Cara tanggalkan wallpaper dinding dengan mudah

Cara tanggalkan wallpaper dinding dengan mudah.

Ingat lagi masa tengah bersemangat deko rumah  menampal wallpaper kat dinding ruang tamu.

Rasa seronok sebab memang rumah totally berubah.

Siap je tampal wallpaper terus dapat suasana dinding yang lain dari yang biasa.

Idea baru deko dinding rumah

Kosong.

Selalu tengok dinding rumah plain je kan.

Sajelah nak cuba tampal wallpaper pulak. Lepas je siap tampal wallpaper terus ruang tamu berubah nampak berseri-seri.

Tema rumah kami ni hitam, merah dan putih. Kitchen cabinet, wardrobe dan termasuklah katil. Semuanya guna 3 warna ni.

Sebab tu kami pilih wallpaper pun warna merah dengan campuran gold

Tapi selepas 2 tahun lebih dengan wallpaper, nampak pula trend deko dengan wainscoting. Hish pompuan ada je idea difikirnya.

So nak jugalah tukar dan guna wainscoting pulak :).

Inilah bahayanya join group deko kat Facebook. Mudah terpengaruh hahaha.

Sebab wainscoting tu nampak cantik dan rumah nampak eksklusif. Tapi sebenarnya kos dia takdelah mahal pun sis.

Kita pun tanyalah kat suami,

“Bang cantik kan wainscoting rumah si polan ni?”

“Cantik, nak buat ke? Ada ke barangnya?”

“Eh kita belilah, itu kacang goreng je.”😂😂

Kata bini kaki shopping online kan, so itu takde masalah.

Bila kata nak standardize dinding rumah ni semuanya letak wainscoting, so memang saya dan suami kata wallpaper tu memanglah kene tanggalkan dulu.

Kasi seragam semua.

Proses tanggalkan wallpaper dinding

Ingatkan tarik je dah elok tanggal, rupanya tidak ya

Mula-mula kami tarik je wallpaper tu, tapi still ada kertas yang melekat.

Masa tampal dulu kami campur bancuhan gam serbuk dan cecair.

Memang eloklah melekatnya.

Tapi kalau korang tau cara dan teknik nak tanggalkan wallpaper tu memang senang je cerita dia.

Tak susah macam buat rumah pun. Terus terfikir apa cara tanggalkan wallpaper dinding ni ya?

Sikit sikit lelama jadi bukit, hmm sabor itu manis sangat

Cara tanggalkan wallpaper dinding

  • Macam saya, saya letak air dalam botol spray, then saya semburkan kat dinding wallpaper melekat tu.
  • Biar 2/3 minit then korang boleh je tarik tanpa bersusah payah.
  • Bila dah sembur, memang ada air yang meleleh kat lantai. So standby je kain lap.

Masa buat kerja ni, saya dibantu dengan 3 orang anak lelaki dan perempuan.

TQ Allah bagi saya anak ramai, anak bertiga itulah tolong sembur dan tarik wallpaper.

Lagi 2 orang yang kecik tu melompat sana sini sebab sofa dah dialih ke tempat lain kan.

So seronoklah diorang kat situ sebab bersepah jadi diorang pun sepahkan lagi. 

Bagus!!

Teruskan dengan kerja mengecat

Bila anak tak kacau, ibu boleh fokus kat kerja ibu. So slowly lah kami mengerjakan dinding tu bagi clear.

Biarkan dinding kering dalam sejam macam tu kot baru kami teruskan dengan mengecat plak.

Suami mithali hihi

Ha hambik, cat asal tu merah, bila tanggal wallpaper, kita teruskan kerja mengecat. Hmm berlapis-lapislah jawabnya.

Kerja-kerja macam ni memang ada semangat dia.

Kalau dah masuk semangat tu dalam badan, boleh je terus sambung sampai ke malam.

Yang pentingnya ada plak suami yang sama-sama rajin nak membantu.

Penat, memang penat. Tapi bila dah nampak hasil tu sikit, kita terus happy. So sikit-sikit lama-lama siap!!

Memang happy sangat!! Dan kalau korang nak tahu kod warna cat dan kos untuk kami buat wainscoting, boleh baca entri kat bawah ya.

BACA >>DIY Wainscoting dengan bajet RM280

Sebelum dan selepas

Sebelum

Selepas pasang wainscoting

Moga entri cara tanggalkan wallpaper dinding ni jadi inspirasi kat korang untuk kemas-kemas rumah.

Kita dalam bulan puasa ni memang elokla kemas apa yang patut. Terisi masa tu dengan aktiviti berfaedah. Rumah pun kemas dan cantik. Kita juga yang puas hati dan happy.

Inilah kisah kami beberapa tahun lepas.

Tahun ni kami maintain dengan wainscoting tu je. Masih nampak anggun di mata, yang penting tenang di rumah sendiri 😄.

ajumohit: Hi sayalah tuan blog!!

View Comments (23)

  • Mudah je caranya. Biasa susah sangat nak tanggalkan smpai terlekat bekas jadi tak cantik dan susah nak cover balik.. Thanks for info

  • mudah je caranya kan..tq share tips...nanti dinding baru lg ceria di hari raya walaupun kena beraya di rumah musim pkp

  • Betul, nak tanggalkan wallpaper kena guna air macamtu, kalau panggil servis, dia guna mesin stim...tu kalau dah cat, mesti cantik hasilnya tu...nak raya ni..

  • Tu la bahaya bila masuk group kan - macam Rawlins ni sejenis mudah terpengaruh.

    Masih bertahan dengan wainscoting ye? Agak2 berapa lama bertahan sebelum terpengaruh lagi? Hahaha.

    Be safe.

  • Nampak macam senang ye nak tanggal wallpaper. Rumah lama ya ada guna wallpaper. Rumah sekarang guna cat je.....

  • terima kasih perkongsian ini, sebenarnya baru plan dengan suami nak pasang wallpaper dekat rumah. sebab cat dah tak cantik.. nanti bila nak tukar mood cat balik tau dah cara-cara nak tanggalkan pulak he he he

  • Ohhh kita pun baru tahu itu caranya nak tanggal Wallpaper ni hurm patut lah susah sangat nak tanggal geram juga kadang-kadang. Terima kasih kerana sudi share tips berguna ni walaupun mudah tapi tak pernah terfikir masa kita buat dulu wakakakaka..

Recent Posts