Mimpi Sumi drama tentang pedofilia

Drama Mimpi Sumi

Selepas tonton drama Mimpi Sumi ni malam tadi, memang terus terbayang ramai ke bilangan pesakit jiwa macam ni?. Kesian betul anak-anak yang jadi mangsa kepada pedofil. Pedofil ni maksudnya seorang manusia yang mempunyai keinginan seksual terhadap kanak-kanak yang secara umumnya berusia 13 tahun dan ke bawah. Diulangi 13 tahun dan ke bawah!!!

Sinopsis Mimpi Sumi
Best cerita ni

Memang terus rasa takut dan risau amat sangat, yea of course 😤!!. Sebab bila kita ada anak atau anak saudara dalam usia remaja dan masih kecil, kita tak nak benda-benda macam ni mengganggu emosi dan mental diorang. Dan yang pastinya mereka ni masih mentah dan tak tahu apa!!! Seriusly ni melibatkan masa depan diorang 😢.

Harapkan pagar, pagar makan padi

Dan ibu ayah, please monitor anak-anak kita. Dan jangan pula jadi harapkan pagar, pagar pulak makan padi. Anak-anak ni dah tentu-tentulah orang yang diorang paling percaya adalah orang yang melahirkan dan membesarkan mereka. Kalau bukan ahli keluarga sendiri siapa lagi anak-anak nak bergantung?

Monitor pergerakan anak-anak dan pada masa yang sama kenali jika ada perubahan pada mereka supaya tak terjadi pedofilia. (Pedofilia adalah gangguan jiwa yang terjadi kepada orang dewasa atau remaja yang telah mulai dewasa (secara spesifiknya berumur 16 tahun ke atas), dan mempunyai keinganan seksual primer atau eksklusif kepada kanak-kanak yang belum matang (secara umumnya mereka yang berusia 13 tahun dan ke bawah).

Kalau macam contoh drama Mimpi Sumi tu, bapak tirinya adalah pedofil. Ya ampun depan maknya punyalah baik macam malaikat. Pandai masak, penyayang, romantik, siapkan makanan, kemas rumah, jaga anak sewaktu isterinya kerja. Rupanya di ada maksud tersirat paling dasyat!!!

BACA  Menu Simple Untuk Berbuka Semalam

Kesian budak tu, bila balik dari sekolah dia akan duduk di rumah dengan bapa tirinya, sebab ibu kerja. Ha time tulah si bapak tiri mangkuk hayun ni buat kerja terkutuk tu. Eii geram betul tengok muka bapak dia time tu, rasa nak pukul je.

Fahami tindakan anak

Anak ni pula dah tunjukkan beberapa lukisan yang dilukisnya sendiri kepada ibunya. Tapi ibunya pula tak faham maksud yang nak disampaikan oleh anaknya tu. Yelah kalau saya tengok lukisan tu pun memang tak sampai maksud dia. Tapi kalau dah berhelai-helai lukisan yang sama dilukisnya, mesti ada makna di sebaliknya kan?? Rupanya itulah cara budak tu nak beritahu ibu dia.

Kisahnya bapak tiri dia dah warning, kalau budak tu cerita perihal apa yang dia buat kat budak tu nanti ibu dia kene bunuh. Ya Allah kesiannya budak ni. Kene dera mental, dia budak mentah!!! Nak cerita plak risau ibu dia plak mati. Kesiannya!!!

Moga Allah bukakan hati

Saya memang berdoa, berdoa sangat-sangat!! Moga Allah jentik hati insan-insan bertopengkan manusia ni supaya insaf! Kembali ke jalan Allah. Kehidupan kita tak berakhir di sini, tapi di akhirat nanti yang kekal abadi. Kalau korang boleh lepas di dunia, ingatlah pengadilan nanti di sana. Ibu-ibu, please jaga anak-anak. Kalau tahu ada anak yang disakiti begini, jangan hanya berdiam diri. Kuatkan semangat!!

4 thoughts on “Mimpi Sumi drama tentang pedofilia”

  1. Saya tak tengok pun cerita ni kak sebab jarang tengok tv. Ada tengok iklan drama ni tapi terlupa bila tarikh keluarnya. Rupanya dah terlepas. Ada tengok sudutan drama masa iklan je.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: