Umum Proses beli tanah untuk buat rumah di Selangor. Wajib buat di usia muda. February 2, 2020

Spread the love

Cara beli tanah di Selangor untuk bina rumah

Pada yang berkira-kira nak beli tanah untuk bina rumah di usia muda ni memang keputusan tu sangat bijak dan berbaloi. Pada saya pelaburan hartanah ni sesuatu yang sangat menguntungkan jika kita tahu caranya. Pada usia muda dan punya kerjaya, fokus anda semestinya adalah untuk jangka panjang dan memiliki rumah mengikut citarasa sendiri.

Angan-angan saya sejak dulu, rumah idaman saya tu mestilah rumah setingkat sebab bila dah berumur nanti sure tak larat nak panjat tangga. Ada 4 bilik tidur, 2 bilik air, dapur yang luas, ruang tamu dan ruang solat sekeluarga. Wah memang idaman betul kan? Tapi yang pasti, kita memang kena tahu prosedur beli tanah untuk bina rumah idaman.

Jika ikutkan saya sukakan kawasan persekitaran di Shah Alam. Banyak kemudahan sedia dan yang akan dibangunkan contohnya MRT, lebuhraya dan juga komunitinya yang mendamaikan 😊. Ok jom saya ceritakan cara untuk membeli tanah dan membina rumah di Selangor.

Panduan membeli tanah di Selangor

  • Lebih baik jika kita membeli tanah dengan geran individu dan tanah tersebut berstatus tanah kediaman. Ataupun sekiranya anda membeli tanah tersebut bersama-sama pasangan suami isteri, nama anda berdua akan dipindah milik di dalam geran tersebut. Seterusnya, pembiayaan membina rumah dari bank ataupun LPPSA akan memerlukan nama anda berdua berada di dalam kontrak pembiayaan rumah untuk melindungi kepentingan bersama. 
  • Selain itu, pastikan juga pembelian tanah tersebut dengan geran individu yang berasingan. Bukan geran individu dibawah “master title”. Ini kerana pembiayaan bank tidak boleh diperolehi untuk geran individu di bawah master title.
  • Jika diberi pilihan, lebih baik kita memilih tanah jenis freehold. Memang benar harganya lebih mahal berbanding tanah pajakan, tetapi harga tanah tersebut akan meningkat naik dengan masa dan kita mempunyai hak milik kekal untuk diturunkan kepada waris kita.
  • Pastikan tanah yang kita ingin membeli mempunyai infra yang lengkap. Semasa kita melawat tanah tersebut, periksa kedudukan longkang, jalan raya, tiang elektrik & paip air terdekat.
  • Elakkan membeli tanah di dalam zon industri kerana selain pembinaan rumah tidak dibenarkan, ia juga hampir dengan kawasan kilang yang semestinya sesak trafik kawasan tersebut dengan kenderaan berat dan juga pencemaran. Persekitaran yang pastinya tidak sesuai untuk keluarga kita.
  • Penting jika kita mengupah peguam untuk menyediakan dokumen perundangan. Peguam tersebut akan melaksanakan semakan tanah sama ada menurut undang undang dan syarat syarat yang ditetapkan sebelum pembelian dijalankan. Semua dokumen ini boleh menjadi bukti jika apa yang dirancangkan menjadi sebaliknya.
  • Selepas persetujuan dicapai oleh kedua-dua pihak dan proses jual beli tanah telah dimuktamadkan, salinan IC anda dan penjual tanah diperlukan berserta bayaran duti setem. Status anda sebagai tuan baru hak milik tanah perlu dikemaskini di Pejabat Pendaftaran Tanah Malaysia.

Bagus melabur  hartanah semasa muda, boleh jadikan Homestay tinggal sendiri

Selain membina rumah untuk didiami, kita juga boleh menjana pendapatan sampingan darinya. Idea menjadikan rumah tersebut sebagai Homestay juga tidak kurang hebatnya. Saya boleh membayangkan prospek penyewa yang datang untuk menginap sekiranya ada event, kenduri dan untuk percutian keluarga. Zaman sekarang pelbagai medium pengiklanan yang boleh digunakan untuk mengiklankan penginapan homestay ini.

