, ternampak ada personal shopper ni share ColourPop Cosmetics sales. Ni sales Bulan Disember 2019 ya hihi. Akak bukan boleh tengok foundation ni, geram je nak cuba.

Niat nak beli tu bukan sebab apa. Satu sebab harga. Kedua packaging dia. Ketiga sebab warna packaging tu menawan hati. So kepada penjual produk kosmetik, kalau korang pegang prinsip di atas ni, sure sale meletop!! Yes, tapi yang penting testimoni jugakla kan. Sebab kalau produk tak berkesan dan tak best, susah juga nak jual walau packaging cantik meletop.

Ada 24 shade kesemuanya, haruslah rambang mata tak tahu nak pilih shade yang sesuai dengan kulit muka.
suka tengok kan??

Tapi satu je masalah kalau nak beli foundation baru dan tak pernah kita cuba. Masalah dia adalah nak cari shade yang sesuai dengan warna kulit kita. Itu memang masalah terbesar. Nak tanya seller, diorang pun bukan tahu warna dan jenis kulit kita. Pening juga nak match dengan warna kulit ni. Sebab tengokla dek non shade yang diorang ada ni. Bukan 2, bukan 3 tapi ada 24 kesemuanya.

So salah satu penyelesaiannya ialah korang boleh try check kat website ni. Nama website tu ialah findation.com. Yang ni pun seller tu yang suggest. So saya pun klik website di atas, korang tak perlu register pun. Just masukkan jenama foundation yang korang pakai berserta dengan shade nya.

Kalau nak lebih accurate, masukkan 2 jenis jenama atau lebih. Then masukkan pula jenama kosmetik dan jenis produk yang korang nak beli. Then tara!!! dah dapat jawapannya. Mudah kan 😉.

Masukkan shade dan jenama foundation yang anda guna sekarang. letaklah 2 jenama dan lebih barulah senang dia nak agak-agak shade yang sesuai
Taraa inilah shade yang sesuai dengan kulit muka hakak, akak suka sebab dah menjawab persoalan akak

Jadi bagi korang yang nak beli dan nak tambah foundation, silakan guna tips ini kalau kata tak tahu shade apa nak dipilih. Bagi yang dah tahu shade korang tu takde masalahlah. Yang menjadi masalah bila laki korang bising-bising pasaipa duk beli, padahal foundation lama ada lagi dan lagi.

Hahaha sekian tips dari Cik Jemah, bincanglah elok-elok dengan suami, ok kot tu hahaha. Berbelanja berhemah, rumahtangga semakin indah. Byeee uolsss


Spread the love

Tags :

Leave a comment

Leave a Reply

CommentLuv badge