Cerita sepanjang tempoh PKP, belajar banyak resepi baru | Pejam celik pejam celik dah pun Ramadhan yang ke 27. Sedih pula rasanya bila mana Ramadhan dah sampai penghujung dan tak lama lagi akan meninggalkan kita. Entah sempat ke tak jumpa lagi tahun depan.
Jomla kita berlumba-lumba kumpul pahala di malam-malam akhir Ramadhan ni. Entah bila nak dapat peluang ni lagi kan.
Work from home
Saje nak kongsi cerita sepanjang tempoh PKP ni. Memang banyak hikmahnya dan peluang yang kita belajar. Sepanjang PKP ni saya memang “work from home”, sistem pun boleh akses dari rumah. So tiada alasan tidak bekerja 😅.
Anak-anak yang 5 orang tu pun dah faham. Yang sulung 15 tahun, akan make sure adik-adik 3 dan 5 tahun tu tak kacau ibu tengah kerja. Dzar, 5 tahun ok lagi boleh dengar kata. Ammar, yang 3 tahun tu agak sikit tak makan saman, tapi boleh paham bahasalah lagi.

bahagia mengadap laptop sambil ditemani suami, tapi bukan selalu sebab dia dah start kerja awal. Construction pulak kan, memangla kene pergi site
Selalu Ammar akan duduk kat pangku ibu. Saya bagilah 5 minit dia tengok skrin laptop tu. Agak-agak tangan dia dah laju je tekan mouse, time tu si kakak dah boleh baca tone suara ibu.
“Ibu nak buat kerja ni dik,”.
Terus kaklong akan jerit kat adik tengok TV channel “Baby TV” kat Astro.
Syukurlah anak dah besar hihihi. Bolehlah ibu kerja dengan tenang. Tapi perasaan tu sedih sikitlah bila tak boleh nak layankan sangat anak sebab kene fokus kat kerja juga.
Anak-anak depan mata
Tapi apapun syukur sebab diorang depan mata. Itu dah diibarat nikmat terbesar dalam hidup. Sebab biasa kalau kt opis teringat apalah diorang ni buat kat sekolah, kat tadika dan rumah pengasuh.
Bila dah satu rumah, kita boleh monitor waktu makannya, apa menu makan, waktu mandinya dan lengkap dengan minum petang. Kekadang bolehla bergurau kejar-kejar dengan kakak dan abang. Biasa kalau waktu sekolah tu nak main pun terhad masanya.

First time kukus pulut kuning, alhamdulillah menjadi

First time jugak buat tahu begedil ayam, memang sedap dan dapat pujian ramai

Pun pertama kali jugak ni, pun sedap hahahah
Masak-masak menu baru
Ok bila cakap pasal makan berbuka, memang dari tahun-tahun sebelum pun dah biasa masak sendiri. Sebab tahu anak 5 orang, campur saya dan suami dah 7 kepala. Kalau beli tu rasa tak berbaloi sebab harganya mahal tapi kuantiti sikit.
Tapi bila masak sendiri, rasa lebih jimat dan belanja beli lauk kat bazar tu boleh dapat untuk 2-3 hari punya stok. Selain boleh jimat, boleh juga elakkan food poisoning. Pheww cukuplah pengalaman yang sebelum ni, kalau tak keracunan makanan memang tak sah.

Kuah yong taufu buatan sendiri. Sedapnya, tak jemu makan.
Makanya masak sendiri, jimat dan lagi terjamin kebersihan. Masak sekali dalam kuantiti banyak dan bertahan dari berbuka sampai sahur. Kann????
Bab masak lauk memang takde hal. Tapi kalau kata kuih atau pencuci mulut ni, nak tak nak memang kene belajar dari google atau youtube. Rupanya tak sangka, memang tak sangka saya boleh je buat tepung pelita, yong taufu, congo bar, mee udang dan kuih raya sendiri.

