Nak tanya, ada tak korang kat sini yang sedang mencari jubah, blouse atau palazzo untuk dipakai ke pejabat, kenduri ataupun majlis rasmi. Biasalah orang perempuan dengan pakaian ibarat aur dengan tebing, walau pakaian dan tudung dah penuh satu almari pun, tetap kata takde baju nak pakai, owh pening, apakah nasib ;).
Jangan pening-pening, sebab nak bagitau yang saya ada jumpa satu butik ni yang menjual pakaian dengan rekaan terkini dan warna yang memukau mata memandang. Walau begitu ianya tetap menitikberatkan aspek sopan dan memenuhi tuntutan syariat. Memang sesuai sangat untuk mereka yang sukakan pakaian yang ringkas dengan konsep minimalis. Kalau dapat beli baju baru setiap bulan memang best!! Bukan apa, untuk mereka yang bekerja tu kira penghargaan buat diri sendiri setelah penat bekerja, untuk suami pula jangan lupa hadiahkan baju untuk isteri memasing. Ibaratnya kalau ada baju baru ni lagi bersemangat nak bekerja lagi kan ;).
Ok, butik yang dimaksudkan ialah Butik NorieSignature. Untuk pengetahuan anda, Norie Signature menawarkan pelbagai pilihan busana muslimah yang cantik, anggun dan sopan bermula dari saiz S hingga XL. Koleksi mereka terdiri daripada blouse muslimah, tunik, jubah muslimah, tshirt muslimah, skirt labuh dan lain-lain. Mereka juga membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dan juga luar negara seperti Singapura, Brunei, Australia dan lain-lain.
Memang menjadi trend sekarang yang mana material pakaian adalah menggunakan jenis kain yang selesa, ironless dan tidak panas. Malahan zip baju yang ada juga mudah digunakan untuk ibu-ibu breastfeed dan juga mudah untuk mengambil wudhu’. Biasalah ibu ibu bekerja nak cepat dan pantas kan, dan pada masa yang sama nak kelihatan cantik bergaya.
NorieSignature juga mengutamakan kepuasan pelanggan. Jika produk yang di order rosak atau tersalah size, anda juga boleh memulangkannya mengikut polisi mereka. Prinsip mereka, 100% 7 hari pemulangan untuk penghantaran mudah. Selain itu mereka juga menyediakan perhubungan 24jam. Hubungi mereka pada bila-bila masa menggunakan borang online. Setelah anda menghantar petanyaan, mereka akan memastikan untuk menghubungi anda pada masa yang paling singkat. Wow best kan?? Khidmat pelanggan adalah sangat penting bagi memastikan kelancaran proses penghantaran adalah pantas dan penerimaan produk pelanggan dengan maklumat tacking penghantaran ;).
NorieSignature juga baru melancarkan produk terbaru mereka iaitu blouse Helena dan jubah wardah. Didatangkan dengan beberapa pilihan warna yang segar, ceria dan anggun dipandang. Harganya sangat berpatutan dan setanding dengan kualitinya. Maklumat size dan ukuran juga disertakan bagi memudahkan anda memilih size pilihan anda. Saya memang suka sangat blouse labuh macam ni, boleh dipakai dengan palazzo, skirt ataupun jeans. Ayu sangat ;).
Pembelian pula boleh dilakukan terus ke butik mereka ataupun melalui website, facebook, IG mahupun whatsapp. Banyak pilihan bagi memudahkan anda untuk membuat pembelian. Apa tunggu lagi? Dapatkannya sekarang sebelum kehabisan stok.
Butik : 63B, Tingkat 2, Jalan Besar KU/8, Meru, Klang, Selangor.
website : http://www.noriesignature.my/
Facebook : https://m.facebook.com/noriesignature/
Instagram : https://www.instagram.com/noriesignature/
Whatsapp : 012-3457840 / 019-271 4626 (ORDER)
Emel : noriesignature@gmail.com
Selamat menyoping ya ;).
nasib baik la bini tak baca blog ni.
kalau tak..pening kepala gua.
haha..
Cantiknya design dan kaler blouse serta jubah tu, minat yang kaler pastel
palazo cantik, jubah cantik, blouse menarik …ahh payah nak pilih!