Saya pernah ternampak homestay mymomhouz yang terletak di Jasin, Melaka. Villa 4 bilik direka dengan rekabentuk senibina kolonial. Homestay ini dibina lengkap dengan dekorasi interior yang sangat menarik. Ia boleh memuatkan lebih 20 orang dalam satu masa. Selain kemudahan yang lengkap dengan BBQ dan kolam renang, di sini juga terdapat gelanggang bola keranjang dan badminton untuk beriadah. Permainan indoor seperti carrom, chess dan kad juga disediakan.

Menarik kan? Sebab itu idea untuk menjadikan hartanah kita kepada homestay adalah idea yang bernas jika kita tahu cara untuk menjadikannya menarik dan percuma kos pengiklanan. Zaman sekarang orang suka untuk berkongsi lokasi menarik di instagram dan facebook, jadi secara tak langsung pengusaha mendapat pengiklanan percuma dari pelanggan mereka sendiri.

Saya pernah menginap bersama keluarga di salah sebuah homestay yang ada di Melaka. Ianya besar dan selesa untuk kami yang bercuti lebih kurang 14 orang waktu tu. Harganya berpatutan, berdekatan dengan bandar dan destinasi makan yang viral masa kini.

Hiasan dalaman rumah perlu menarik, minat style hotel di Melaka.

Memiliki rumah yang cantik dan besar pastinya lebih lengkap jika interior di dalamnya setanding dengan hotel bertaraf 5 bintang. Kita sendiri kalau berada jauh dari rumah, menginap di tempat yang selesa, rasanya seperti berada di rumah sendiri kan. Lebih-lebih lagi jika dekonya seperti hotel, sememangnya melihat dari gambar saja pun sudah terpikat. 

Anak-anak pula kalau sebut tentang bercuti, suka betul nak mandi kolam. Jadi saya memang terfikir kalaulah ada rezeki untuk saya membina rumah sendiri, saya pastikan ada kolam untuk mereka bercanda ria 😄. Pastikan ada tanaman pokok buah-buahan di sekitar rumah. Barulah berbaloi makan hasil tanaman sendiri bila tiba musimnya. Rumah juga mesti sesuai untuk mereka yang OKU atau berkerusi roda. Barulah tiada halangan nak bawa atuk nenek bercuti sekali sekala.

Sebut tentang deko, saya memang sukakan style hotel Double Tree di Melaka. Pemandangan dari hotel ini memang best, boleh nampak keseluruhan bandar Melaka, atau boleh pilih bilik yang menghadap ke laut untuk menikmati pemandangan matahari terbit dan terbenam dari bilik.

Idea untuk menghias rumah ni tak susah nak cari. Kita boleh ceduk dari hotel atau homestay yang sedia ada yang kena dengan citarasa. Dan pastikan anda mencari kontraktor yang berpengalaman membina rumah agar tidak tertipu dan wang anda lebur begitu sahaja. Semoga entri ini memanfaatkan dan sedikit sebanyak memberi idea untuk anda memiliki rumah sendiri mengikut rekabentuk yang diingini.


Spread the love

20 Comments

  • Sis Lin posted on February 3, 2020 at 1:25 pm

    Sis dan Suami memang impikan nak gak ada sebidang tanah dan bikin rumah sebesar-besarnya dan dilengkapi semuanya..puashati kalau buat gitu sebabnya tanah sendiri kan…

    Tapi dah tua ni, adeii malas nak menambah hutang..makanya syukur aje apa yang ada ni haa..
    Sis Lin recently posted..YANG NAK KAHWIN SUAMI ORANG, SILA BACA PESANAN LELAKI INI DAHULUMy Profile

    Reply
  • farhana jafri posted on February 3, 2020 at 5:11 pm

    sama lah, memang berangan nak beli rumah yang luas lamannya. Boleh buat menanam sayur, pokok buah atau bunga.

    Reply
  • Fadima Mooneira posted on February 3, 2020 at 7:35 pm

    Good knowledge sharing. I’ll take your note in case I nak beli rumah in área Selangor in the future. Thank you.

