Parenting Pengalaman pertama Dzar bersekolah tadika January 16, 2020

Spread the love

“Ibu, Dzar tak nak pergi sekolah”…

“Kenapa tak nak sekolah?”, tanya saya.

“Dzar tak nak duduk dalam kelas”,

“Abis tu Dzar nak duduk mana?”,

“Dzar nak duduk rumah!!!”. Hadoillaahhhh anak!!!!

Dah 2 minggu pun persekolahan berjalan kan. Dan selama itu jugalah saya mendengar teriakan dan tangisan Dzar yang 5 tahun tu. Itu jelah ayatnya yang Dzar duk ulang-ulang setiap kali celik mata. Kesian kat dia, memang kalau ikutkan hati ni, saya rasa nak berhenti kerja je. Hantar anak sekolah dan ambil dia balik ke rumah dan jaga sendiri, puashati!!.

Haru pertama ke sekolah, kesiannya tengok Dzar. Slowly ya sayang, memang macam ni perasaannya, ibu faham sangat

Asal celik mata je mesti Dzar nangis tak nak pergi sekolah. Ibu sehabis baik pujuk dan jaga mood Dzar pagi-pagi tu nak. Saya terangkan pada dia, Ibu Abah pergi kerja, kakak-kakak dan abang pergi sekolah, adik Ammar pergi rumah Umi. So kat rumah takde orang, nanti Dzar seorang je kat rumah. So dia faham.

Sambil saya pun tarik tangan Dzar masuk toilet. Gosokkan gigi dan mandikan, settle!!. Tapi masa nak pakai baju drama nangis bersambung lagi 😭😭. Katanya tak nak pakai baju sekolah, nak pakai baju biasa.

Kebetulan saya pulak pakai uniform kerja. So saya pujuk lagi, tengok ibu pun pakai baju kerja, so Dzar kenelah pakai baju sekolah. Barulah sama dengan kawan-kawan. So lepas tu Dzar ok, boleh terima.

Perfect sayang!! semua puji Dzar warna tak terkeluar dari garisan tu. Bangga ibu hihi
Cantiknya hasil mewarna Dzar, kat rumah memang dah ajar dia pegang pensil dan tulis nama sendiri.

Tapi bila Dzar dah pakai baju, mood dia ok je. Ok sangat-sangat!!!. Happy dan dah takde ayat tak nak pergi sekolah tu. So saya pun terfikir, ni kes menangis tak nak mandi pagi ke apa sebenarnya ni? 😂😂. Abahnya kene pasang water heater la nampak gayanya.

Hahaha, tapi takdelah cakap pun kat husband tu, saja biar semua orang biasa mandi air sejuk. Barulah segar kan. Gitteww!! Drama menangis pagi ni tak pernah pun saya alami masa membesarkan anak-anak yang tiga orang sebelum ni. Betullah orang kata lain anak, lain perangainya. So janganlah dipersoalkan 😂😂.

Yang anak-anak sebelum ni, semuanya ok je. Itu yang bila dapat pengalaman anak menangis tak nak pergi sekolah ni buat saya rasa buntu sikit. Mula-mula jela, sebab bila anak dah ramai, automatik kita dah tahu nak buat apa kalau ada kes-kes terpencil ni hahaha.

So kena pandai berdiplomasi sikitlah dengan diorang. Jangan guna kekerasan, sebab itu lagi boleh buat diorang rasa terpaksa nak pergi sekolah dan bukan seikhlas hati. Saya tak kan cakap, “Dzar kena pergi sekolah, kalau tak nanti cikgu marah!!”,.

Kalau tak tanggapan dia cikgu tu kerjanya nak marah orang je kan. Saya pujuk Dzar, kata kat sekolah ada kawan, boleh mewarna, lepas mewarna ada mengaji. Itu yang buat Dzar fikir. Bestnya sekolah :). Psikologi memang penting. Saya dah belajar ni sebab anak nombor 2 memang kene banyak main psikologi haha.

Saya ada cek juga badannya kot ada kesan merah atau lebam. Tapi korang jangan salah sangka, saya bukan berprasangka yang tak baik dengan cikgu. Tapi itu memang kewajipan kita kan cek badan anak. Nak cari punca kenapa dia asyik menangis taknak pergi sekolah. Mana tahu kene cubit ke apa ke. Tapi saya dah cek dan takde lebam, Alhamdulillah.

Dzar pun ada bagitau tak nak tidor siang kat sekolah. Nanti cikgu masuk bilik dia akan tengok bebudak tu tidor ke tidak. Dzar kata dia nak tidur kat rumah ☹️. Sedihnya saya dengar. Kalau ikut hati memang nak jaga sendiri je anak-anak ni.

Setiap kali hantar anak ke sekolah, saya akan jaga mood diorang supaya baik-baik je. Dan setiap kali nak ambil dari sekolah, saya akan tekan minyak supaya cepat sampai nak ambil anak. Syukur hari ni, 16/1/2020, mood Dzar semakin baik.

Saya pernah dengar ustazah pesan. Kalau kita di tempat kerja, berjauhan dengan tersayang dan teringatkan diorang. Boleh baca surah Al Fatihah dan surah Al Insyirah, yang boleh menenangkan jiwa dan penawar hati. Insha Allah moga Allah lindungi semua kesayangan kita.


Spread the love

2 Comments

  • ejulz posted on January 16, 2020 at 2:17 pm

    semoga dzar cemerlang dalam akademik..

    Reply
  • umi nazrah posted on January 16, 2020 at 5:59 pm

    alhamdulillah tersenyum manis. semoga dipermudahkan urusan dzar dalam menuntut ilmu. aamiin ^_^
    umi nazrah recently posted..Doa Minta Elak dan Dijauhkan Segala Penyakit Wabak InfluenzaMy Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge