Blogging Top 5 Chinese Restaurants in Kuala Lumpur February 17, 2020

Spread the love

Di area Klang Valley memang senang nak cari chinese restaurant yang halal dan sedap. Bagi yang belum pernah mencuba dan tiba-tiba teringin nak merasa chinese food, bolehla tengok senarai restoran di bawah. Sesuai untuk anda yang ingin datang bersama client mahupun keluarga. Hari ni saya kongsikan dengan anda, antara top 5 chinese restaurants sekitar Kuala Lumpur.

Pelbagai menu menarik saya kongsikan di sini untuk anda cuba. Saya juga sertakan lokasi restoran dan waktu operasi mereka untuk rujukan anda. Jom kita tengok satu persatu ya.

#1. Homst Restaurant

homst restaurant

Restoran ini telah memulakan perniagaan sejak tahun 2002 lagi. Mereka mempunyai ramai pelanggan setia yang gemarkan variety of unique dim sum selections, contohnya BBQ Bun dan Siew Mai. Menu di sini juga cukup beraneka.

Antara menu yang wajib anda cuba di sini ialah Tew Chem Steam Fish, Kong Po Sotong, Smoked Duck with Mantau dan Crab Meat Shark Fin Soup. Emm tengok menu pun dah terliur, apatah bila dah mencubanya sendiri.

Halal Certified

#2. Muhibbah Seafood Restaurant

Restoran ni boleh memuatkan bilangan pelanggan dalam jumlah yang ramai. Menariknya mereka menyajikan menu di atas pinggan stainless steel. Antara killer menu yang wajib anda cuba di restoran Muhibbah Seafood ini ialah Butter Coconut Prawns, Baby Kailan with Salted Fish dan Ginger Scallion Beef.

Saya cadangkan anda untuk membuat tempahan awal specially sewaktu perayaan agar tidak terlepas peluang untuk menikmati hidangan bersama tersayang.

Halal Certified

#3. Dolly Dim Sum

Bagi yang sangat menggemari aneka dim sum, di sini ada pelbagai jenis dim sum untuk anda nikmati. Antara menu yang menjadi pilihan ialah Salted Egg Yolk Bun, Siew Mai dan Crystal Prawn Dumplings, dijamin sedap dan halal. Selain dari pilihan menu makanan yang utama, anda boleh juga mencuba dessert mereka iaitu snowskin durian mochi dan chilled snow melon.

Halal Ingredients Certified

#4. Restoran Mohd Chan

Jika anda benar-benar menginginkan chinese food terutamanya kantonis food, ha di sinilah tempatnya. Antara menu yang menjadi pilihan ramai ialah Dim Sum, seperti Chicken Siew Mai, Shark Fin Dim Sum dan Giant Chicken Bao. Cukup enak dikenakan bersama sosnya yang manis dan pedas. Dim Sum yang rangup di luar dan lembut di dalamnya.

Kalau nak tahu signature dishes adalah seperti Seafood Combo Pot with Spicy Lime Broth dan Crabmeat Soup with Abalone Slice. Jadi wajib cuba okay!

Halal Certified

#5. Amber Chinese Muslim Restaurant

Restoran Amber Chinese Muslim ini bukan sahaja terkenal kerana menghidangkan makanan Cina yang halal, tetapi interior restoran ini juga santai dan cantik! Sambil makan, sambil menikmati deko kedai yang cantik dan kemas. Mereka menyajikan lebih dari 30 menu menarik untuk dicuba. Antara menu yang patut anda cuba di sini ialah Beef Noodles, Roasted Chicken Wings yang seakan-akan sate dan Mapo Tofu.

Halal Ingredients Certified

Nak Makan Chinese Food? Delivery Sampai Depan Pintu Pun Ada

Selamat menjamu selera di restoran chinese food yang terkenal di sekitar Kuala Lumpur. Saya sendiri pun sudah mencuba hidangan halal ini di salah sebuah restoran di atas. Rasa dan harganya juga berpatutan dan sesuai untuk dinikmati seisi keluarga.

Makin happy bila semua menu-menu untuk restoran ni boleh di order menggunakan perkhidmatan delivery by FoodPanda. Tak payah lagi susah payah nak habiskan masa untuk terus ke restoran sebaliknya boleh duduk senang lenang di rumah sambil menikmati makanan Chinese food yang ingin dinikmati. Senang kan?

Sudahlah ada banyak  pilihan menu yang halal dan boleh dimakan tanpa was-was, ada pula servis penghantaran hingga ke depan pintu rumah. Memang mudah kan, tak perlu nak keluar rumah dan bersesak. Sekarang semuanya dihujung jari.


Spread the love

2 Comments

  • mamatisya posted on February 17, 2020 at 11:25 am

    fav menu kt chinese restaurant..tgh puasa ni tgk gmbr makanan lg la laparrrr

    Reply
  • belitung tour posted on February 24, 2020 at 3:59 pm

    sedap dan halal… nanti bisa mampir kalo sedang berkunjung ke kuala lumpur

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge