Cara menjaga tuala mandi agar tahan lama | Ok hari ini saya nak bercerita tentang tips penjagaan tuala mandi ye. Semua suka tuala mandi yang bersih dan harum kan? Emmm ok, kalau nak tuala sentiasa bersih dan wangi, satu je keyword kat sini yakni RAJIN.
Rajinkan diri
Rajin ni kalau selalu diamalkan semua kerja menjadi cepat, mudah dan teratur. Buat kerja apapun ye, kerja rumah, kerja pejabat, kerja amal mahupun kerja ibadah, kalau rajin semua masalah selesai ;).
Cara menjaga tuala mandi agar tahan lama
#1 : Sidai tuala mandi selepas digunakan
Saya memang pantang kalau tuala mandi tidak disidai selepas digunakan. Kenapa? Ada sebabnya ye puan-puan, antaranya bila tuala basah dan lembap untuk beberapa ketika, kebarangkalian tuala mandi berbau masam dan bertahi lalat adalah sangat tinggi.
Jadi jangan sesekali membiarkan tuala tersebut bergumpalan merata-rata tempat begitu sahaja ye.
Jadi amalkan menyidai tuala tersebut, baik di penyidai atau ampaian luar rumah mahupun yang ada dalam rumah. hmmm pantang juga kalau sidai di kerusi atau sangkut kat mana yang boleh. No No No (sambil geleng kepala dan menggerakkan jari terlunjuk kanan).
Anak-anak ni memang jenuh nak mengajar diorang sidai tuala selepas mandi. Mau bergaduh dibuatnya. Hari-hari duk bising, tapi masih juga tak berubah. Harapkan si Najwa aje yang sidai tuala tu, harapkan si Adam tu memang tidaklah kan ;).
#2 : Kerap basuh tuala mandi
Pastikan juga tuala mandi dibasuh sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kalau terlebih rajin tu bolehla basuh 2 atau 3 kali seminggu.
Tak susah, sekarang kan majoriti semua rumah ada mesin basuh kan. Jadi campakkan ke dalam mesin basuh, letak sabun basuh sesedap rasa dan masukkan pewangi, hmmmm berbau harum gitu.
Ada juga yang kongsikan basuh tuala guna cuka masakan. Juga boleh membersih dengan baik.
Nak pula sekarang ni musim panas kering, jemur kain pagi, balik kerja macam keropok rangup rasanya kain di ampaian ;). Seronok sebab kain kering, terus angkat dan lipat, eleh yeke? hahahhaha yyeeeeeee..
#3: Tukar tuala setiap tiga/ empat hari supaya jauh daripada bakteria.
#4: Tuala perlu dikeringkan di kawasan yang kering dan mempunyai pengudaraan yang baik.
Ini pun tips yang sangat penting. Kalau perasan, tuala akan cepat berbau jika ianya tidak dikeringkan dengan betul.
Jadi bila berbau, memang tidak selesa untuk dipakai semula. Makanya lebih baik kerap basuh tuala mandi untuk pastikan ianya bersih dan tidak berbau.
Dan pastikan ianya dijemur di tempat yang kering dan ada pengudaraan yang bagus. Ini tips untuk elakkan dari tuala dicemar bakteria.
Barang baik tak semestinya mahal
Ok itu sahaja cara menjaga tuala mandi dari saya ;), sekarang ni saya memang dalam mood rajin menjaga tuala mandi sebab baru borong tuala mandi masa Member Day SOGO bulan lepas, kualiti kain terbaik dengan harga RM20 sehelai, memang selesa.
Ya ampun, seronok sangat sebab dapat tuala baru, tuala yang lama tu saya buat lap kaki sebab dah bertahi lalat kan. Lagi satu saya suka beli tuala yang berwarna gelap, jadi kurang nampak kecomotannya tu.
Sekian tips mudah kali ini, selamat mencuba ya semua 😉
Assalamualaikum kak aju. hehee nice tips. sheila pun pantang tengok tuala tak sidai. hangin satu badan. hiewhiew ~~~
Kalau tak sidai lepas guna tu tak tahu la nak cakap apa kan. Terima kasih untuk tips kak.
kat rumah memang bertekak dengan anak dara pasal tuala ni…tak reti nak sangkut..kena bebel baru lah nak buat.
memang harus la sidai maa..
Sama la kiter…pantang tuala tak sidai…tp bila anak2 dah beso nih tuala dah pandai sidai sendiri..lepastu peyidainyerpun depan bilek air senang lepas mandi psksi baju terus sidai gitu konsepnyer..
Tuala kalau tidak kering dengan betul akan berkulapuk dan hapak.
Terima kasih kak shate tipa berguna
Biasa memang basuh seminggu sekali
Saya memang jaga towel saya. And, walupun dah guna lama, still bertahan sebab pandai jaga. Hehe
bab mengajar anak2 ni sidai tuala kat tempat sepatutnya memang mencabar … jangan sampai mama tumpang melonggok sekali nanti….haaa grrrr
siapa yang tak suka sidai tu
bagi kain pelikat je buat lap mandi
haha
nak hantar cuci sini boleh?
lily memang basuh tuala mandi seminggu sekali..& wajib sidai lepas guna…^^
Good tips. Towel anak² byk yg bertahi lalat. Ni yg hantar kat nursery. Maybe dorang tak sidai kot.
Emmjemur kat cahaya matahari lepas guna memang leh hilang bau dan tahi lalat tu..haha..ingt masa belajar dulu..sebulan kali pun belum tentu basuh lagi tiala..kahkahkah..
Hheeee lawak la akak ayat yang macam kerepek rangup tu 🙂
TQ for da tip, mcm sekarang mesin pengering rosak, kena perah guna tangan, lg ‘malas’ nak basuh tuala mandi..hehee
akak lak suka tuala kaler putih, bersih jer nampak
Terima kasih memang petua yang berguna.
10 Mitos Tentang Kesuburan Yang Perlu Anda Tahu
tip yang sangat bermanfaat..
elak tuala kluar bintik2
setuju sangat. ray sgt titikberatkan penjagaan tuala ni sbb sgt penting even nampak remeh.