    Reply
  • Huda Halid posted on February 3, 2020 at 10:02 pm

    thanks sharing info ni. Huda pun ada impian nak beli tanah dan bina rumah ikut design sendiri. Maybe some day nanti murah rezeki Allah permudahkan impian

    Reply
  • Cik Puan Ena posted on February 3, 2020 at 11:27 pm

    Impikan jugak rumah dari tanah sendiri sebab puas hati nak design camne kan. Tapi bersyukur da beli rumah awal. Kalau ada rezeki mmg nak tmbah aset lgi

    Reply
  • xulhlmi posted on February 4, 2020 at 1:00 am

    harap-harap zul boleh beli rumah atas tanah juga. terima kasih kongsikan proses beli tanah ni. teringin nak ada tanah sendiri n design rumah sendiri.

    Reply
  • Hanny Abdullah posted on February 4, 2020 at 2:05 am

    Sis pun impikan rumah setingkat aje..sb dah puas dok umah bertingkat tingkat ni..memang tak larat nak turun naik n berkemas. Nanti kalau ada rezeki..bolehlah hias cecantik dgn design yg kita nak

    Reply
  • Mohamad Khairil Bin Hassan posted on February 4, 2020 at 2:12 am

    memang selalu bermimpi nak ada rumah yang cantik di atas tanah yang luas. in shaa Allah suatu hari nnti. 🙂

    Reply
  • farah posted on February 4, 2020 at 6:18 am

    thank you for sharing. Hope one day dapat beli rumah sendiri. Semoga dipermudahkan.

    Reply
  • Ayu Rafikah posted on February 4, 2020 at 6:38 am

    Suka rumah atas tanah. Macam2 kita boleh buat. Contoh besarkan dan banyak lagi kan

    Reply
  • Marina posted on February 4, 2020 at 9:36 am

    Rasanya semua berimpian nak beli tanah dan nak buat rumah di atas tanah sendiri. Seronok ada laman besar.

    Reply
  • Dik bee posted on February 4, 2020 at 10:28 am

    dah lama teringin nak ada rumah sendiri tapi kalau dapat tanah sekali kira bonus la tu kan. Takat ni dapat rumah atas bumbung orang je.. hehe

    Reply
  • budak bandung laici posted on February 4, 2020 at 10:50 am

    bila dah ada tanah sendiri, senang nak bina rumah idaman. boleh customize ikut design. baru tahu tu caranya.. BBL pun suka Double Tree Melaka tu, cantik sangat

    Reply
  • Nur Decamellia posted on February 4, 2020 at 12:22 pm

    Moga impian nur nak ada rumah di atas tanah sendiri pun Allah makbulkan. Terima kasih share info yg sgt bermanfaat & menginspirasikan
    Nur Decamellia recently posted..Resepi Spaghetti Carbonara Kegemaran Anak Menggunakan Mee Organik FawwazMy Profile

    Reply
  • Princesa3290 posted on February 4, 2020 at 12:38 pm

    Menarik perkongsian ni! Memang seronok kalau dapat beli tanah & bina rumah idaman ikut citarasa sendiri ❤

    Reply
  • nikkhazami posted on February 4, 2020 at 2:01 pm

    sekarang ni ramai beli rumah utk jadikan homestay. pelaburan bijak. sebab harga bilik hotel agak mahal utk keluarga besar
    nikkhazami recently posted..Cara Daftar Free Shipping ShopeeMy Profile

    Reply
  • mawardiyunus posted on February 6, 2020 at 1:06 am

    terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ni sis. paling tak saya dapat celikkan mata saya untuk benda penting macam ni.

    Reply
  • Qiss posted on February 6, 2020 at 9:12 am

    Bagusnya dapat beli tanah usia muda. Tapi ekonomi Qiss sekarang tak membantu. Harap dapat menyimpan untuk beli tanah dan buat rumah satu hari nanti.

    Reply
  • Alia posted on February 6, 2020 at 9:28 am

    Ok.. Dapat ilmu baru pasal pmbelian tanah n buatbrumah… Tq fir sharing this.. Yg homestay kt melaka tu buat family day best kan

    Reply
  • Syadiya posted on February 14, 2020 at 5:45 pm

    nice info!

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge