Travel Mendaki bukit Senorang di Pahang bersama anak kecil March 2, 2020

Spread the love

Aktivit panjat bukit dan gunung ni bermula dari suami saya. Memang ini makanan dialah, sebab saya ni malas dan badan tak fit untuk aktiviti mendaki ni. Mendaki shopping mall tu je saya mampu  buat masa ni hahaha. Sebelum ni kami berdua ada juga mendaki Bukit Frim Kepong itupun tahun 2013 yang lampau. Memang melampau lamanya kan hahaha.

Dan sebab tu kalau nak panjat bukit dan gunung saya akan pastikan level ketinggian tu mampu untuk didaki bagi beginner macam saya. Risau nanti membahayakan belakang badan ni pulak. Sebab saya kan slip disc, dan bak kata suami, alah alasan sangat!! Whatever…

Bukit Senorang ni memang dekat je dengan rumah kami di kampung Pahang. Jarak dari rumah lebih kurang 1/2 jam macam tu. Walau membesar area kat sini tapi baru tahu je pasal bukit Senorang ni. Agaknya dah lama pun wujud, kami je tak tau. Itupun sejak trend mendaki ni makin meluas kan, eceh meluas tu hahaha.

Mulakan pendakian dengan senaman regangan untuk elak kekejangan
macam ni lah trek pendakian kami, dengan panas terik pagi

Kalau ikutkan malas nak penuhi permintaan suami untuk join dia mendaki. Tapi bila ajakan dia tu sangat meyakinkan saya. Katanya bukit tu sesuai untuk beginner macam Aju. Rendah je bukit dia, abang tau Aju boleh panjat, jomlah katanya.

Haishh saya bukanlah jenis suka hampakan permintaan orang. Nak pula suami sendiri kan. Kalau suami orang yang ajak? Ha mintak simpang malaikat 44. So kita follow jugaklah suami kita.

Katanya nak bawa anak-anak sekali mendaki. So dalam hati, empphh betul-betul mudahla nak daki ni sebab bawa anak kecil sekali. So kasut siap, baju seluar siap, air mineral buat bekalan pun siap!!! Kami semua bertolak dari rumah 6.45 pagi. Kononnya nak tengok pemandangan awan pagi.

Ketinggiannya 326 meter dari paras laut. Berjalan melalui laluan ladang kelapa sawit, terasa sejuk sebab dalam hutan kan. Jumpa pula pokok getah, dan sambil mendaki saya terangkan pada anak-anak, saya membesar dengan hasil pokok sawit dan getah ni. Waktu kami mendaki ternampak seorang pakcik ni menoreh getah. Ha inilah rezeki korang dapat tengok macamana proses susu getah tu dikeluarkan dari kulit pokok tu.

Memang pengalaman yang best. Tapi saya tak membayangkan rupa-rupanya, ia adalah pendakian yang sangat memenatkan 🤪🤪. Nama pun bukit, jadi wajiblah didaki. Naik turun, naik dan terus mendaki. Anak yang kecil saya yang 3 tahun tu didukung suami dan Dzar masih setia berjalan sehingga sampai ke puncak.

Takde langsung rengekan dari Dzar yang 5 tahun tu. Dan mendaki hanya berselipar jepun plak tu. Ya Allah salute saya dengan budak kecik ni. Tapi seeloknya wajib berkasut yang sesuai. Sebab jalan yang kami lalu ni berpasir, berbatu dan licin. Bahaya sangat dan memang saya pegang kuat-kuat tangan si anak ni nak pastikan dia tak tergelincir.

bukit senorang pahang
Inilah rombongan group kami, gagah perkasa semuanya. 😂
panjat bukit dengan anak kecil
Yeay we did it!!! Nak panjat lagi tak??? TAKNAK!!! 😂
Pemandangan indah dari puncak Bukit Senorang, nyaman dan segar. Bersiaran langsung dari hutan dan kehijauan pokok.

Yang paling tak menahan kakaknya yang 13 tahun tu yang merengek lebih. Ya Allah serius!! Waktu ni paikologi kene memainkan peranan. Pujuk, dan bagitau dia sikit lagi kita nak sampai puncak ni. Memang dia tak larat dah katanya.

Jangan kata budak, kita yang dewasa ni pun semput juga. Tapi diam jela, malu plak nak tunjuk depan anak-anak. Nanti tak semangat nak habiskan pendakian. Tapi anak yang lain ok je dengan sepupu diorang. Yang lelaki kemain cergas nampaknya. Siap bergurau senda bagai. Berjalan kaki dalam sejam 20 minit, dan akhirnya kami sampai ke puncak.

Cantik pokok kat belakang ni, dahannya berwarna merah
Alhamdulillah pencapaian yang manis, walau peluh mencurah tapi puas!!

Fuhh sangat-sangat penat tapi puas hati!! Seronok plak tengok pemandangan dari puncak bukit. Sambil kami berehat lihat ciptaan Allah, kita pun makan makanan ringan yang dibawa. Nyamannya suasana dan udara kat puncak bukit ni. Sambil tu bergambarlah sekeping dua.

Masa kami mendaki tadi jumpa dua tiga orang yang sama mendaki sekali. Tapi cergas betul kakak tu dan anaknya, laju je potong saya dan anak-anak. Dalam hati saya mesti dia dah biasa mendaki ni.

Dan bila sampai kat puncak bukit, rupanya lagi ramai yang dah menunggu kat atas. Memasing bagi tepukan dan sorakan bila kami sekeluarga sampai. Fuhhh satu pencapaian yang manis, hahahaha. Sebab nak daki tu mencabar sangat, sangat curam. Bawa anak kecil memang kena berhati-hati sangat. Risau terjatuh sebab serius tinggi dan curam noks.

Seronok plak bila dah sampai kat atas ni, sampai terlupa lepas ni ni kene turun dan melalui jalan yang sama tadi. Adoi semput lagi untuk kali keduanya huhu. Tapi satu pengalaman yang best untuk saya dan anak-anak. Dah tahu masing-masing punya kekuatan dan kelemahan. harapnya lepas ni ada lagi peluang nak mendaki lagi. Dan Alhamdulillah belakang badan ni pun ok je 😄.


Spread the love

Tags : ,

15 Comments

  • Mags Premium Gifts Sdn Bhd posted on March 5, 2020 at 10:02 am

    http://www.magspremiums.com MAGS PREMIUMS Kami adalah syarikat yang berlokasi di Malaysia yang menawarkan pelbagai jenis percetakan korporat & hadiah premium. Percetakan Tshirt, percetakan beg non woven dan banyak lagi!

    Reply
  • Rawlins GLAM posted on March 9, 2020 at 9:36 am

    Bagusnya bawa anak-anak mendaki – salah satu cara ajar anak mendekati alam dan cara hidup sihat. Rawlins tak suka mendaki nie hahaha

    Reply
  • Ezna posted on March 9, 2020 at 9:37 am

    Ada seorang kawan memang suka hiking. Saya memang tak suka tapi pernah la masa join Biro Tata Negara (BTN) dulu. Gayat nak mendaki tu.

    Reply
  • Veronica C posted on March 9, 2020 at 8:57 pm

    Bestnya! Dah lama tak pi main sama-sama dengan kawan kawan dan family! Thanks for sharing! Nak plan la nihh!

    Reply
  • Fadima Mooneira posted on March 9, 2020 at 9:19 pm

    Wah!!!!!!! Bagus btul you. Anak kecik2 dah dikenalkan dgn nature. Hope your kid will adopt this hobby.
    Fadima Mooneira recently posted..WOMEN’S DAY 2020 SPECIAL: 10 Inspiring Asian Women In Pop-CultureMy Profile

    Reply
  • adianiez AIDA posted on March 10, 2020 at 8:10 am

    one thing lah kan, daki ke atas tu ok, nak turun tu mak aiiii!!
    nak tercabut lutut 🙂 ha ha ha ha…
    terkenang aida ke broga ari tu. dgn anak2 buah. yg kekecik tu, termasuk la Ijat, bukan main laju naik dan turun tau.
    kita yg tua2 ni semput kejar diorang. ye la kan, dlm utan, atas bukit, kena la hati2.
    now, lama da aida x mendaki.
    Ijat kekadang folo asben naik bkt beruang.

    Reply
  • Ayu Rafikah posted on March 10, 2020 at 10:52 am

    Seronok sebenarnya bila dapat melakukan aktiviti bersama keluarga mcm ni.. sihat, berpeluh, tenang dan pelbagai lagi

    Reply
  • Khalidah Abd Hadi posted on March 10, 2020 at 2:05 pm

    Bestnya buat macam ni. Dapat spend time dengan family especially the kids and dapat tengok nature kan. Bolehlah learn through play jugak sambil sambil tu

    Reply
  • SalJohari posted on March 10, 2020 at 4:44 pm

    Yang manis bila kita dah berjaya sampai ke puncak kan? Terus tak ingat perit masa nak naik tadikan…hehehe. Teringat masa zaman training dulu , sampai jurulatih kata “sikit lagi sebab atas tu nanti dapat makan cendol”… antara kenangan yang tak dapat lupa dalam hidup

    Reply
  • Mahamahu posted on March 10, 2020 at 5:58 pm

    Sebenarnya best bila buat aktiviti macam ni adalah bila bersama keluarga semua ramai-ramai memang seronok. Itu cara nak erat silatulrahim tahniah anak-anak semua dah pandai panjat bukit kita jer tak mampu lagi hehehehe seronoknya…

    Reply
  • Mohamad Khairil Bin Hassan posted on March 11, 2020 at 4:13 pm

    teringat pulak bebrapa tahun lepas, satu keluarga jogging di empangan mengkuang, bukti mertajam. lepas tu empangan tu ditutup, and masing2 dah berhijrah ke tempat lain. dah jarang pulak bersenam & berjogging bersama.

    Reply
  • Min posted on March 11, 2020 at 4:50 pm

    Bagusnya aktiviti ni. Sy dah lama tak panjat2 bukit n gunung ni..tu yg makin mengembang je ni haha

    Reply
  • ismalina posted on March 30, 2020 at 11:43 pm

    wah menarik betul. saya pun suka naik bukit jugak. suka nature

    Reply
  • isma posted on April 3, 2020 at 6:20 pm

    wow bestnya mendaki. boleh release stres kan

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge