Umum Demam dan sakit badan? Apa simptom sebenar gejala Covid19? March 21, 2020

Demam dah 2 hari

Dua hari lepas saya sakit-sakit badan, memang terasa letih dan sendi-sendi semuanya lenguh. Selang 1/2 jam lepas tu terus badan panas dan memang saya terus panik risaukan virus Covid19 yang tengah merebak sekarang ni. Siapa yang tak panik? Virus yang boleh mengakibatkan kematian 😢. Bila ada simptom demam dan sakit badan, terus saya google simptom sebenar gejala virus Covid19.

Tapi itulah, bila satu negara kita ni dilanda wabak yang teruk macam ni, even ia adalah demam biasa, kita akan terus jadi panik. Kerap juga saya buat ujian pernafasan sendiri di rumah. Tarik nafas, tahan 10 saat dan lihat waktu tu kita ada batuk, atau ada rasa ketat di dada tak? Alhamdulillah pernafasan saya okay.

Bukan saya taknak ke klinik, tapi pada saya klinik tu adalah tempat yang ada pelbagai virus dan penyakit. Jadi saya hanya makan panadol dan rawat sendiri di rumah. Dan setakat hari ni saya belum lagi pernah ada berhubung dengan kawan-kawan yang baru balik dari oversea atau yang demam teruk.

Tanda dan gejala Covid19

Dalam keadaan macam ni, pengetahuan tentang tanda Vocid19 ni memang penting. Wajib untuk kita ambil tahu. Gejala-gejala Coronavirus atau COVID-19 ni selalunya tidak spesifik dan orang yang dijangkiti biasanya mengalami gejala seperti demam, batuk, keletihan, sesak nafas, cirit birit atau sakit otot.

tanda dan simptom sebenar gejala demam Covid19
tanda dan symptom demam Covid19

Saya akui saya ada simptom demam dan sakit badan, tapi tak pula susah nak bernafas. Tiada juga rasa sakit tekak dan ketat di dada. Dalam media social, banyak dikongsikan pengalaman pesakit dan doctor yang merawat pesakit Covid19. Jadi saya kongsikan juga untuk korang baca.

COVID-19: Doktor ini kongsi tiga soalan biasa untuk dijawab pesakit

Seorang doktor perubatan, Dr Nur Izyan Hanisah berkongsi di akaun Facebook tiga soalan yang akan ditanya oleh doktor apabila anda ke klinik.

Soalan pertama (A) ialah jika pesakit mempunyai mana-mana simptom seperti demam, batuk, sakit tekak atau sukar bernafas.

Kedua (B), sejarah ke luar negara; dan

ketiga (C) jika pesakit ada berhubung atau kontak dengan individu yang disyaki atau disahkan positif wabak itu.

Kata Dr Izyan, COVID -19 tidak boleh dikesan oleh doktor dalam tempoh beberapa minit pemeriksaan.

“Kalau ada A dan (B atau C), baru doktor akan masukkan dalam wad dan ambil sampel.

“Kalau ada B atau C sahaja, kami akan aturkan untuk ambil sampel tekak dan hidung di hospital tertentu tapi anda perlu kuarantin.

Bila patut pergi buat screening Covid19?

Kalau ada antara anda yang mempunyai kaitan dengan soalan di atas, baiklah buat ujian saringan untuk pastikan kesahihannya. Kalau ada symptom demam atau batuk atau selsema atau sesak nafas, dan dalam masa 14 hari pernah ke China, Taiwan, Hong Kong, Macau, Italy, Iran, japan atau program Tabligh silalah buat saringan dan pastikan pakai mask.

Jika anda duduk berdekatan dengan pesakit Covid19 dalam keadaan bilik bertutup, bersalaman dan terdedah dengan pesakit Covid19 yang ada pula batuk dan bersin. Ini memang wajib pergi jalani ujian screening untuk kepastian. Jangan degil dan pentingkan diri sendiri.

Update hari ke 3

Alhamdulillah saya dah sihat sepenuhnya. Badan dah tak panas dan sakit sendi pun dah hilang. Syukur sangat-sangat sebab bila saya tak sihat anak yang berlima ni memang huru hara dibuatnya. Kesian betul bila mak tak sihat ni kan. Memanglah kita mak-mak ni kena pastikan kita amalkan gaya hidup sihat dengan jaga pemakanan dan buat senaman ringan.

Stay at home and stay safe

Dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula dari 18 Mac 2020 se hingga 31 Mac 2020, ni silalah duduk sahaja di rumah dan jangan balik kampung, jangan berekreasi dan jangan ingkar perintah ni. Polis dah jalankan road block di semua jalan disebabkan kedegilan sesetengah pihak ni. Disebabkan kedegilan diorang ni, mulai Ahad ni, askar pula yang akan turun padang untuk mengawal situasi.

Geram pulak tengok korang yang berkepala batu ni kan. Susah sangat ke nak duduk kat rumah elok-elok? Fikirkanlah keselamatan pihak team frontline kita ni. Polis, askar, petugas di klinik dan hospital. Please jangan degil dan pentingkan diri sendiri!!. And please stay at home everyone. Bila kita patuhi barulah Covid19 ni akan pergi dan kita kembali ke keadaan sediakala. Beribadah dengan sebaiknya.

Tags : , , ,

1 Comment

  • fuzy hamid posted on April 2, 2020 at 4:15 pm

    semoga kita terus dilindungiNya

    Reply
  • Leave a Reply