Cara merimbunkan pokok cili dengan teknik pinching

Ok seronok plak bercucuk tanam waktu PKP ni. Banyak tips yang baru yang saya dapat ;). Jadi saya pun nak kongsikan kat sini cara merimbunkan pokok cili dengan teknik pinching.

Dari bosan duduk-duduk tak buat apa, bolehla keluarkan peluh juga. Tanam pokok, tapi tak besar-besar. Memang betul berpeluh menunggu 😅.

Mudahnya semai pokok cili padi

Dari buahnya saya letakkan bijinya di dalam pasu kecil.

Saya semai dengan campakkan biji benih kat dalam pasu kecik. Buah atau benih ni pun dari cili padi yang saya beli kat kedai. Yang nak buat masak cili api atau sambal belacan tu.

Hari-hari saya siram, sehari 2 kali macam tu. Tau-tau je dalam seminggu ke 2 minggu dia dah naik jadi anak pokok yang sangat rapat.

Dan lepas tu saya pindahkan ke dalam pasu dan polibeg. Pindah hati-hati supaya akarnya tak terputus. Pokok yang terlalu rapat juga tidak bagus sebab pokok tak dapat membesar dengan sebaiknya.

Nampak subur sangat kan. saya selalu siram, sehari 2 kali. Kalau rajin saya siramkan dengan air basuhan beras juga

Agak rapat kan? Jadi saya dah pindahkan beberapa batang pokok ke dalam polibeg

Taraa yang ni dah siap dipindahkan. Saya pakai tanah hitam dan tanah campuran yang dibeli di nurseri

Jika dapat tanah yang sesuai, memang anak pokok cili ni akan nampak hijau, gemuk dan subur. Untuk pokok ni saya tak letakkan baja, hanya siram dengan air basuhan beras setiap hari.

Cara merimbunkan pokok cili

Ok yang ni saya dah patahkan pucuknya, nanti saya akan update hasilnya ya

Pucuk cili padi ni pun boleh dimasak juga, tapi disebabkan sikit, saya buang sahaja

Apa pinching tu?

Teknik pinching ni tak susah pun. Kita hanya patahkan atau potong pucuk pokok untuk galakkan pertumbuhan pokok, memperbanyakkan dahan pokok dan menggalakkan pokok berbunga dan berbuah serentak.

Kekadang bila pokok dah besar kita rasa macam sayang nak potong pokok tu, tapi sebenarnya selepas dipotong tu pokok lebih merimbun. Macam tu jugak yang saya buat pada pokok mangga chokanan ni.

Hmm saya pun baru tau pasal ni.

Ok kalau nak tahu macamana cara nak potong pucuk pokok ni boleh tengok video di bawah.

Kelebihan teknik pinching

1) Pertumbuhan akar pokok yang lebih cepat (establish)
2) Menggalakkan pertumbuhan dahan baru
3) Menghasilkan bunga yang lebih banyak
4) Memulihkan pucuk yang rosak atau tidak sempurna dan digantikan dengan pucuk yang  baru yang lebih sihat

Sebenarnya bukan setakat pokok cili je, teknik pinching boleh juga dibuat pada pokok yang lain. Contohnya pokok bunga dan pokok buah. Cubalah, dan anda akan dapat lihat hasilnya.

Teknik Pinching pada pokok bunga ros.

Tak sabar rasanya nak tengok hasil pokok cili padi saya ni.

Semoga entri bermanfaat untuk semua. Sambil menanam sambil berkongsi tips. Kalau menjadi kongsikan di komen bawah ya.

ajumohit: Hi sayalah tuan blog!!

View Comments (14)

  • Pokok pun guna pinching yer..ingatkan org jer.. nice tips and sharing.. mmg hijau betul pokok cili tu.. elok tumbuhnya..

  • Thank you share kak. Selain pokok cili pokok apa lagi sesuai kak? Marsha ada kebun sayur secoet depan umah...hihi

  • Baru tahu ni. Kalau tak memang naik tinggi la pokok tu..tu pun hayat tak lama.

  • nk tanam sesuatu kena tau tekniknya..tq sharing..lpsni jimat la tkyah bli cili padi..petik je kt hasil tanaman sdiri

  • aida tak tahu nama teknik ni. now dah tau.
    pokok limau aida, biasa aida potong pucuk nyer.
    now dah rendang sikit.
    rupanya sebab tu lah ekk.
    aida potong tu sebenarnya sebab byk ulat bulu!!!
    aduhai. semlm mesin cili padi tapi tak plak asingkan biji nyer.
    hmmmm mcm nak gi la asingkan skit. mana la tau menjelang raya dah anak anak pokok :)

  • Good tips. Dulu saya pernah tengok podcast ada orang ajar tips macam Ini. Thank you for sharing again.

  • baru je semai benih cabai hehe. nanti dah membesar nak buat teknik ni. thanks sharing

  • Bab tanam2 pokok ni nad cuma tau tanam dan siram je.. Teknik2 ni memng takla.. Hahaha.. Kadang tanam pun mati. Haishh.. Cantik elok je awak punya ni dia tumbuh ye.. Tq sharing.. Boleh dibuat ni

  • Masa mula-mula baca dah terbaca piching dah... hehehehe... cantik dan subur nampaknya pokok cili Kak Aju... saya pun minat bercucuk-tanam... impian saya, kalaulah dapat tanah untuk diusahakan, memang saya nak jadi petani moden... bolehlah nanti saya gunakan teknik pinching dan juga teknik-teknik lain tu kan...

  • Ni mesti bermakna awak mempunyai tangan yg sejuk dan aeauai utk bercucuk tanam. Tak semua tangan menjadi menanam pokok.

Recent Posts