Congo bar sedap, takde badam takde coklat chip, kita pakai hirisan coklat bar

Burnt cheese cake, bolehla ada rasa walau takde rupa

semperit susu, memang mudah dan rasa pun ringan rangup dan sedap hihi
Dapat pujian masakan sedap
Diulangi, dengan air tangan sendiri. Kita riak sebab kita bukannya pandai bidang memasak ni. Sebab tu happy sangat bila masak je, anak-anak kata sedaplah bu!!! Kembang hidung dan montot hahaha.

mee udang, ya allah sedap giler hahaha

puteri mandi, hmmm memang sedap je lalu kat tekak

resepi cookies ala famos amos, senang je rupanya nak buat cookies ni
BACA >> Resepi cookies ala famos amos sukatan cawan
Banyak betul hikmah masa PKP. Yang utamanya banyak masa bersama keluarga. Seriusly memang saat ni akan dikenang sampai bila-bila. Owh ya resepi tu korang boleh google ya. Selalu saya refer kat https://www.rasa.my/, https://buatoranglapo.com/.
Dalam sejarah kita kena duduk rumah dalam tempoh lama. Anak-anak tak sekolah, homeschooling. PT3 dibatalkan, dan si kakak memang sedih. Tapi nak buat macamana kan. Sesi sekolah tertangguh, dan dah tentu-tentu silibus pun tak sempat nak cover. Its ok kak Ya, adalah tu hikmahnya.
Banyak aktiviti kami buat bersama-sama. Kemas rumah, masak, buat kuih, uruskan anak-anak.
Sesekali saya pergi jugalah ke ofis. Jalan clear dan kat opis pun tak ramai, jaga jarak dan masing-masing jaga kebersihan. Hmmm nak biasakan diri dengan norma hidup yang baru. Tapi yang pasti memang banyak perkara positif dan hikmah yang kita dapat. Alhamdulillah
Memang ramai yang semakin berjaya mengasah pelbagai bakat ketika PKP kan – memasak, mengunting rambut dan ada yang jadi tailor gak. Rawlins pun belajar la memasak satu dua resipi sepanjang PKP nie hehehe
Jika difikir hikmah di sebalik pandemik ni ini antara satunya di mana kita dapat memasak pelbagai resepi dan berkongsi dengan keluarga.
Dalam hidup ni semua ada ‘first time’ baru lah ada pengalaman namanya.
saya pun masak macam2 menu baru. belajar buat roti. orang kecoh2 beli gardenia. kita buat sendiri je la di rumah haha
Musim PKP ni mesti orang ramai dah pandai memasak. Hahaha. Sukanya tengok menu menu ni semua. Nampak sedap.
Bestkan.. banyak resepi baru kita cuba.. dan saper sangka banyak yang menjadi hehehe
sama lah banyak jugak jenis masakan boleh buat masa pkp sebab ada masa nak buat tapi bila dah start kerja ni memang beli je kat luar sebab tak sempat nak masak
haa betul tu, PKP ni banyak saya menerai resepi baru ada yang jadi, banyaknya tak jadi
Kalau Sis, resepi baru tu takde laaa, sebab takde PKP pun tetap masak macam biasa, termasuk gak time pose, cumanya, masak hari-hari jee…kalau takde PKP, manjang nak makan luar je kejenya hahahahaha
I have been Work from home all these while so it’s Ok to me. Best part this PKP is to learn new recipe, I agree with you because cooking does let us relax also hehe
Musim PKP ni memang ramai yang memasak. Yang tak tau masak pun boleh terus tau masak.
iena pun baru lah ada masa untuk memasak sebab work from home kan 🙂
Betul la tu, time PKP ni banyak rutin baru dah berubah. Bab masak tu memang sama juga la, asyik memasak je kan dan alang-alang tukar menu setiap hari. Bagi ada kelainan dan sedap sikit nak makan
salah satu hikmah PKP ni kan, kita berpeluang belajar dan tambah skil masak. bagus bila masak semua menjadi dan sedap
Btol sangat tu. yang tak pernah masak pon dah jadi expert dah dalam memasak.
Betul, me too. Sepanjang PKP ni i also learned many new things that i m very grateful and will continue to learn more.
anak sulung aida pun sepatutnya pt3.
dia sedih la takde pt3. dia siap dah ada aim nak ke skola mana form 4 nanti.
now, nampaknya bakal stay di skola lama la gamaknya.
sama la. bab dessert memang aida byk try.
bukan resepi sendiri la. utube, blog, fb. ramai plak kawan2 update resepi 🙂
terbaik kan PKP ni. byk hikmahnya buat kita ibu2.